Assalamualaikum warga IIUM Confession..
Aku disini hanya nak meluahkan rasa dihati, aku anak sulung perempuan dalam keluarga.. Sudah semestinya aku akan cuba untuk berjasa dengan kedua orang tua. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk menyenangkan hati mak bapak aku ni.
Tapi ada satu hal yang aku tak kenan dengan perangai mak aku ni, dia jenis tak bersyukur, kalau aku bagi hadiah ke mesti dia akan komplen, hadiah tu mahal sangat lah, warna tak cantik lah, itu & ini serba serbi tak kena dimata dia. Tapi kalau orang lain bagi bukan main siap post status.
Tapi hadiah aku bagi langsung dia tak ada post pun. Aku tak harapkan pun dia post tapi tu lah, sekurang2nya cakap lah terima kasih.
Disebabkan perangai dia macam tu kadang aku rasa macam tak patut pun aku bagi dia apa-apa bukan pandai nak berterima kasih. Sekurang2nya cakap je lah “terima kasih bg ibu ni” ni tak, mesti komplen, terima kasih langsung tak ada.
Tapi aku sebagai anak aku butakan mata pekakkan telinga je. terpulang dekat dia nak pakai ke nak bagi orang lain. Yang penting part aku sebagai anak dah selesai. Sebab kalau tak bagi mungkin komplen jugak.
Ramadan baru ni, aku invite parents & adik beradik aku makan buffet ramadan dekat hotel, aku punya bajet cukup2 untuk diorang je.
Lepastu yang ibu aku ni suruh aku invite makcik aku & the family pulak, aku dah bagitahu bajet aku cukup untuk keluarga kita je, btw aku dah berkahwin ye, aku ada komitmen lain juga.
Ni hanya sekadar nak belanja parents & adik beradik aku, nak bagi diorang merasa. Sebab aku dah selalu dapat invitation makan buffet hotel dekat office & side husband, so apa salahnya kalini aku cuba spend dekat family aku pulak bagi diorang rasa makan dekat hotel.
Tapi sebaliknya pulak instead of terima kasih diucapkan, mak aku marah aku sebab tak nak invite makcik aku sekali hahaha aku stresslah tapi aku buat pekak telinga jelaa.
Aku tak tahu kenapa semua benda kena libatkan makcik aku even dalam family gathering (Parents & adik beradik) tak termasuk makcik pakcik sepupu sepapat.
Mak aku jadi macam ni, sebab sorang makcik aku ni selalu belanja & bagi duit dekat dia, so dia expect aku akan balas jasa makcik aku sebab selalu bagi dia macam2.
Oh btw makcik aku ni boleh dikatakan T20, sudah semestinya dia mampu dan tak ada masalah kalau nak bagi duit dekat kakak dia (Ibu aku) belanja family2 lain makan dekat hotel & so on.
Aku tak ada masalah dengan makcik aku. Kalau dia invite datang rumah ke apa, aku akan bawak buah tangan. Tapi aku tak suka mak aku mengarah2 suruh aku bagi itu ini dekat makcik aku,
Even duit raya pun dia nak remind aku suruh bagi duit raya dekat makcik aku tu. Aku rasa tak perlu kot, aku dah 33 tahun untuk diingatkan perkara mcm tu.
Alasan dia sebab makcik aku selalu bagi duit dekat aku time study dulu. Hahaha entah bila masa yang makcik aku selalu bagi duit dekat aku entah. Bapak aku je yang tiap minggu bagi aku duit.
Alhamdulillah bapak aku jenis chill2 je kalau dua2 parents macam ni perangai pening kepala aku.
Ibu aku ni pun jenis suka banding2 kan aku dengan sepupu yang lain walaupun aku dah berusia hahah ingat waktu sekolah je akan dibanding2kan rupanya dah tua dah ada keluarga sendiri pun tetap lah dibandingkan anak dia ni dengan anak2 buah dia.
Aku tak tahu lah, adakah aku seorang anak yang gagal dimata mak aku? Serba serbi tak kena, semuanya buruk. Semuanya tak elok.
Anak2 orang lain yang elok, yang bagus. tak cukup ke apa yang aku dah bagi? Masih tak bermakna ke semua yang aku cuba buat yang terbaik untuk parents.
Adakah aku termasuk dalam kalangan anak yang derhaka sebab tak dengar/ikut cakap mak aku?
Btw benda ni aku tak pernah cerita dekat suami aku, cukuplah aku sorang yang menanggung semua ni, aku malu nak cerita dekat suami, takut dia pandang serong dekat ibu aku.
Walaupun begitu dia tetap ibu aku, yang perlu aku jaga aibnya. Doakan aku semoga tabah hadapi semua ni, tak tahu sampai bila kena hadap benda gini.
Doakan aku semoga istiqamah untuk berjasa kepada kedua orang tua. Doakan aku supaya tak tawar hati dengan sikap perangai ibu aku.
Terima Kasih kerana baca luahan hati anak tanggang ni. Assalamualaikum.
– Tanggang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Perangai I, kalau orang banding-bandingkan I, I akan bandingkan dia balik dengan Warren Buffet tu ha.
Tapi I memang dah takde rasa nak jadi anak solehah ke apa la.