Bunga Api Dan Mercun Tak Haram Ke?

Assalamualaikum.. Dah musim raya ni macam biasa la sikit-sikit bunyi berdentum-dentam bunga api dan mercun.

Bukan bunga api kecil yang main pegang tu ya, bunga api yang besar yang tembak berdas-das ke udara tu.

Boleh pulak orang jual secara terbuka bunga api macam ni kat tepi2 jalan la, iklan di Facebook bagai. Macam dah tak rasa bahaya sebab dah terlalu biasa.

Tapi takpela kan untuk seronok main sendiri-sendiri saja. Apa-apa jadi sendiri tanggung.

Tapi masalahnya perlu ke main sampai pukul 11, 12 malam di kawasan perumahan? Perlu ke?

Dia ingat dia tak tidur dia nak sekampung jaga dengan dia jugak. Kalau kau tolong tidurkan balik anak aku takpe jugak.

Ada sesiapa pernah buat laporan polis ke untuk kes macam ni? Atas alasan mengganggu ketenteraman awam.

Boleh ada tindakan tak pada orang yang jual mercun & bunga api ni secara terbuka?

Kenapa penguatkuasaan macam dah tak ada sekarang ni?

– Kalthom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. macam malam tadi. hari ni Isnin orang mula keja dan sekolah. yang jenis takda otak main berdentun dentam lebih dari jam 12 mlm

  2. Boleh p report balai. Report me ganggu ketenteraman penduduk. Kalau polis tu rajin istiqamah buat kerja.. dia mai p halau budak2 tu.

  3. Dari kecil mmg tak berkenan dengan mercun2 ni sebab bising.. Makin membesar bila tau keadaan rakyat plstine mcm mana, lagi benci dengan mercun.. Sebab dorang hidup dalam ketakutan bunyi letup2, tapi kita ni pula seronok2 dengan bunyi letup2..

    Nak main bunga api tu ok lagi sbb yg tu tak bising.. tapi yang tu pun ramai fail nak jaga kebersihan.. lps main buang tangkai kt rumput2.. siapa nak bersihkan?
    Main mercun pula sampai berlubang atap rumah orang dibuatnya.. rosak bumbung kereta.. kacau orang nak tidur, tak semua orang dapat cuti raya /pnjang cutinya..
    Allah tak halang kita berseronok, tapi Allah tak suka bila kita melampaui batas.. Melampaui batas ni bila dah ganggu orang smpai boleh buat sakit jantung, tak jaga kebersihan, boleh rosakkan harta benda orang lain..

  4. Tahun ni boleh jual mercun & berlesen wey…tak tau kt tpt lain, tp kt tmpt ticer mmg bnyk tent jual mercun berlesen. Tak de jual sorok2 lg. Jadi nak salahlan sapa ek….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *