Hi semua. Saya Mawar Baiduri. Kini sudah bekerja dan tak berkahwin lagi.
Boleh kata usia saya tu ramai dah ada pasangan, dan ada juga yang dah kahwin ada anak. Tapi saya pula sekarang betul2 tak tau macam mana nak cari.
FYI saya amatlah introvert. Study dulu pun tak pernah ada orang approach apatah lagi ada pasangan. Akaun social media pun pasti private dan hanya followers tertentu je.
Mungkin ada yang akan suggest tanya kawan atau cari di tempat kerja.
Tapi masalahnya kawan pun tak ramai, and kerja pun fully WFH jadi memang tak jumpa orang kerja.
Hubungan pun purely work related je so we don’t share any personal matters. Alhamdulillah dari segi work life balance sangat cun.
Saya tak berani nak tanya parents sebab takut mereka akan excited, and dah decide apa2 pun nak cari sendiri tak nak rely on parents. Tapi tu la sendiri tak reti cari.
Saya bukan urgently nak cari calon ke apa tau. I love my current life but dah sampai fasa start risau sampai bila nak hidup macam ni, so I think I should start making a move.
Sekarang ni no one approaches me, and I don’t approach anyone either.
Minta tolong advice macam mana orang yang introvert macam saya untuk cari calon.
Tolong share juga experience korang yang jumpa jodoh after dah berkerjaya. Mana tau boleh buat sebagai rujukan haha.
Terima kasih.
– Mawar Baiduri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi Mawar Berduri. Based on pengalaman saya, kita sendiri kena keluar untuk attract jodoh tu. You sendiri kena ada usaha untuk mencari. Start with a small step dulu. Kalau you prefer berkenalan through online atau sosial media, blh download any dating apps atau join baituljannah.Most important bila berkenalan through online, sentiasa berhati-hati. Jgn terjerat dgn love scam. You dah dewasa, I’m very sure you blh bezakan yg baik & buruk. Boleh jugak bgtau pada kawan2 terdekat yg you sedang mencari pasangan hidup. Who knows your friend ada saudara mara yg masih single. Selain tu boleh join komuniti Aunties surau atau masjid di kawasan perumahan you. Selain dpt bergaul, aunties ni semua function tauu dlm usahakan carikan jodoh.Apa-apa pun, usaha & doa byk2 pada Allah. Semoga niat awak nak dirikan masjid dimakbulkan, in shaa Allah.
Maybe boleh try website cari jodoh yang islamik punya. baituljannah/ baitulmuslim. dua orang member dapat jodoh kat situ.
Selalunya kalau diri sendiri lebih prefer duduk di rumah sahaja maybe subconsciously belum ready nak kenal orang. Sebab tu takde orang approach. Kalau nak sangat orang approach mesti dah join aktiviti dan beritahu semua orang single and looking.
Contoh lain, kata boleh contact tapi tak bagi number, sebenarnya tak kasi orang call kalau takde hal urgent atau takde nak cakap hal serious. Ini juga apply kepada perkara macam percintaan.
Tapi awak buat social media private tu dah betul sebab saya pernah dengar nasihat kadangkala ada benda kita rasa mustahil untuk kita, tetapi tidak mustahil untuk Allah SWT dengan syarat cuba buat perkara yang disukai.
Salah satu perkara yang disukai misalnya bila sudah berhijrah, atau ada kawan sudah berhijrah, tolong delete gambar sebelum mereka berhijrah atau paling-paling pun tolong private kan akaun social media supaya tidak dilihat ramai. Kalau ada hajat apa-apa yang bunyi seperti mustahil, dan dah cuba semua benda, cuba perhatikan apa kita post di social media. Mana tahu kerana buat perkara begini, dapat rezeki yang tidak disangka-sangka yang awak tak pernah terfikir awak akan dapat.
Tapi kenapa orang lain ok je, tak suka jangan tengok.
Betul dah tu, scroll jelah atau skip jangan cari-cari perkara yang tak perlu. Buat hal sendiri je.
Itu satu perkara tetapi sekarang benda tu depend pada diri sendiri apa yang kita nak, maksudnya ada orang dia nak sesuatu tapi susah sangat.
Jadi dia kena fikir sesuatu yang tak terjangkau dek akal. Apa perkara yang tak cuba buat lagi.
Sy Cari Jodoh Melalui Apps Baitul Muslim. Alhamdulillah Dapat Anak Yang Comel
pengalaman saya, saya solat hajat dan doa pada waktu2 mustajab doa nak mntak jodoh. Saya doalah spesifik criteria yg saya nak, dan bila ada yg dtg saya istikarah lagi, lepas tu taaruf, istikarah lagi dan bertunang dlm masa setahun. Yelah mcm trial nak tengok org nya mcm mana. Istikarah tak tinggal, tak kisah dlm suka dan duka sepanjang tempoh bertunang tu. Alhamdulillah selamat melayari bahtera rumah tangga, syukur. Apa2 pun sertakan Allah dlm setiap keputusan, dan betulkan niat kita nak bernikah kerana Allah semata-mata. Sambil2 tu kena ngaji, apa hak suami, apa hak isteri sambil2 top up skills rumah tangga, insya allah xda masalah nak urus rumah tangga. Semoga awak bertemu dgn jodoh yg baik buat dunia dan akhirat, semoga berjaya ya.