Cinta Aku Yang Berlalu

Raya tahun ni adalah raya yang paling sedih untuk aku. Tiada aku dalam hati dia.

Kenapa aku masih fikir dia sedangkan dah masuk 5 bulan dia tinggalkan aku?

Aku masih aku… masih setia kat sini tapi dia senang berbahagia dengan girlfriend baru dia.

Aku terkilan sungguh dia tinggalkan aku dikala aku sangat-sangat rindu dia, sangat sayang dia. Tapi hati orang kita bukan boleh paksa, kan?

Korang rasa aku ni macam sampah, kan? Dia nak, dia ambil. Dia tak nak, dia buang aku macam tu je. Tidak pernah ke dia terfikir pengorbanan aku selama ini?

Aku terlalu baik ke sehinggakan aku diperlakukan dengan cara ni?

Aku sayang sangat dia. Sehingga hari ini aku masih tak boleh lupa dia. Lama kot aku bercinta dengan dia. Tapi dia buang aku sekelip mata je.

Kau memang kejam, H… Sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku?

Aku masih tak ada jawapan kenapa dia tinggalkan aku. Sebenarnya dia dah ready ada girlfriend baru, sebab tu mudah je tinggal aku.

Karma itu wujud. Tak apalah, satu hari nanti girlfriend baru kau pun bakal tinggalkan kau, H, seperti mana kau tinggalkan aku.

Macam mana sakit aku rasa, begitu juga kau akan rasa. Teruk kecewa aku dapat, begitu juga kau akan dapat.

Tiada manusia sesabar aku. Kau je tak tahu menilai mana kaca, mana permata. Kerana aku mencintai kau lebih dari diri aku sendiri.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. treat yourself well until you value yourself. The happiness should comes from yourself, not from others. Only then you will attract someone who can appreciate you the way you appreciate yourself. Trust me, its worth it. You attract what you are.

  2. Ni nk ckp..nk kecewa boleh. Tp jgn lama². Jgn nk sendu syahdu terbawak² sgt. Hidup ni singkat. Move on je. Untung kau tak berjodoh dgn org mcm dia. Allah dh sediakan jodoh lain utk kau la tu. Yakin la aturan Allah paling tepat.

    Aku ckp ni sbb makcik aku pernah bertunang umo 20-30 mcm tu and kena tinggal. Ex dh kawen beranak pinak, dia masih tggu mamat tu. End up skrg dah 60+ tak kawen² sbb setia tak tentu pasal. Fikir² la. Esok lusa tak tentu hidup lg. Jgn grief lama². Okeh?

  3. Dik, dulu akak ms mula2 broken gni la jugak. Tp dik one day kau akan tahu kenape dia bukan utk kau. Time tu nanti ko akan bersyukur sgt2. Akak dah laluinya dan skrg akak mmg rasa bersyukur sgt2 bila dia tak ditakdirkan utk akak. Take time and move on. Kita x rugi ape2 sbb kita dah bg terbaik utk relationship kita cuma dia xhargai.

  4. Saya sekarang pun berada dalam situasi yang sama. Dah ditinggalkan tanpa sebarang penjelasan tapi masih berharap si dia kembali. Percaya lah ini penantian yang sia-sia. Apa yang kita kena buat is redha and move on. It’s ok to grieve. Moving on from someone we truly love takes time. Take as much time as you need. Once you healed, you will taste the sweetness of freedom. No need to take revenge. Allah will take care of those things.

  5. Percaya la dik..itu yg terbaik utk awak bila dia dah tinggalkan awak..sbb dgn mudahnya dia blh tinggalkan awak..jgn pandang apa yg sudah berlalu..awk blh bersedih..tp tetap la terus bangkit pandang ke kehadapan..bersangka baik pd Allah sbb Allah tahu apa yg terbaik dlm kehidupan kita..sy selalu pesan bt ank2 sy..sblum nk cari jodoh yg baik..kita kena perbaiki diri sendiri dahulu..kena syg diri sndr..jaga solat yg wajib..jaga hak2 Allah..jaga maruah..doa tanpa putus asa minta dipertemukan jodoh yg soleh..solehah..dan lg sy pesan..klu blh xyah nk couple2 yg mengundang zina,maksiat..xslh utk suka ssorg tetapi jgn kita taksub gan manusia sampai lupa Allah..nti kita yg rugi dan kecewa dikemudian hari..awak teruskan lah berdoa hingga Allah pertemukan dgn jodoh yg baik..sbb nti satu saat bila awk dah ada niat utk berkahwin..pasti kita nk ianya berkekalan hingga ke syurga Allah..berkahwin ini ibadah yg paling lama..jd pilih lah calon suami yg beragama..berakhlak baik..bertanggungjawab..In Syaa Allah..dgn izin Allah..bahagia dunia akhirat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *