Pengalaman Cinta Pertama

Aku dibesarkan oleh ibu tunggal dan tak pernah dijaga atau diambil kisah oleh ayah aku, walaupun dia masih hidup dan tinggal dekat dengan rumah aku.

Seumur hidup 30 tahun ni, aku tak pernah ada pengalaman melihat cinta or kasih sayang antara pasangan suami isteri.

Apa yang aku tahu tentang cinta, adalah semua yang aku tengok dalam movie atau dalam drama.

Love is like a fairytale – simple, short and sweet, ala2 disney or drama Korea.

Ini pertama kali aku jatuh cinta, yang sampai buat aku rasa aku nak kahwin dan ada keluarga sendiri.

Tapi masalahnya, memang complicated ke bila suka kat seseorang ni?

Sedikit background, aku dan dia dah kenal hampir setahun, kawan sekerja.

Biasanya kami bersembang/mesej masa waktu kerja saja, pasal kerja dan kadang pasal keluarga, kawan, isu semasa.

Dengan perasaan segan “mahu tapi malu”, dengan rasa bersalah tak nak dekati zina, tapi dalam masa sama nak ambil tahu dan bercakap selalu.

Tak tahu nak cakap macam mana, tapi aku sedih dan tak suka diri aku macam ni.

Boleh tak korang cerita pengalaman korang, kisah cinta dengan pasangan dan macam mana akhirnya sampai ke jinjang pelamin?

Susah tak dan rasa macam roller coaster ke?

– Cik Flower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *