Aku Suami ADHD II

Ok confession aku pasal ADHD hari tu, fokus utama ialah untuk bacaan isteri yang ada suami berkemungkinan ADHD tapi disalah anggap sebagai pemalas.

https://iiumc.com/aku-suami-adhd-biawak-hidup/

Confession kali ni pulak aku khaskan untuk korang yang selalu rasa malas, suka bertangguh, dan mungkin ada ADHD. Aku harap ada la tips-tips yang aku share yang boleh bantu kehidupan korang jadi lebih baik.

Cuma isu dia dekat sini, orang yang ada ADHD kemungkinan besar tak lepak dekat sini. Jadi aku minta jasa korang yang baca supaya tolong share dan viralkan sharing aku ni supaya sampai kepada mereka yang kemungkinan mempunyai ADHD.

Dan kalau korang ada ADHD, aku faham sangat perasaaan korang untuk save dulu dan dalam hati korang kata “nanti lah aku baca”. Nanti korang tu entah-entah lagi 2 tahun.

So kalau korang saspek korang ada ADHD. Stop buat benda lain dan baca sampai habis.
.
.
Actually ADHD ni bukan penyakit tau. Adhd ni lebih kurang macam autism. Wiring dalam otak dan cara proses maklumat ADHD dan autism berbeza dari manusia normal.

Sebab tu ADHD dan autism ni kita tak boleh cure. Sebab bukan penyakit pun. Cuma kita boleh kawal. Dan sebab tu mereka yang ada ADHD boleh dapat kad oku sama macam mereka yang ada autism.

First sekali, kalau korang saspek yang korang kemungkinan ada ADHD dan mengganggu kerja atau kehidupan korang, elok la diagnose dulu.

Kalau aku boleh ulang balik masa, konfem aku akan diagnose terus.

Cuma untuk kes aku, sebelum aku tahu term ADHD, aku dah berjaya create sistem yang sesuai untuk kawal masalah ADHD aku. Ambil masa bertahun jugak lah.

Kalau dari dulu aku aware aku mungkin ada ADHD, aku akan pilih untuk diagnose.

Kenapa kena diagnose? Sebab ada masalah ADHD yang perlukan bantuan med supaya korang boleh menjalani kehidupan yang normal. Dan macam autism yang ada terapi, untuk ADHD pun mungkin ada terapi yang sesuai.

Aku ada baca dekat forum luar. Ada yang kata lepas ambil med terus boleh buat kerja-kerja yang dia rasa sebelum ni susah nak buat.
.
.
Jadi memandangkan aku tak diagnose, aku takde la ambil med. Tapi ni apa yang aku buat supaya hidup aku lebih terurus walaupun ada ADHD.

=====================
1) Zikir hilang rasa malas
=====================
Aku punya ADHD ni sampai setiap hari aku rasa struggle sangat nak solat. Padahal 5 minit je pun.

Kalau solat yang wajib pun kita tak berjaya buat dan asyik bertangguh, agak-agak kerja-kerja lain tu kita mampu selesaikan ke?

Sebab tu personal opinion aku untuk kita yang selalu rasa malas dan mungkin ada ADHD, jaga solat ialah perkara pertama yang kita kena buat.

Zikir hilang malas serius sangat ajaib. Dekat youtube ada UNIC melagukan zikir ni sekali terjemahan. Senang hafal bila dilagukan.

Banyak kali selepas baca, aku terus rasa boleh buat kerja yang aku struggle nak mulakan.. dengan syarat digabungkan dengan teknik 1 percent

=================
2) Teknik 1 percent
=================
Teknik 1 percent ni aku tiru dari buku Eat That Frog (brian tracy). Penulis tu kata, kalau nak makan katak yang besar, jangan makan sekaligus. Tapi potong kepada beberapa bahagian dan makan satu-satu.

Untuk aku, aku potong dahulu kepada 1 percent dan cuba makan 1 percent tu dulu.

Sebagai contoh, bila aku struggle nak solat, aku akan trick diri aku,

“alaa.. Kita basuh muka je la dulu. Kalau dah basuh muka masih rasa malas, tak perlu solat lagi.”

Tapi ajaibnya lepas basuh muka, bila momentum 1 percent dah ada, kita ok je nak ambil wuduk. Dan lepas tu Alhamdulillah terus berjaya solat.

Itu untuk solat lah. Tapi contoh kalau aku kena buat artikel macam yang aku tengah tulis ni,

aku mula tadi dengan “alaa.. Kita siapkan 1 perenggan je dulu”. Tapi eh bila dah ada momentum dan mood hyperfokus datang, tetiba dah banyak perenggan aku berjaya tulis dalam masa 10 minit sahaja.

===============
3) Teknik Roket
===============
Kadang-kadang aku suka gabungkan jugak dengan teknik roket ciptaan Mel Robbin.

Orang kalau nak buat apa-apa suka kira 1,2,3 kan? Tapi mel robbin dia suruh kira terbalik mcm roket tengah counting down sebelum berlepas.

3..2..1..0.. Go. Terus gerak, buat aktiviti 1 percent tadi cepat-cepat.

Kalau kita kira menaik, lepas 3 ada pulak 4, 5, 6. Sampai bila nak bergeraknya.

Jadi bila counting down, lepas sampai 0 otak kita takde pilihan melainkan untuk terus execute.
.
.
Kalau korang yang baca ni normal, mesti korang rasa pelik kan. Kenapa aku nak kena buat semua step ni semata-mata untuk benda simple macam solat.

Dia nampak simple sebab korang takde ADHD. Dan korang perlu bersyukur sangat sebab tak ada ADHD.

Orang yang ada ADHD, ada masa dia akan nampak sesuatu kerja lebih susah dari yang sepatutnya dan tak tahu nak mula dari mana.

Dalam situasi tadi aku akan apply micro checklist.

================
4) Micro Checklist
================
Micro checklist ni kalau org nomal baca mesti gelak sbb task-task dalam checklist ni terlalu kecil.

Contoh kalau aku nak edit video, ni micro checklist yang aku akan listkan dulu dalam fon.

– baca zikir hilang malas
– rocket countdown.. 3, 2, 1, 0.. gerak
– bancuh kopi
– duduk atas kerusi
– on laptop
– buka notepad
– sediakan ayat intro video
– buka folder (nama klien)
– buka capcut
– drag masuk footage ABC dalam capcut
– drag masuk footage CDE dalam capcut
– letakkan cta di hujung video

Lepas dah listkan secara micro macam ni, baru lah otak aku rasa.. Ok benda ni sebenarnya manageable. Aku just selesaikan step by step sahaja.

Micro checklist ni penting waktu aku tengah mood procrastinate, overwhelm dan struggle nak mulakan kerja.

Tapi bila aku dah mula kerja dan tengah mood hyperfokus, aku tak perlu checklist pun tapi tetap boleh siap tugas yang mencabar tanpa sebarang checklist.

Contoh macam confession ni lah. Aku tak buat micro checklist pun. Aku cuma start dengan teknik 1 percent sahaja.

Cuma sebab masa menulis ni aku tengah hyperfokus, idea tu datang sendiri dan aku tak boleh nak stop menulis.

Ni bini aku tengah bising sbb dia cakap something tapi aku macam endah tak endah. Ni semua sebab hyperfokus. Selagi apa yang ada dalam otak aku belum setel, selagi tu aku akan hyperfokus sampai siap. Aku lupa makan pun aku tak kisah.

Sebab tu orang ADHD senang lupa apa yang tengah disembangkan kalau ada org kacau. Sebab dalam kepala ADHD ni banyak benda yang dia tengah fikir serentak disebabkan hyperactivity.

Otak ADHD ni sangat bising. Contoh kalau ada kawan aku bgitau dia nak buat bisnes. Dia tanya bisnes apa yang dia boleh buat.

Otak aku akan cuba ambil kira pelbagai info dari maklumat yang aku ada untuk bagi jawapan terbaik kepada dia. Kesan dia otak aku cepat penat bila jumpa kawan yang suka minta pendapat dan aku akan burnout sehingga keesokan harinya.

Lepas dah faham diri aku, sekarang aku sediakan jawapan template untuk kawan-kawan yang suka minta pendapat percuma dan Alhamdulillah takde dah isu burnout. Jawapan template ni jawapan berulang yang aku tak perlu fikir. Hehe.
.
.
Disebabkan otak pemilik ADHD ni sangat bising, aku alami kesukaran untuk tidur awal semenjak dari sekolah. Masa sekolah dulu aku akan tidur masa kelas untuk cover tidur yang tak cukup.

Nasib baiklah sekarang aku kerja sendiri. Walaupun aku terpaksa tidur siang untuk cover tidur malam yang tak cukup, Alhamdulillah aku tak menyusahkan siapa-siapa.

Cuma memandangkan anak kecil aku yang autism bakal masuk tadika tak lama lagi, nak tak nak aku kena belajar jugak untuk tidur awal. Supaya nanti takde masalah untuk aku hantar dan pickup dia dari tadika.

Korang bayangkan masa aku cuba tidur tu, tetiba dalam otak aku terfikir sendiri macam-macam perkara. Banyak sangat bunyi dalam kepala, macam mana nak tidur.

Walaupun fon dah tutup. Lampu dah padam. Aku tetap susah nak terlena.

Bunyi-bunyi tadi akan hilang bila aku buka mata. Tapi dah aku buka mata macam mana nak tido kan.

Kesan dia, kalau aku masuk tido jam 12 pagi pun, jam 3 pagi baru aku boleh terlena.

Lepas berbulan research sana sini dan cuba macam-macam cara. Alhamdulillah berjaya juga jumpa cara yang serasi supaya aku boleh tidur awal bila perlu.

Tapi sebab mood hyperfokus aku tiba-tiba hilang, aku jadi tak semangat dah nak menulis. Aku ingat lain kali je lah kut aku cerita bab tu.

Kalau lain kali aku tu tahun depan, aku mintak maaf siap-siap naa. Heheheh.

Cuma aku boleh bg tips, orang yang ada ADHD sangat perlu jaga fitness & pemakanan.

========================
5) Jaga fitness & pemakanan
========================
Bila aku mula jaga fitness dan pemakanan, memang boleh nampak beza prestasi hidup harian aku. Rasa macam banyak benda jadi lebih mudah nak buat.

Kalau orang normal perlu jaga fitness dan pemakanan, orang ADHD WAJIB jaga fitness dan pemakanan.

Kalau korang rasa diri malas, takde semangat, sebab ada ADHD, tapi diri sendiri tak cuba jaga fitness, pemakanan, dan solat, cuba betulkan 3 benda ni dulu.

========================
6) Design hidup anda sendiri
========================
Yang ni aku letak last sekali sebab aku tak rasa semua orang mampu buat benda ni. Anggap je nombor 6 ni optional.

Contoh macam aku, hal-hal rutin kerja yang membosankan bagi aku akan diuruskan oleh wife aku. Kalau lah wife aku taknak tolong, aku akan usaha cari orang lain yang boleh tolong.

Aku cuba design life aku sendiri. Di mana aku hanya perlu fokus kepada kekuatan aku, dan orang lain akan tolong cover kelemahan aku.

Contoh lain untuk korang yang berkerja. Kalau dah tahu diri tu tak boleh masuk on time, cuba la cari kerja yang flexible working hours.
.
.
Ok. Cukup la kut 6.

Yang penting kalau korang rasa ada masalah procrastinate dan susah nak siapkan kerja yang keterlaluan, elok la cepat-cepat jumpa pakar untuk diagnose. Mana tau korang memang ada ADHD dan perlukan med untuk berfungsi secara normal.

Korang untung tau sebab aku dah tolong bagi awareness. Aku dulu selalu blame diri aku pemalas dan loser dan cuba solve sendiri sebab aku tak tahu pun kemungkinan aku ada masalah lagi besar dari malas iaitu ADHD. Terms ADHD pun aku tak tahu. Kalau aku tahu awal, lepas grad lagi aku dah jumpa pakar untuk diagnose dan rawatan.

Insyaallah aku sendiri pun akan cari masa untuk proper diagnose. Mana tau nanti doktor pakar boleh bagi tips dan terapi yang aku sendiri belum pernah cuba.

Tak perlu malu pun kalau kena bergantung pada med. Bukan kita yang minta djadikan begini. Cuma tugas kita sebagai hamba ialah untuk berusaha dan hijrah diri kita ke versi yang lebih baik. Amin.

Semoga asbab sharing saya ini makin ramai beruang yang tengah hibernasi dapat diselamatkan. Beruang ini kalau dibiarkan, risau boleh bertukar jadi biawak.

Wakeup guys. Comeone. You can do it. Kita khalifah kut dekat muka bumi ni.

P/s: Korang tolong doakan anak autism aku takde ADHD ye. Aku yang ada ADHD saja pun rasa hidup ini sangat struggle. Aku tak boleh nak bayang apa yang anak aku akan hadap kalau dia autism ADHD. Dia dapat jadi autism yang pandai jaga diri pun aku dah bersyukur sangat dah. Tq doakan.

– Jon Travolta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *