Assalamualaikum. Nama aku Thierry. Dulu aku pernah share satu dua kisah pasal family aku. Kali ini aku nak share, Allah hadirkan ujian buat kami sekeluarga.
Untuk kali ini, aku nak ceritakan pasal kakak aku. Aku namakan dia Sarah. Adik beradik kami ramai lelaki, perempuan seorang saja, kakak aku. Dalam family kami, alhamdulillah, kami adik beradik amat-amat rapat. Dan dalam ramai-ramai, aku antara yang paling rapat dengan Sarah ni.
Dalam family kami, alhamdulillah, kami walaupun dah besar panjang, dah ada yang ada anak-anak, mak dan ayah kami akan selalu bagi nasihat-nasihat terhadap perkara yang mereka rasakan perlu untuk dinasihatkan.
Walaupun kadang-kadang kami mengelat bila ayah bagi certain nasihat, tetapi selalunya kami akan iyakan dulu pada awal-awal, lepas itu baru kami akan taichi balik dekat ayah sebab tak nak bagi ayah kecil hati.
Ok, berbaik kepada Sarah. Sarah ini sebelum ini dia buat bisnes, jadi dia kahwin sedikit lewat kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku dah ada anak, kemudian dia baru diberi rezeki jumpa suami dia. Aku namakan suami dia sebagai Nasir.
Perjumpaan mereka suami isteri bila mana Nasir datang atas urusan kerja bisnes Sarah ini. Jadi mereka berkenalan dan sampai ke jinjang pelamin. Dalam family aku, selalunya, sebelum satu-satu decision especially untuk kahwin ini, dia akan melalui kami adik-beradik untuk screen dulu.
Jadi aku masih ingat, masa itu Nasir ini datang jumpa aku dan abang aku masa kami ada program dekat masjid. Mak dan ayah aku masa itu pergi buat umrah tak silap ingat aku. Masa itu dia join sekali, dan kami pun borak-borak santai, nak kenal dia macam mana.
Jadi hasil perbualan, kami tengok dia macam okay. Dari segi level of education, Sarah ini ada degree, manakala Nasir ini ada sijil bab electrical. Masa ini dia tengah nak ambil sijil Chargeman.
Jadi bila mana dia nak ambil sijil Chargeman, aku nampak dia ini memang ada visi jangka masa panjang untuk upgrade diri dia.
Jadi disebabkan nampak kesungguhan dia untuk upgrade diri dia, walaupun pada ketika itu secara dasarnya gaji Sarah sedikit tinggi lagi dari Nasir, kami recommend dia dekat mak dan ayah untuk dijadikan the only menantu lelaki dalam family kami.
Maka terijabkabullah mereka berdua selepas beberapa ketika. Tempat tinggal mereka tak jauh dengan rumah parents aku.
Ok ini nak start penceritaan sebenar. Aku disclaimer siap-siap. Aku tak nafikan, perihal rumah tangga, perlu dirahsiakan, tetapi Sarah kadang-kadang dia terpaksa cerita dekat aku bagi di hilangkan kesedihan dia, untuk dia being rasional, untuk dia memahami si Nasir ini.
Sebab apa, selalunya bila Sarah cerita dekat aku, masa itu dia memang dah tak tahan untuk pendam seorang. Sebab benda ini berlaku masa Sarah tengah pregnant, dan masa baru lepas bersalin satu dua hari.
Ok aku sambung.
Setelah beberapa bulan kahwin, alhamudulillah Sarah disahkan mengandung. Didalam proses mengandung tersebut, satu red-flag telah dijumpai.
Si Nasir ini meninggalkan Sarah sebab dia merajuk. Dia merajuk sebab Sarah tegur dia, janganlah buat kerja part-time banyak sangat. Fokus la masa sikit dengan Sarah ini. Tapi dia merajuk bila Sarah tegur dia macam tu. Memang Nasir tinggal beberapa hari.
Sampai tahap ayah aku pergi ambik Sarah dekat rumah dia masa Nasir tinggal dia sebab risau dia seorang je dekat rumah.
Sarah ada cerita juga, masa awal-awal dia pregnant, pun ada yang mana Nasir ini, bila mereka gaduh, dia keluar rumah, tinggal Sarah seorang dekat rumah, whatsapp tak ada, call tak ada tanya khabar bini sendiri.
Sepanjang tempoh akak aku mengandung anak first, memang banyak kali dia merajuk tak balik rumah. Awal-awal aku selalu comfort Sarah ini, mungkin Nasir still tengah adapt dengan perkahwinan dan sebagainya. Yelah, tak sampai setahun lagi kahwin.
Fast forward, datanglah hari-hari menghampiri hari Sarah nak bersalin. Jadi Sarah plan untuk berpantang dekat rumah parents aku.
Nasir kalau ikutkan tak berapa agree, sebab dia tengok kawan-kawan dia pantang sendiri, tapi since dia sendiri kerja shift, dan nak prepare untuk jaga orang pantang ini memerlukan sedikit perhatian, Sarah memang nak minta berpantang di rumah parents aku.
Maka datanglah hari Sarah bersalin. Beberapa hari lepas Sarah bersalin, ada berlaku drama. Drama lari dari rumah lagi. Masa tu kami tengah uruskan untuk akikah anak dia.
Aku dan ayah aku uruskan pergi beli kambing semua, dan niatnya kambing tu nak dibawa ke Masjid. Memang ayah aku sponsor kambing seekor, niat untuk akikah cucu dia.
Pada masa sama, mak Nasir ada nak datang tengok cucu baru lahir. Jadi ayah aku ada cakap dekat Nasir, kalau mak dia nak datang tengok baby, boleh la datang ke Masjid sekali nanti.
Kambing tu memang kami masak dan bawa ke Masjid. Tapi seingat aku, ayah aku tak ada langsung cakap yang “tak payah la mak datang ke rumah”.
Dia boleh sentap ayah aku cakap macam tu. Bukan ayah aku tak bagi datang rumah kami langsung, tapi ayah aku ajak mak dia datang masjid, jadi dia interpret ayah aku tak bagi mak dia datang tengok cucu.
Dan disebabkan ini, dia keluar rumah, merajuk. Tak balik rumah. End up, urusan akikah anak dia, orang lain uruskan.
Masa ini kira macam kami menyirap la. Anak kau baru berapa hari lahir, kau boleh tinggal anak bini kau, suruh orang lain uruskan. Ketah*an apakah ini????
Kebetulan masa itu memang kami pun ada dekat rumah parents aku, jadi memang certain benda aku dan isteri aku yang tolong. Wife aku tolong mandikan anak dia tu.
Aku ingat lagi, pada masa ini, Sarah whatsapp aku, minta wife aku ambil anak dia kejap sebab dia nak cakap dengan aku. Menangis dia cerita sedihnya ada lelaki, tapi tak function. Aku masa itu memang level, aku cari jugak mamat ni, pecah juga muka dia.
Aku whatsapp dia panjang-panjang, hantar voice note, sepatah haram tak reply.
Itu cerita 5 tahun lepas tau. Sekarang mereka masih bersama. Dan baru beberapa bulan lepas dapat anak ke-3. Tapi ada cerita lagi weh dalam 4-5 tahun ini. Okay nanti sambung lagi..
– Thierry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lelaki lembik mental MCM tu masih ditunggu Sarah?
Cakap sikit sentap nampak sangat tak matang.Mcm mana nak hadapi hari mendatang…MKN hati la Sarah tu
Mngkin sbb tulah ank muda harini yg xnk or lambat nk berjodoh utk bernikah.. mse berkenalan atau bertunang benda2 mcm ni x timbul lg, tp bla dah dduk serumah, maka timbul la ‘true color’ masing2.. tu baru ckit, klaw dah 10 or 20 thn, mcm2 ‘colour’ dah yg kluar, mcm lukisan ‘abstract’ jadinya.. dlu tok penah la dengar seorang ustaz ceramah, “klaw hal kecik2 yg melibatkan hal dunia yg timbul dlm r/tangga, klaw bule abaikan n maafkan sesama sendiri, lainlah klaw yg melibatkan akhirat, spt x solat ir puasa ramadan ke, x ttup aurat, or hubungan yg x sepatutnya dgn bkn mahram, itu suami patut ‘marah’ or ambil berat..” klaw dah ‘merajuk’ berhari2, tinggal isteri yg dah nk bersalin, di mana t/jwab dia sbg suami n ayah.., klaw jd apa2 kpd kluarga dia jugak yg bertanggungjwb.. lelaki yg benar2 bertanggungjwb n benar2 ambil berat kpd kluarga skrg semakin kurang, sbaliknya mrk melebihkn perkara2 lain spt krja (yg x munasabah), kwn2, hobi, game dsb.., akhirnya isteri n ank2 yg ‘mkn hati’ n r/tangga jdi porak-peranda akibat perbuatan mereka.. sedarlah wahai suami2 n ayah2 sekalian.. kmu tu ‘tonggak’ n harapan kluarga kmu.., mereka yg lain tu ibarat ‘penumpang’ dlm kenderaan yg kalian kendalikan.. jadilah ‘macho’ ckit n bertanggungjwb, bkn hanya pentingkan diri n emosi sendiri je.. wallahu a’lam bissawab
So.. kau pecah kan tak muka mamat tu? Dah keluar 3 anak dah pun Sarah tu 🙄
Kesiannya kkak awak..ini bahagian dan ujian dlm kehidupan dia..sepatutnya abg ipar awak kne menjadi ssorg yg tegas dlm membuat keputusan..sbb tu lelaki ini kena ada sifat kepimpinan yg kuat..dialah ketua keluarga..dialah imam..dia yg akan protect fmly dia..isteri dan ank2..bkn main lari2 n tinggal suka2 hati cmtu je bila ada sesuatu mslh..kena ingat,lelaki bila dah berkahwin..isteri dan ank2 itu 1 amanah yg Allah dah kurniakan bt suami utk dipertanggungjawabkan..dlm perkahwinan bila ada sstu mslh..msti kena berbincang..komunikasi itu sgt2 penting..antara suami dan isteri..sy doa kn semoga segala urusan sarah dan ank2nya dipermudahkan..byk2 kn lah berdoa supaya Allah menjentikkan hati bt suami sarah ini menjadi suami yg lebih baik..bertanggungjawab..beriman..soleh..
Aamiinn..Aamiinn..Ya Rabbal Alamiinn..
Org yg level education rendah ni lebih emosi drpd rasional sbb kalau mental dia kental dan rasional takkan lah dia belajar takat tu je (org x hbs belajar). Jd sbb perangai bodoh2 dia tu terbawa2 even dah kahwin sbb mmg dasar laki2 ‘bodoh’. Maaf emo sikit.
Maaf mencelah..sy kurang setuju bab2 klu education rendah ni..mmg kebanyakkan nya perangai bodoh..ini bkn ttg education..tp ini ttg attitude seseorang..klu belajar tggi..tp xde adap atau xberakhlak xguna juga..sebenarnya semua ini bergantung pd didikan keluarga..akhlak diri individu itu sendiri..bg sy..utk menuntut ilmu ini..xkira lah berapa umur anda..xkenal erti tua..ttp la menuntut ilmu..bkn saja ilmu dunia tp lebih2 lg ilmu ttg hal akhirat..klu kita byk mengenal Allah..kita sedar diri siapa kita..utk apa kita diciptakan kat dunia ni..kita ni xde apa2 pn sebenarnya..kita hanya hamba..