Assalamualaikum, saya Nana (bukan nama sebenar). Saya ni seorang yang berbadan besar dan periang. Saya ni jenis yang tak malu dengan diri saya. Saya selalu yakin dengan diri saya yang saya mampu hidup tanpa lelaki di sisi saya. Tapi rupanya saya tak mampu.
Nak jadikan cerita, saya ada kenal dengan seorang lelaki yang muda dari saya. Nama dia Udin (bukan nama sebenar). Umur dia dalam 30 tahun. Saya pula umur dalam 35 tahun, beza 5 tahun dengan saya.
Saya kenal dia pada tahun 2017 di Kuantan, Pahang. Kami sama-sama kerja dalam perhotelan. Kami berdua satu team dalam housekeeping. Dulu Udin ni supervisor saya. Tapi masa tu dia seorang yang pemalu. Saya pula jenis yang suka tegur semua orang walaupun kali pertama jumpa.
Jadi saya keraplah tegur dia sampai la kami berdua rapat. Rapat macam belangkas la. Ke mana-mana mesti berdua dengan Udin. Kawan-kawan kerja selalu membawang pasal kami tapi kami hanya gelak dan cakap “kami hanya kawan”, ayat selamat hehe.
Sampai satu hari dia berhenti kerja secara mengejut disebabkan tekanan pihak atasan. Saya dapat tahu, terus saya pun berhenti kerja. Saya ikut dia kerja di tempat lain dan kami dapat kerja yang sama dan hotel yang sama. Tapi dia bukan lagi supervisor saya, hanya staf biasa, tapi yang penting masih satu team dengan saya.
Jadi saya ringkaskan cerita, pada tahun 2019 adalah tahun yang saya paling benci. Secara jujur saya terjatuh cinta pada Udin, kawan baik saya, tapi saya takut nak bagi tahu dia. Saya tahankan perasaan saya. Saya sabar, saya sabar sampai saya putih mata sebab bila saya dapat tahu yang dia rupanya suka pada lelaki. Dia seorang homoseksual.
Ya Allah… hancur hati saya. Saya sedih, saya menangis, meraung bila dia bagi tahu dia suka lelaki. Saya tak tahu mana silapnya. Dia rasa seronok bila dia mula bercerita mengenai cinta dia pada pasangan dia yang bernama Abang Khai (bukan nama sebenar).
Setiap kali dia cerita pada saya, saya buat muka happy kat dia. Saya sokong cerita cinta gay dia. Saya pakai topeng ke wajah saya setebal yang boleh tapi hati saya remuk, sedih dan kecewa. Saya sendiri pun tak tahu kenapa dengan diri saya. Saya macam orang bodoh yang reda apa yang dia buat.
Sepatutnya sebagai seorang kawan yang saya cinta, saya patut nasihat dia. Saya nak bagitahu dia yang apa dia buat ni salah di sisi Islam. Tapi saya tak tahu kenapa… mungkin saya takut kehilangan dia. Saya takut dia tinggalkan saya. Jadi saya sokong apa yang dia buat. Sampai saya jadi penasihat dalam cinta gay dia. Allahuakbar… berdosanya saya ya Allah.
Macam-macam dia buat dengan Abang Khai tapi saya tak pernah halang dia sebab saya cinta dan sayang kat dia. Saya butakan mata saya dengan perbuatan dia dengan Abang Khai. Bodohnya saya masa tu. Masa dia pergi bercuti dengan Abang Khai, hari-hari saya menangis. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Saya reda ya Allah.
Selepas beberapa bulan dia bercinta dengan Abang Khai, dia dah mula kerap ambil cuti sakit. Saya pun tak fikirkan apa-apa. Saya buat kerja saya macam biasa.
Dan ada satu hari, saya tengah kemas bilik untuk dijual, tiba-tiba dia datang jumpa saya sambil menangis. Saya terkejut dan saya bertanya kat dia “Kenapa menangis ni?” Dia pegang tangan saya dan dia bawa saya ke salah satu bilik yang sudah siap dikemas. Saya pun terkejut dan berfikir “Kenapa dengan dia?”
Lepas kami masuk bilik tu, dia terus tutup pintu bilik hotel dan dia duduk kat kerusi sofa di tepi katil sambil menangis. Saya rasa takut dan risau tapi saya kena buat-buat tenang. Saya tanya dia “Kenapa Udin menangis? Cuba bagi tahu saya, mana lah tahu saya boleh tolong?”
Dia tengok saya dengan mata yang merah dan berkaca. Dia cakap kat saya, “Nana, kalau Udin cakap, Nana jangan terkejut okey,” sambil dalam nada menangis. Saya dah mula risau. Apa yang dia nak bagi tahu tu buat saya terduduk. “Yang sebenarnya Udin ada syak penyakit HIV positif…” sambil menangis.
Saya hanya berucap, “Astaghfirullahalazim Udin… apa yang kau dah buat?” Saya terkejut sampai nak pitam. “Ya Allah… adakah aku yang bersalah atau dia yang salah?” Saya bercakap dalam hati. Menangis hati saya ni… hancur perasaan saya.
Saya tak tahu apa yang nak buat. Saya hanya mampu melihat dia yang sedang menangis. Saya cinta dan sayang kat dia. Saya nak kahwin dengan dia tapi bila dia ada penyakit ni saya terpaksa lupakan impian itu. Saya mengucap, tenangkan hati saya.
Saya bangun dari kerusi pergi ke arah dia dan saya tenangkan dia. Saya cakap kat dia, “Udin, sabar okey… insya-Allah setiap penyakit ada ubat dia… sabar ye.” Dia tengok saya dengan mata merah berkaca. Saya tak tahu mana datangnya kekuatan ni tapi saya kena tenang bila bersama dia. Saya tak boleh sedih walaupun saya memang tengah sedih.
Dia cakap kat saya, “Ada ke ubat untuk sakit HIV ni?” Saya terdiam, tak tahu nak cakap apa. Perasaan saya sudah hancur. Kadang-kadang saya terfikir yang saya nak tinggalkan dia selamanya tapi saya tak sekejam itu. Saya cakap kat dia, “Apa kata awak telefon Abang Khai, mungkin dia boleh tolong.”
Bila dia bagi tahu pada Abang Khai dan Abang Khai terkejut, terus je Abang Khai letak telefon dan senyap macam tu je. Dia call-call banyak kali terus Abang Khai tak menjawab. Saya melihat dia, saya rasa simpati kat dia. Dah la ada penyakit HIV, buah hati tinggalkan dia.
Saya cakap kat dia, “Udin, tak apa lah… saya sentiasa ada dengan awak. Saya tak akan tinggalkan awak. Saya sentiasa sokong awak. Saya janji… kita rawat penyakit ni sama-sama ye.”
Dia cakap kat saya dengan nada sedih, “Nana jangan tinggalkan Udin ye…” Saya senyum je. Hati ni macam nak meraung bila hajat tidak kesampaian. Pada masa yang sama saya berfikir, “Adakah tindakan saya ini betul atau salah?” Saya rasa was-was… bodohnya saya ni.
Dipendekkan cerita, saya teman dia jumpa doktor. Saya bagi semangat kat dia waktu dia kemurungan hingga nak bunuh diri. Segala-galanya saya berkorban untuk dia. Sampai la saya dapat tawaran kerja kerajaan pada awal tahun 2021 di Putrajaya. Saya terpaksa PJJ dengan dia di Kuantan. Dia pula dapat tawaran kerja di hotel Kuantan sebagai supervisor housekeeping.
Setiap bulan saya wajib balik Kuantan untuk jumpa dia. Hari-hari saya call dia untuk tanya khabar. Dan pada tahun 2022 dia kembali sihat dan saya akan ingatkan sentiasa makan ubat. Pada tengah tahun 2022 saya terluahkan perasaan saya pada dia yang saya suka kat dia. Dia senyum dan tak cakap apa-apa. Mungkin dia fikir saya tak takut dengan penyakit dia.
Saya bagitahu yang saya nak jaga dia hingga hujung nyawa saya tapi dia hanya mampu tersenyum sahaja. Bila saya cakap pasal perasaan, dia pasti akan tukar topik. Saya faham, mungkin dia belum bersedia lagi. Saya sabar dan terus bersabar.
Pada tengah tahun 2023 dia mendapat kenaikan pangkat sebagai pengurus hotel tempat dia bekerja. Saya sangat gembira dan bersyukur atas kenaikan pangkat dia sebagai pengurus. Tapi selepas dia naik pangkat, dia jauh dari saya. Bila saya tanya kenapa, dia cakap dia sentiasa sibuk nak jaga hotel. Saya fahamkan aje.
Bila langkah tahun-tahun seterusnya, dia dah makin disukai ramai orang dan staf-staf dia. Saya pernah tercemburu dengan dia bila dia rapat dengan staf-staf dia. Tapi saya hanya mampu tutup mata sahaja. Saya tak boleh cemburu kat dia sebab kami masih belum bercinta lagi. Walaupun saya yang luahkan perasaan dulu, tapi dia buat saya tergantung sepi begitu saja.
Pada bulan 10/2024 adalah hari lahir dia dan saya nak belikan hadiah kat dia. Selama 8 tahun saya tak pernah tak bagi kat dia. Itulah bila dah sayang, semua sanggup berkorban.
Tahun 2024 hadiah terakhir dari saya untuk dia. Saya belikan sejambak bunga ros merah dan coklat dengan harga RM65.00 tapi dalam akaun simpanan saya hanya ada RM72.00.
Saya guna duit belanja saya untuk happykan dia. Saya orderkan Grab untuk hantar bunga hari jadi pada dia. Kad ucapan saya tuliskan “SELAMAT HARI JADI AWAK.. SEMOGA HUBUNGAN KITA KEKAL HINGGA KE JANNAH”.
Saya buat video call dengan dia dan apa yang saya hanya kecewa… dia cakap saya “hanya ni je hadiah yang Nana bagi…” Saya hanya mampu tersenyum sahaja. Dia buka kad ucapan dan dia baca, terus dia ludah kad ucapan saya.
Allah… saya terkejut dan nak menangis. Tergamak dia buat macam ni kat saya. Hina sangat ke kad ucapan tu? Bila dia nampak mata saya berkaca, dia terus minta maaf dan dia cakap terima kasih kat saya. Saya hanya mampu diam dan senyum je.
Beberapa minit kemudian dia buka satu cerita yang buat kami berpisah selamanya. Dia ada cerita yang dia ada kenal satu perempuan ni dan mereka suka sama suka. Dia cerita yang keluarga perempuan ni suka pada dia dan nak jodohkan dia dengan anak keluarga tu.
Saya mendengar bagaikan kepala saya nak meletup. Saya tanya dia adakah dia serius dengan keluarga tu? Dia senyum dan minta saya doakan yang terbaik untuk dia.
Saya cakap kat dia yang saya sayang dan cintakan dia tapi dia kata kita ni hanya kawan dan tak lebih dari itu. Pada masa tu baru saya tahu kenapa dia semakin jauh dari saya. Rupanya inilah jawapannya.
Saya tak nak hina dia tapi masa video call tu saya teremosi. Saya marah dia, saya kata kat dia “Adakah perempuan tu tahu siapa kau? Seorang gay dan sakit kau macam mana? Adakah dia terima kau seperti mana aku terima kau? Aku harap kau tak bermimpi.” Sampai macam tu saya cakap kat dia.
Dia terkejut dan terkedu melihat saya tergamak berkata begitu pada dia. Tak sampai beberapa saat dia terus letak video call dari saya. Saya menangis semahu-mahunya. Dari situ hati saya terdetik… kenapa saya ni terlalu bodoh sebab lelaki. Saya serah waktu saya selama 8 tahun untuk dia. Dia sia-siakan usaha saya selama ni.
Selama 6 bulan saya putus dengan dia. Tak ada call dan WhatsApp. Menyepikan diri. Pada hari raya 2025 saya turunkan ego saya dan saya cuba WhatsApp dia dengan ucapan Selamat Hari Raya tapi dia hanya mampu diam saja.
Saya hantar kad ucapan raya dan saya nak minta maaf atas kesalahan saya sebab teremosi dengan dia tahun lepas. Tapi dia hanya memandang sepi kad ucapan raya dari saya. Itulah kata-kata saya yang terakhir untuk dia. Kami masing-masing buat haluan sendiri sampai sekarang.
Tamatlah cerita saya dan dia.
Kepada Udin (bukan nama sebenar), saya doakan awak bahagia dengan pilihan hati awak. Secara jujurnya saya masih rindu dan sayang kat awak, tapi Allah yang tentukan segalanya. Kita tak ada jodoh. Kita ikut haluan kita masing-masing.
Saya halalkan waktu kita bersama selama 8 tahun ni. Sentiasa lah jaga kesihatan awak. Saya dah tak boleh jaga awak macam dulu lagi. Awak jagalah diri elok-elok ye. Terima kasih.
Dari Nana (bukan nama sebenar)..
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ni cerpen khayalan atau betul2 jadi ni? Jika betul, adik patut buat solat sunat syukur pada Allah sbb selamatkan adik dari lelaki berpenyakit mcm tu. Adik ingat gayboy bila dah kena HIV/Aids ni senang nak berubah dan buang habit buruk dia? Susah dik, susah. Oh ya, jgn lupa pesanan acik. Kamu pi stalk sapa perempuan yg akan menikah dgn si udin tu. Habaq kat dia, si udin ni ada hiv. Jangan duk aniaya anak orang tak berdosa.
kesian kat kau dan kesian kat bakal isteri jantan gay lahanat tu.
terima kasih Allah melindungi awak dari sakit yg bukan berpunca dari awak..
semoga Allah menemukan awak dengan lelaki yang menerima awak sepenuhnya dan sayangkan awak
amin yra
move on la sistur..jgn kejar lelaki ..bia lelaki kjr ko.jgn syg lelaki lebih dr die syg ko.phm x?? love urself more