Hati Lelaki Yang Tiada Siapa Pun Faham

First time saya tulis di sini sebab terasa hati dengan keluarga mertua dan juga isteri saya.

Kadang-kadang saya cemburu dengan isteri-isteri orang lain yang sentiasa cari jalan nak bantu suami — nak buat dropship la, nak meniaga kecil-kecilan ka… Tapi isteri saya semua benda letak atas kepala saya.

Saya dah kahwin hampir 13 tahun. Ada dua orang anak — umur 12 dan 10 tahun.

10 tahun lepas, gaji RM1,500 pun alhamdulillah boleh urus keluarga.

Tapi sekarang gaji saya RM2,600. Kerja 12 jam. Polisi syarikat saya, basic untuk 8 jam RM1,700. Baki lagi 4 jam tu kira OT, tapi dibayar RM900 fixed.

Sebulan, tolak KWSP, SOCSO, ada la dalam RM2,500 macam tu. Sewa rumah RM550 — rumah flat.

Ni pun baru dua tahun pindah sebab sewa rumah lama, owner setiap tahun nak naikkan sewa. Saya dah tak mampu.

Alhamdulillah rumah ni kawan rekomen. Owner macam baik ja… Harapnya tak la setiap tahun dia nak naik sewa.

Kami dah lama mohon rumah kerajaan. Tapi belum ada rezeki lagi. Status kami: menunggu giliran. Harap satu hari dapat la rumah sendiri.

Perbelanjaan bulanan:

Sewa rumah: RM550

Bil utiliti: RM80+

Bil telefon saya dan dia: RM100

Insurans (termasuk simpanan anak): RM200

Coway: RM120

Bagi mak saya: RM200

Petrol: RM100

Duit mengaji Quran anak: RM50

Belanja sekolah anak (2 orang): RM200

Bagi kat tangan dia (barang dapur): RM500

Tu pun gas, beras saya bayar. Dan benda-benda lain, apa-apa yang dia kirim. Takkan nak minta duit kat dia pulak?

Kadang mesej, “Abang balik kerja beli roti. Esok nak buat sandwich.” “Abang beli minyak.” “Abang beli telur.”
Tu semua takkan nak minta duit kat dia?

Lepas tu, beberapa tahun lepas, dia minta kat saya sebulan RM50. Pun saya kena bagi — kononnya nafkah. Walaupun saya dah sediakan semua.

Dia kata tu untuk barang peribadi dia. Ok la, saya tak kisah la pasal tu. Cakap banyak, dia kata saya berkira.

Lepas tolak semua, kat tangan biasanya ada la dalam RM200 atau RM250. Itulah habuan saya nak makan, nak belanja-belanja lain.

Lepas tu, kadang dia ajak makan luar. Kadang budak-budak nak beli baju. Kadang motor rosak. Kadang budak-budak ni ada hal sekolah.

Dengan RM200 tu la saya dok run hidup. Tapi dia tak nampak semua tu.

Saya ni berjimat, ikat perut sana sini, sebab walaupun kerajaan bagi bantuan persekolahan anak-anak, tapi tetap juga kena keluar duit sendiri sedikit sebanyak pun.

Belanja raya baru ni, tak payah cakap la tuan-tuan. Ibarat bernafas dalam air. Lelaki macam saya, pasti faham apa yang saya lalui.

Sat-sat nak beli bahan buat kuih raya, nak beli itu ini. RM500 saya bagi tak cukup, dia kata.

Bila saya kata buat sikit-sikit dah la, sekadar apa yang kita mampu — dia kata, “Setahun sekali ja pun. Tu pun nak berkira?”

Berkira, dia kata kat saya tuan-tuan… Dia kata dia bukan minta emas permata macam orang lain. Minta untuk keluarga nak makan juga.

Saya tak kata tak boleh. Saya kata buat sikit-sikit. Habuan bagi, ada ja la. Tapi dia suka nak salah faham ja apa saya cakap.

Sikit-sikit ungkit, “Kan dapat STR la, bantuan sekolah la…” Dia ingat duit tu berjuta ka? Dia ingat duit tu saya makan sorang ka?

Saya ni ada masalah apa pun, sepatah pun tak pernah cakap kat isteri. Tak nak serabutkan dia.

Kereta saya ni, nasib la beli masa bujang. Tak ada hutang. Tapi usia kereta ni dah hampir 15 tahun. Kereta masa beli pun second hand.

Kereta lama ni, tahu-tahu ja la… Ada ja la meragam sana sini. Kereta ni dia jugak yang pakai untuk ambil dan hantar anak.

Dia sendiri pun tahu belanja kereta ni macam mana. Dia ada ka fikir mana saya dapat duit? Sedangkan dia tahu gaji saya berapa, belanja semua berapa. Dia lagi tahu, tuan-tuan.

Saya pakai motor buruk ni jugak la. Motor buruk pun nak kena maintain jugak.

Sebulan sekali tukar minyak motor pun dah RM20. Kereta lagi. Roadtax, insurans lagi. Kalau tak maintain, nanti lagi cepat rosak. Kos pun makin tebal.

Dia ada fikir semua tu? Semua tu saya tak pernah cakap pun kat dia.

Tapi saya tau la, kos barang mentah naik harga. Semua benda mahal sekarang. Gaji saya pun pusing sana sini nak run family.

Saya bagi cadangan ja pun… “Ita tak mau ka buat dropship apa-apa ka? Meniaga apa-apa depan rumah?”

Anak pun dah besar. Tak perlu pemantauan sangat. Dapat sikit-sikit pun tak pa la… Boleh bantu keluarga.

Time budak-budak ni sekolah, boleh ja buat apa-apa untuk tambah duit. Kerja rumah pun bukan banyak sangat.

Ita pun boleh beli barang apa ita nak. Tak payah harap kat abang.

Saya cakap macam tu ja tuan-tuan… Salah ka apa saya cakap tu?

Dia diam. Dia tak cakap apa… Tapi dia pi bagitahu ayah dia.

Raya baru ni, ayah dia panggil saya keluar rumah. Ayah dia tanya, “Man cakap apa dekat Ita?”

Saya tanya, “Cakap apa?” Tak cakap apa pun. Saya mana tahu dia tanya soal apa.

Ayah dia kata, “Man ada suruh Ita pi kerja ka?”

Saya kata, “Bukan suruh pi kerja. Man cakap ja, buat dropship ka, meniaga apa-apa bawah flat tu. Boleh bantu keluarga sikit. Barang semua mahal sekarang, ayah. Man pun rasa sesak-sesak dah ni… Tu yang bagi cadangan macam tu.”

Ayah dia kata, “Ayah ni tak pernah hantar anak perempuan pi kerja. Anak perempuan ayah ada 5 orang. Sorang pun ayah tak pernah suruh kerja. Ayah tak bagi depa susah. Kalau Man rasa dah tak boleh bela anak dan cucu ayah, Man hantar balik kat rumah ni. Ayah boleh bela.”

“Ayah dulu gaji sehari RM5. Ayah bela anak ayah 8 orang. Mak pun ayah tak pernah suruh kerja ka, jual nasi lemak ka, mengasuh anak orang ka. Tak pernah.”

“Jadi kalau Man rasa susah, dah tak boleh bela… Hantar balik. Ayah boleh bela. Ayah masih kuat lagi… Kudrat ayah masih mampu bagi anak cucu makan.”

Memang ayah mertua saya masih kerja. Saya tahu dia mampu la kot bela anak cucu.

Ya la… Saya la yang tak pandai bela anak bini. Ayah mertua kata, “Ayah tak mau lagi dengar Ita mengadu Man suruh Ita pi kerja. Ni last,” dia kata.

Saya kata bukan tak pandai bela. Saya explain la gaji saya berapa, belanja berapa.

Ayah mertua kata, “Ya, ayah faham. Tu la ayah kata tadi, kalau Man tak boleh bela… Hantar balik rumah ayah. Man tak payah serabut dah.”

Saya hanya diam la… Nak kata apa lagi kan? Tapi hati ni sebak sangat. Isteri sepatutnya jaga maruah dan aib suami.

Tapi ya la… Bukan semua orang dapat bini yang faham suami.

13 tahun kahwin… Bukan hari-hari saya suruh pi kerja. Ada dia kenang sebelum-sebelum ni hidup dia macam mana?

Walaupun tak perfect macam orang lain, tapi saya jaga makan minum pakai dia. Coway tu, dia yang nak. “Senang bancuh air,” dia kata.

Selamat pun ya… Air tapis. Budak-budak nak minum, biar selamat. Saya ikut ja, kan? Setiap kali ajak makan luar, saya tak pernah tolak pun.

Balik hari tu, saya pun tak cakap apa sangat la dengan dia. Cuma saya kata, “Saya nak potong Coway. Masak ja la air.”

Dia kata, “Masak, tapi tak tapis kan…” Saya kata, “Ok la. Nanti saya cari penapis murah-murah. Lagi jimat duit.”

Dia kata kat saya, “Dari potong Coway, baik kurangkan bagi duit kat mak saya.”

Saya terus menyirap. Saya kata, “Tu mak aku. Suka hati aku nak bagi berapa. Hang ada dalam hidup aku baru 13 tahun.”

Dia kata saya ada keluarga. Saya kena jaga keluarga saya. Utamakan keluarga dulu. Saya tanya dia, “Habis mak aku tu apa? Bukan keluarga?”

Mak aku tu dari aku kecik, jaga aku. Tu pun tak puas hati? Aku kalau kata aku susah, mak aku tanpa fikir, hulur duit kat aku.

Kalau mengadu kat hang, apa hang boleh bantu? Atau keluarga hang boleh bantu ka?

Dia terus diam.

Sampai sekarang kami dah tak bercakap. Nak cakap pun guna anak.

Saya ni kerja 12 jam. Balik pun dah penat. Dekat pukul 8 malam baru sampai rumah.

Kalau kerja 8 jam, saya mungkin dah buat part time dah. Cuti sehari saja.

Saya pun manusia, tuan-tuan. Sedangkan mesin pun sehari orang off bagi rehat. Inikan pula manusia.

Sehari cuti tu saya nak juga la tidur lama sikit. Lepas tu main dengan anak-anak. Uruskan kereta, motor.

Cuti pun bukan duduk saja. Ada juga kerja kecil-kecil yang kita buat.

Tapi ya la… Hati seorang lelaki, mana ada orang nak faham.

Cuba kalau perempuan, banyak dah sokongan yang dapat. Tapi kalau lelaki — kecaman saja la… Pemalas la, tak pandai bela keluarga la, tak pandai jaga family la…

Letih la saya, tuan-tuan.

– Man (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Coway tu mahal betul aku bayar rm 50 je sebulan. Lepastu insurans2 tu takyahlah.. Bil telefon tu tukar pakai prepaid.. Bagi jela tau bini kalau dia nak kehendak macam2 suruh dia kerja.. Kalau banyak bunyi hantar je balik dekat bapak dia.. Bapak dia dah bagi green light pon kan

  2. “Saya diperlihatkan neraka. Saya tidak pernah melihat pemandangan seperti hari ini yang sangat mengerikan. Dan saya melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita. Mereka bertanya, ‘Kenapa wahai Rasulallah? Beliau bersabda, ‘Dikarenakan kekufurannya.’ Lalu ada yang berkatak, ‘Apakah kufur kepada Allah?’ Beliau menjawab, ‘Kufur terhadap pasangannya/suami-nya, maksudnya adalah mengingkari kebaikannya. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang wanita selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.” (HR. Bukhari, no. 1052).

    • Coway saya bayar sebulan 65 ja.insurans memang nak buat,tapi Tak mampu lagi.bagusnya encik ,sumbang juga untuk mak .Semoga Allah permudahkan urusan encik.suami saya bekerja,saya pun bekerja tapi pilih half day supaya sempat tgk anak dan rumah.tapi secara jujur rm500 memang x cukup utk cover,saya pun suami bagi banyak itu juga dulu,x cukup so saya Cari kerja

  3. Man,
    Mai nak habaq.. coway tu boleh cancel kot..
    Ambik hat Panasonic yg self-installed tu kat pipe ayaq tu.. lepaih tu rajin2 la masak ayaq guna jug kettle ka.. buh dlm thermos dispenser ka..
    Even doctor pun ada pakai hat water filter gu ni..
    Akak ni dgn husb gaji kami 5 digit tiap sorang.. pun kami guna hat panasonic ni.. pasai dah biasa.. biaq pi la org kata senang paksi coway ka apa, pada kami bukan susah pun masak ayaq tu..harga dlm RM200 lebih sekali tu ja.. xdak bulan2..filter catridge dia dlm rm70.. so jimat tang tu..
    Paihtu lagi 1.. keja tu kalau boleh upgrade la naa.. sbb gaji tu sikit sgt.. RM 2,600.. keja 12 jam.. dah mcm gaji husb akak hampir 20 thn yg lalu.. masa tu gaji dia RM 2,600 shift 12 jam.. paih dpt ank, dia lompat sana sini la ni gaji dia dah 5 digit.. dia usaha sambung belajaq, ambik cert itu ini.. akak pun sama la sambung belajaq apa semua utk naikkan taraf hidup, keselesaan keluarga & utk savings..
    Personally, sayang juga la org perempuan kalau x keja ni unless laki hampa kaya raya…

  4. Lepas ni tuan, bentang expense bulanan tuan dkt bini tu. Tunjuk kat mana RM tu keluar tiap2 bulan. Tuan pun kena control dan tegas belanja yg nak keluar tu. Contoh mcm RM500 tuan bagi untuk dia beli barang rumah. Lepas ni tuan p ikut sama beli brg. Baru boleh estimate/control RM500 tu boleh tahan lama mana. Seminggu/2 minggu. Ada la alasan nak cut makan kat luar. Duit yg keluar untuk maintenance kereta dgn motor tu pun bagitau isteri tu. Dia tak nampak duit keluar kat mana sbb tu dia syok demand itu ini. Lepas dah tunjuk semua tu.. kalau ada expense yg tak cukup nak bayar, tuan cuba tanya dia kat mana nak cekau lagi. Kot baru berjalan otak si isteri tu. Expense untuk raya tu lps ni boleh la buat tabung awal2.

  5. Insuran dan coway rasa tak perlu dah leh jimat kat situ. Tapi aku rase kena tukar kerja lain kerja 12jam gaji rm2600 tak berbaloi. Orang kerja kilang pun campur oti boleh dekat rm4000. Majikan bro teruk ni, minta kenaikan rm3000 kalau tak belah ja la.

    Rumah aku pun pakai penapis air panasonic beli skali ja pastu takde bayaran bulanan. Rumah flat ni kalau beli loan bank bayaran dalam 400 lebih ja….sepatutnya cari dulu rumah dari menyewa. Susah juga kalau bini tak dapat sama sama susah ni, tapi sebagai lelaki bayakkan bersabar la….bersabar bro semoga dimudahkan rezeki dan urusan.

  6. to abam man,
    1. potong coway
    2. pakai prepaid ..data rm30 stiap sorg
    3.ko kumpul dlm rm300 ko p tgk kdai oyen ade mesin lbh kurang coway ..siap ade air pns n sjuk.cuma ye ko kne maintain sndri la tukau filter die..aku pernah gune.
    4. cr job lain..13y kje gji 2.6k cm x bbaloi.
    5. bab bini ko tue x blh bt apela sbb mind set die da dididik oleh parent die cm2. cuma ko kne remindkn die andai kate ko p dlu n ayah die pn x de sapa nk bg die mkn mnum kalo die x bdikari cr duit dr skunk.

  7. Mahal sgt coway tu. Aku pnya income 6k cmpur 4k part time pn pakau coway RM65 je sbulan.

    Boleh jimat lagi part coway tu.

  8. Entah kenapa sy menangis baca luahan anda man. Luahan man buat sy teringat waktu awal² kawin dulu. Sy anak bongsu yg agak dimewahkan oleh parent dan tunang sy, walhal sy bekerja dan ade income sendiri. Sebulan before nikah sy eksiden patah kaki, dan diberhentikan kerja, kejam betul majikan sy 😂 . Masetu sy pikir takpela sbb dr awal pun tunang ckp lepas kawin jd surirumah jee. Malangnya berapa minggu lepas nikah tibe² covid melanda, husband sy kena buang kerja. Start dr tu dia buat macam² kerja untuk provide hidup sy. Bodohnya masetu sy sllu rasa tak cukup, sy tak nmpk pengorbanan dia. Hari² sy persoalkan pasal duit duit duit.. Sampai satu masetuu dia ajak sy slow talk pasal ni, dia tulis kat buku brp upah dia dpt, dan dia explain kemane arah tuju duit tu, dia tunjuk resit byr bil,barang dapur, bahkan resit² dia isi minyak pun dia tunjuk . Pastu dia mintak maap sbb tak dapat nak mewahkan sy macam dulu then dia tanya sy setuju tak kalau dia hantar sy balik rumah mak abah sy. Sumpah man, masetu sy rasa macam kene panah petir, sy nangis, sy call ngadu kt Waty(bff sy). Waktu tu waty cakap ” dulu kau kata nak susah senang same², tapi now laki kau susah sorang², kau lah yg menyusahkan sebenarnya.” ( Rasa mcm kena bom maseni 😂). ” Kau kena la bantu dia. Kalau tanak jadi janda muda cari hobi yg bole buat duit “. Dia memang jenis cakap tegak jee😅 . Sy pikir² sy minat jahit, tapi lgsung takde skill. Sy bukak google, tgok youtube sy bljr dr video² tu. Sy mohon keluarkan duit KWSP, entahlah i-citra ke ape namenye tu , sy beli mesin jahit then sy bagitahu kat kedai runcit, kat warung² kalau ade sesape nak alter baju, seluar boleh hntr kat rumah sy. Alhamdulillah ramai kawan² suami yg support bisnes kecil sy. Tiap minggu ade je yang repair seluar, repair baju, jahit langsir pun ade. waktu tu duit upah sy buat bayar bil api, bil air, dan coway. Raya 2023 dpt tolong suami tukar minyak hitam kereta. Lepas raya tu suami sy dah dpt kerja tetap lagi. Sejak tu duit upah jahit sy simpan n tahun lepas sy buat deposit beli motor RSx. Sbb motor sy zaman bujang dulu sy jual bg suami buat tmbh² duit utk byr habis ansuran bulanan kereta. Hmmm .. Rasa bangga dpt tolong ringankan beban suami dan seronok dpt pegang duit hasil titik peluh sendiri. Jadi man cuba awak ajak wife awak slowtalk , explain pelan² kat dia bg dia nmpk dan paham keadaan kewangan awk. Bila dia dah paham mungkin hati dia akan terbuka utk bantu ekonomi keluarga awk. Panjang pulak sy bebel² dan ceritakan kisah hidup sy😂 . Pada semua yg ade bace komen sy nih, doakan sy dan suami dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah yaa. Terima kasih.
    _PejuangDuaGaris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *