Tak Nak Jadi Baik

Salam. Maaf kalau luahan saya ni macam isu asas semata-mata.

Saya nak kongsi rasa sebab saya dibelenggu rasa bersalah. Saya dah kahwin lebih 5 tahun. Suami ada 5 beradik, Kak long jer perempuan yang lain lelaki.

Kak long dan Adam belum kahwin dan tinggal dengan mil. Ayah mereka dah meninggal.

Sekarang mil kurang sihat. Kak Long pun sama.

Dari awal perkahwinan saya hanya bersederhana dalam family mereka. Tidak terlalu menyerlah. Saya sedar saya bukan menantu kesayangan dan saya tak perlu pun jadi yang terpaling.

Mil selalu puji-puji isteri abang ngah. Dia pegawai kerajaan. Saya bekerja sektor swasta sahaja.

Abang cik sudah bercerai. Dulu isteri abang cik sangat rajin. Bila datang jer memang rajin mengemas dan masak. Tapi dia selalu tak kena dimata mil.

Saya hanya memerhati. Saya berpegang untuk menjaga keharmonian rumah tangga saya dengan tidak ambil pusing urusan keluarga besar, hanya fokus pada keluarga kecil.

Saya tak kisah mil nak lebihkan kak ngah. Cuma kak ngah kurang rajin dan tak boleh diharap. Saya kesian juga pada mil.

Bila mereka nak datang berbuka di rumah, mil akan berhempas pulas menyediakan yang terbaik untuk mereka. Pinggan pun tak dibasuh. Tapi selalu dengan ayat-ayat menyedapkan hatinya.

“kak ngah tu sibuk, tak dan itu ini”

“kak ngah tak sempat la tu, kesian jugak dia sibuk kerja”

“kak ngah lewat datang tidur kot penat”

Ayat² mil buat saya rasa, yelah kak ngah sahajalah yang bekerja, yang penat, orang lain selalu goyang kaki ya. Saya yang asalnya tak kisah, dah jadi annoying juga.

Saya pilih untuk tidak ringan tulang, dan tidak menyusahkan. Saya buat apa yang mampu sahaja.

Sekarang mil dan kak long dedua kurang sihat. Suami saya anak yang baik, cuma dia tak dapat jaga mak di hospital baru-baru ni. Wad perempuan lelaki tak boleh jaga.

Saya juga tak mahu mengalah. Kerja saya susah cuti, suami pun tak minta saya bantu cuma saya rasa bersalah.

Kak ngah ada dua anak, tapi kedua-duanya ada di asrama. Tapi kak ngah pun tak nak mengalah ya untuk jaga mil. Sudahnya anak sepupu yang jaga mil. Itu pun, mil sebut lagi

“kak ngah banyak urusan”

Saya pun buat keras, tapi hati saya dibelenggu rasa bersalah. Saya kesiankan suami. Kesian juga pada mil. Tapi saya tak rela bekorban.

Orang kata tak kan pernah rugi jadi baik. Tapi saya masih belum mampu jadi baik. Kak ngah bukan isu besar. Isunya saya sendiri yang tak baik.

Bila mil dah balik rumah, kami selalu kerumah mil hantar makanan dan buah. Setiap kali itu mil sebut kak ngah tak sempat nak singgah hantar sibuk agaknya.

Rumah dan tempat kerja kami tak jauh mana dengan rumah mil. Tapi laluan berbeza. Memang kena curi-curi masa.

Laluan kak ngah ke tempat kerja pula memang lalu kawasan rumah mil dulu. Itupun mil boleh bagi alasan lagi untuk dia. Saya tak cerita bab abang ngah sebab dia memang kerja di kawasan lain.

Saya cuba rawat hati untuk tidak tercemar dengan rasa yang tidak baik. Saya cuba belajar untuk ikhlas bantu mil. Tapi ayat² mil jadi sedikit ujian untuk saya.

Saya pun tak faham kenapa orang tua selalu utamakan orang yang menyusahkan mereka. Semoga kita jadi mertua yang jaga lisan dan tindakan agar tidak merumitkan keadaan.

Ketahuilah, kerana mulut badan binasa..

– Jun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. iye, mulut org tua ni kadang2 lg cpt dr akal dorg. mmg suka sebut nama org lain, mmg suka banding2kan. kdg dorg ni mcm tak pikir tau, kata2 dorg tu buat kita sakit hati. tp pikirkan sbb mil kan, kadang tu cuba kurangkan borak dgn dia, biarla suami je yg melayan mak nya. kalau borak jgk, sembang la sekadarnya. xyah beriya sembang. janji kita dah santuni dia. semoga TT diberi kekuatan dgn perangai MIL begitu. jalankan tanggungjawab, selebihnya biarla ALLAH yg menentukan.

    • setuju sangat dengan awak.. sy, 15 taun pertama perkahwinan, santuni mil mcm mak sendiri, walaupon byk sgt makan hati dgn kata2 mil, tetap buat baik. nampak juga 2 biras perempuan x brp nk beriye menyantuni mil. tp sy x ambil peduli. lama2 sy rasa penat dn hati ni jd fobia dgn mulut mil yg asyik mengumpat org lain. pastinya sy pon diumpat juga kan. skrg sy layan sekadarnya, kurangkan borak, kurangkan jumpa. tenang sikit hati.

    • setuju. nak marah atau geram dengan kak ngah pun tak boleh juga. kak ngah kerja kerajaan itu rezeki dia. cuma mak mertua tu lah kenapa membandingkan. huhuhu agaknya kak ngah pun buat keras sebab dia hanya nak menjaga keharmonian keluarga kecil dia sahaja. biarlah adik-beradik suami yang menjalankan tanggungjawab mereka kpd ibu mereka.

  2. Bagi saya, tolong sekadar mampu je.. Dan suami TT pun tak minta TT jaga, jadi tak usah dipikirkan sangat.. Biarlah suami dan adik beradik laki dia yang lain uruskan. TT pun mungkin boleh bagi cadangan dorang kumpul duit ramai2 upah caretaker..

    Nanti jmpa kak ngah dan bang ngah, borak2 lah cakap “mak selalu sebut nama kak ngah, rindu agaknya.. Mungkin kalau kak ngah dapat selalu jenguk dia, suka dia nnti. Kot kesihatan dia improve banyak…”

  3. Saya pulak walaupun dok belakang rumah MIL isnin – jumaat saya memang tak pergi rumah MIL walaupun hanya berapa tapak. Walaupun MIL saya peramah cakap lemah lembut tapi kadang2 ada jugak perkataan dia yang buat saya terasa hati. Baik jarang jumpa jarang borak. Saya selalu pegang ayat buat baik berpada2. Walaupun org ckp kita kena layan sayang MIL kita mcm mak kita sendiri. Tapi bagi saya. Mak mentua tetap mak mentua. Dgn mak sendiri pun kita boleh selisih faham boleh terasa hati sedangkan tu mak sendiri tambah mak org lain. kalau raya or ada org dtng menziarah rumah MIL saya. Saya tolong bancuh air or tolong sikit2 jur (if suami saya takde dkt rumah) kalau suami saya ada dkt rumah saya tak buat saya suruh suami saya buat sbb tu rumah mak dia. Ada hari MIL saya kena checkup klinik tapi tkde sapa hantar saya memang tak offer untuk hantar walaupun office saya timing flexible nak masuk pukul berapa pun tak kisah. Sbb dia ada anak2 dia biarlah anak dia amik cuti ke apa untuk bawak. Mcm confessor ckp Tak Nak Jadi Baik mcmtu jugak saya walaupun rasa bersalah sbb tak tolong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *