Berpijak Dibumi Yang Nyata

Assalamualaikum, aku Matahari berumur sekitar 30 an. Mempunyai kerja tetap di bandar tanah lumpur, berdikari sendiri disini.

Sedikit luahan dari hati yang telah kusimpan lama. Baru kini aku mampu meluahkan semuanya.

Pada tahun lalu, aku telah menerima kenalan baru/lamaran orang yang hendak berkenalan dengan aku. Aku tak pernah bercinta sejak dari zaman belajar, ini merupakan kali pertama aku amik serius untuk kenal berlainan jantina.

Untuk pengetahuan, dia merupakan rakan sekerja aku tapi kami berbeza department, kami hanya dapat jumpa apabila aku satu shift dengan dia.

Aku tak tahu sejak bila dia kenal aku, sebab aku tidak rapat sangat dengan kenalan berlainan jantina. Lama juga aku kenal hingga hampir 1 tahun.

Dalam tempoh perkenalan kami itu, aku jarang update atau bersembang dengan dia sebab waktu kerja + aktiviti aku sangat pack. Kadangkala kami share pendapat tentang buku yang kami baca atau isu semasa.

Sampai la satu ketika aku mengalami kemalangan. Teruk tu tidak la, cuma aktiviti lasak aku terpaksa berhenti seketika buat masa ini.

Aku berbelah bahagi untuk bagitahu dia semasa aku di wardedkan, tapi separuh hatiku mengatakan tidak perlu sebab kenyataan reality atau reaction daripada dia mungkin akan menyakitkan hati aku.

Dan betul tekaan aku, respond daripada dia amat mengecewakan aku. Aku memang terasa sakit dengan fizikal + perasaan yang hancur begitu sahaja.

Semasa dalam tempoh cuti sakit aku banyak muhasabah diri, tanya pada diri dimana silapnya.

Aku baru sedar selama ini aku banyak bergantung pada pengharapan manusia. So tahu la aku itu teguran kecil Allah kepada hambaNya yang lalai.

Dan pada ketika itu satu persatu jawapan yang aku minta terjawab dengan sendirinya. Aku dah tahu posisi aku di mana, aku amik keputusan untuk melepaskan dia dan tidak contact dia lagi sehingga aku habis cuti sakit.

Sampai la satu ketika dia datang ke department aku mencari aku setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Tanya khabarku macam biasa,

Aku hanya jawab seperti biasa dan pada waktu yang sama aku beritahu kepadanya yang aku tak boleh meneruskan perkenalan ini.

Pada ketika ini, aku mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk gain energy balik setelah sibuk dengan aktiviti rutin..

Dan aku juga untuk tidak berkenalan dengan siapa2 lagi kerana aku sudah serik untuk beri peluang pada si dia.

Mungkin 2/3 tahun lagi aku buka hati ku lagi.. untuk beri ruang kepada orang lain.

Untuk si dia, awak tak perlu cari salah awak apa.. saya dah maafkan salah silap awak selama saya berkenalan dengan awak.

Saya juga ada salah saya, saya tahu saya tak sempurna seperti wanita lain yang sentiasa ada masa bersama dengan pasangannya, yang boleh terima baik &buruk pasangannya.

– Matahari

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *