Suamiku Terjebak Pelaburan

Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya, panggil aku Bunga Matahari, aku adalah isteri yang berkerja begitu jugak suami aku berkerja..

Kami sama2 berkerja selepas hadir baby yang bongsu.. Selama ni aku tak kerja pon rezeki cukup alhamdulilah.

Lepas je aku kerja suami aku terjebak dengan pelaburan dalam telegram wei.. Tiba2 tu.. Aku lak bila masa aku tak tau.

Waktu aku terkena bulan puasa.. Abis semua gaji dia buat pelaburan..

Aku cakap. Betul ke, tak payah settle hutang kereta rumah dahulu, ini tidak.. Segala habis gaji buat pelaburan, lepas tu kene pulak topap atas 6k pulak..

Ya Allah.. Abis segala2 dia nak buat pinjaman.. Aku lak.. Sudah la tu.. Sudah la.

Laki aku pulak.. Dia buat lagi pinjaman dekat bank dekat 5k tu waktu bulan puasa..

Aku sebagai isteri nih berbuih nasihat tapi tak berguna langsung.. Malah laki aku cakap.. dapat duit pelaburan ini satu sen aku tak bagi ko..

Aku diam.. iyee aku terasa.. Aku pendam.. Makin aku pendam.. Makin menjadi laki aku ni..

Ade sorang lelaki nak Acacah2 tolong laki aku nih.. Acacah2 jelah nak kasi 1k nak tolong.. last2 tak boleh tolong.. Sorry boss tak dapat tolong…

Aku diam je lah.. Banyak habis dalam bulan puasa tu dekat2 11k jugak la.. Lepastu hutang keliling pinggang nih..

Aku balik keje.. Dengan belum buka puasa.. Penat Balik keje.. Boleh tanya.. Sayang macam mana ye kita nak settle hutang2 nih..

Ya Allah.. Aku belum buka puasa, air pon belum aku teguk ko boleh tanya soalan bodoh2 macam tu..

Makin lama laki aku ni makin ambik kesempatan terhadap aku nih, bila aku bincang nak berhenti.. Dia buat muka.. Sedih gila..

Hahaha.. Aku saja je nak berhenti. Biar dia take over ek hutang dia.. Aku lak.. Macam biasa. Surat berhenti dah hantar.. Dia tak support wei. Malah.. Buat muka takde perasaan..

Sekarang nih aku balik keje nak tenang2 dia boleh kata macam2 dekat aku.. Aku balik keje aku lepak kantin nak minum air kejap fikir masalah nak settle satu2.

Dia boleh fikir cakap. Aku cerita macam dekat member aku.. Hahaha..

Aku dah burn out sebagai isteri. Aku dah lalui macam2 dengan dia..

Tapi bila aku cakap. Buat haluan masing2 terus kata dekat aku. Tak guna simpan isteri macam aku buat semak otak je.

Sedih wei selama ni aku tolong dia tapi cakap macam langsung tak hargai.. Sedih plus kecewa berasa.

Last sekali aku nak pejabat agama jelah.. Sekurang2 laki aku kene kaunseling..

Aku dah tak tahan hadap mental dengan laki aku.. Bila aku nangis takde langsung impati nak pujuk ke ape.. Malah buat muka..

– Bunga Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *