Bekas Suami Narcissistic II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bekas-suami-narcissistic/).

Assalamualaikum, aku saja nak cerita..

Jumaat lepas aku dapat call dari pegawai polis di ipd. Kata ex suami aku buat report aku mendera anak lagi. Ini kalau betul pengiraan aku ni dah kali ke 40 report polis dia buat.

Masa tu pukul 5.10 petang, Aku time tu baru otw balik dari rumah kawan.

Rumah kawan aku dekat je dengan IPD, dalam 10 min, tapi aku mengasuh anak jiran, jadi aku kena balik rumah dulu dan siapkan anak asuhan aku dulu. Mak ayah dia akan ambik dalam pukul 6.

Lepas tu aku ke ipd pulak. Sampai ipd dalam pukul 7 lebih. Selesai beri keterangan apa semua. Polis pun tengok anak sulung aku, alhamdulilah tak ada pun luka lebam mcm ex husband aku claim.

Dalam perjalanan balik dari IPD. Polis tu call semula bagi tau aku kena ke IPD balik, ambik surat untuk ke hospital pulak.

Ni yang aku panas hati sungguh. Sebab aku baru redah jem, aku tinggal di Johor, sapa je tak tahu, Johor ni waktu pagi dan petang memang jem.

Aku ada anak lain. 2 orang dan yang bongsu masih menyusu. Hari sabtu pagi aku kena mengasuh lagi. Kalau aku ke hospital, comfirm anak aku kena warded sebab anak sulung aku bawah 18 tahun.

Sebelum ni, ex husband aku dah buat macam ni. Kata aku dera, lepas tu ke hospital, anak kena warded, masuk air apa semua. Sampai 3 hari.

Dan jkm datang, keluarkan surat anak tak didera, jadi anak boleh balik mengikut penjaga yang hantar dia. Bukan aku mengeluh nak jaga anak aku, takkk.

Cuma faham tak, kenapa sistem macam ni, aku penat nak hadap, sebab setahun aku ulang alik ke Ipd bagi keterangan yang tak ada kesudahan.

Dan kalibni aku memang berlawan la dengan pegawai polis tu. Aku tak puas hati. Kenapa aku dan anak nak jadi mangsa si gila tu. Memang bertekak..

Di ipd aku beri je kerjasama, cuma bila penat aku question polis tu, sebab polis tu cakap, ex husband aku asyik tanya perjalanan kes. Sedangkan dah inform anak tak ada luka.

Cuma orang gila tu cakap polis tu sapa nak declare anak aku tak didera, habis dia sapa, yang suka suki kata anak aku didera.

Rumah aku ada 6 cctv, dia buat report palsu tu pon berdasarkan video call sahaja. Video call tu pun aku rakam, dan aku dah serahkan pada polis tu, dan memang tak wujud pun luka atau lebam macam dia tuduh.

Time ni, Suami aku masuk campur, jadi penyelesaiannya kami boleh ke klinik swasta buat medical checkup sahaja, Kalau perlu baru ke hospital.

Yang aku tak faham, polis dah tau dia tu gila. Buat report bukan bukan. Bukan sekali tapi dah lebih 35 kali, 40 kali kalau betul pengiraan aku.

Pendakwaraya negeri johor pun dah keluarkan surat, kes ni NFA, (no further action)

DAN LELAKI NI BAHAGIA DAPAT KENAKAN AKU.

Aku okay sahaja, nak lawan di mahkamah, sebab kes penjagaan anak kami memang masih berjalan di mahkamah kl, sebab dia tinggal di kl dan buka kes di kl.

Cumanya bila dia b*cul macam ni, asyik dok buat report palsu macam ini. Mental aku terganggu. Mental anak apatah lagi.

Petang sabtu tu, JKM datang rumah aku lagi. Korang tau tak perasaan, tu rumah korang, tapi korang tak selesa dalam rumah sendiri. Itu yang aku rasa.

Aku okay ja jkm nk datang, cuma hari tu hari sabtu, aku ngasuh anak jiran aku half day, petang tu aku nak rehat dengan keluarga aku. Tapi aku stress bila jadi macam ni.

Tolong la jangan komen beri anak kepada dia, bagi dia jaga. Doakan lah aku dimudahkan urusan, sebab niat dia jelas dan nyata nak aku masuk penjara sebab kes mendera anak. Terima kasih..

– Cunul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ya Allah, saya yang baca je sahaja pun rasa penat, apatah lagi puan yang menghadapi. tak boleh ke puan buat pula laporan polis terhadap dia kerana laporan palsu? lampirkan sekali 40 report polis yg ex suami buat & report jkm yg menyatakan tiada penderaan berlaku. rasanya laporan palsu kepada polis boleh dikenakan tindakan. puan jangan buat laporan polis dkt balai yang sama exhusband buat, puan buat dkt balai polis lain.

  2. Puan cuba rujuk peguam boleh tak proceed untuk saman ex husband tu atas tuduhan saman malu/ fitnah (defmation) terhadap puan.

  3. Org nars ni dia akan buat apa saja asal org yg dia x suka tu menderita.Panjang lg drama nampaknya..
    Doa sajalah biar ex husb mati cpt kena jantung ke..accident ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *