Hai korang. Aku baru terbaca dekat Thread tentang toxic parents. Aku jadi teringat dekat diri aku sendiri.
Aku Shila umur dah 30 an. Aku kahwin umur dekat 30. Baru aku dapat keluar dari rumah mak aku.
Aku dulu selalu cemburu dengan orang yang rapat dengan maknya. Aku anak yatim dari belum sekolah lagi ayah dah meninggal.
Mak aku seorang yang bekerja. Apa aku nak selalunya mak aku akan beri. Tapi ada banyak benda yang aku ingat lagi sampai sekarang.
Aku dulu UPSR pernah dapat 5A. Mak aku tak nak buat makan-makan sebab katanya abang aku punya result tak bagus sangat. Nak jaga hati abang aku. Tapi aku tak tahulah sebab sebenar kalau kekangan kewangan kan.
Aku masuk sekolah menengah. Mak aku memang sangat strict tak beri aku keluar dengan kawan-kawan. Cuma boleh dengan kawan yang dia kenal sahaja. Ini sekarang aku faham sebab risau.
Aku selalu dimalukan depan saudara mara aku. Dikatanya aku itu ini (benda tak elok). Aku pernah nak tulis surat dekat cikgu aku. Tapi kantoi surat tu mak aku jumpa. Terus di cakapnya aku macam-macam.
Aku masuk university, memang mak aku yang bayarkan yuran. Tapi macam-macam perkataan yang memalukan aku dicanang depan orang lain.
Aku dah bekerja, masih lagi duduk dengan mak aku. Tempat kerja tak jauh mana. Jadi tak ada alasan untuk aku keluar rumah. Aku selalu dikongkong. Tak boleh keluar. Kalau aku nak keluar selalunya aku akan tipu mak aku.
Oh ya.. Aku tiada kereta sendiri. Aku guna kereta mak aku pergi kerja. Memang selalulah kena kalau aku guna kereta untuk keluar jumpa orang.
Mak aku punya standard kemas rumah sangatlah tinggi. Apa yang dibuat, kena ikut standard dia. Kalau tak, memang kau kena maki hamun.
Kalau kau ada mistake dalam buat kerja rumah, terus dicopnya kau tak reti buat kerja rumah. Dia nak rumah all the time dikemas. Senang cakap, kau janganlah bersenang lenang duduk tak buat apa. Ada je benda yang dia akan cari point.
Telinga aku ni dah sebati dengan maki hamun ayat tak elok keluar dari mulut mak aku walhal mak aku ni dah pangkat hajjah ya. Depan orang lain ayat baik manis, peramah, pemurah. Dengan anak sendiri, anak sendiri jelah yang tahu.
Itu belum lagi, dia selalu play victim. Dia tak pernah salah. Anak jugak yang salah. Tak payahlah nak bela diri sangat. Tetap aku yang salah. Sebab aku anak, dia mak. Anak kena taat. Mak tak pernah buat salah. Pernah barang-barang aku beli, dia campak.
Bila aku dah kahwin, Alhamdulillah aku dapat suami yang sangat-sangat baik. Aku dah keluar dari rumah tu.
Suami aku awal kahwin dulu sampai cakap, aku janganlah cakap kasar dengan mak aku. Habis tu kalau dah bertahun-tahun aku dengar ayat kasar, dilayan tak elok, kau rasa aku akan jawab baik-baik?
Cuma sekarang, aku dah kurang melawan. Kalau mak aku cakap ayat tak elok, aku diam jelah. Malas nak panjang-panjang.
Lepastu nak balik rumah sendiri cepat-cepat.
To be honest, tipulah aku tak rasa aku macam anak derhaka. Tapi valid tak untuk aku rasa benda ni? Aku memang akan avoid bercakap dengan mak aku sebab aku malas nak bergaduh.
Oh lupa nak beritahu, seingat aku, mak aku jarang peluk aku waktu aku dengan dia. Adalah yang aku ingat, kalau nak exam, lepas salam tu dia akan cium dahi aku. Aku rasa lain perasaan tu. Rasa disayang.
Aku rasa aku jadi kurang ajar sebab dah bertahun kena hadap makian atau perkataan yang tak elok. Even sampai sekarang ya.
Aku cuba faham mungkin mak aku jadi macamtu sebab dia tiada suami kena besarkan anak seorang-seorang. Tapi boleh ke jadi tiket untuk dia maki hamun anak sendiri.
Aku sekarang dah ada anak. Aku tak nak buat benda yang mak aku buat tu, aku buat kat anak aku. Aku selalu peluk anak aku, cakap baik-baik.
Raya haritu pun aku takde salam-salam mohon ampun ke dengan mak aku. Dah rasa janggal nak bercakap dengan mak aku.
Korang tolong bagi nasihat untuk aku baiki hubungan aku dengan mak aku. Moga Allah ampuni dosa aku dengan mak aku.
– Shila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa yg ko rasa tu valid.Hanya anak yg pernah lalui dapat fahami..bila dah asyik kena marah..herdik..maki..lama2 anak akan terikut rentak mak tu dan jd la kasar mcm dia.
Sbb nak bela diri kan?
Lagipun Allah tu adil.Ko rasa mak ko teruk tp ko dpt laki elok.Tp tonedown la bermusuh dgn mak sbb dendam lama..berdamai dgn ms lalu..lgpun ko dah ada anak..sila tunjuk cth baik..tkut2 anak belajar benda x elok drp ko..esok2 ko yg dimaki2 balik.
Bab hati ni susah nk ckp.Mak ko pun ego x pnh mtk maaf ngaku salah sbb di kan mak mana pernah salah.Kalau ko mtk maaf pun dia xde nya ikhlas nak maafkan sbb dia mgkn tetap nmpk ko mcm anak derhaka..
Tp xpelah ko ckp je baik2..andai sy ada salah silap kecikkan ht mak spnjg hidup…sy btl2 mtk maaf..biarlah mak ko xnk maafkan ke atau x terasa apa2 ke..
Lps tu dah la jgn balik kerap2 ke rmh tu tkt ko jd akward
Apa yang kau rasa sangat valid. Acuan ibu bapa ini juga lah yang membentuk kita.
Kalau kita ambil yang baik, insyaAllah baik la kita kelak. Banyak sangat kau telan tu, tapi kalau kau mampu untuk berdamai, buang lah yang lama tu mulakan chapter baru untuk kau dan mak kau.
Dalam Islam pun ada ni, setting a healthy boundaries, esp kau ada toxic mother. Benda ni mampu kekalkan silaturahim kau dan mak kau walaupun kau banyak dah terluka sebagai anak. Kau mohon je maaf pada mak kau sbb nanti kat akhirat kelak, kau disoal apa yang kau buat pada org, pada mak kau. Mak kau pulak akan disoal bahagian dia, apa dia dah buat pada kau. Jadi laksanakan bahagian kau mesti Allah jaga hubungan kau dgn dia lebih baik. Moga Allah turunkan hidayah buat mak kau untuk layan anak lebih baik. Sebaik-baik kita adalah orang yang paling baik pergaulannya terhadap ahli keluarganya – Hadis Sahih