Makin Lama Bukan Cinta Yang Aku Pendam Tetapi Luka Yang Dipendam

Hi, aku Sarah. Perkahwinan aku bersama suami dah tiga tahun dan mempunyai seorang anak.

Setiap kali gaduh suami aku akan kata nak cerai, sedangkan seteruk teruk marah aku pun tak pernah minta cerai.

Kami sama2 bekerja, tapi pendapatan aku lebih banyak berbanding suami.

Aku boleh drive sendiri dan pi mana2 pun aku boleh buat sendiri. Dan aku boleh bawa anak aku bersama dan boleh handle anak sorang diri.

Sekarang aku rasa kosong dan sunyi. Suami kalau malam2 asyik dengan hal dia sendiri dengan handset melekap di tangan..

Aku dengan anak aku dunia kami sahaja. Pada aku masa aku lebih penting dengan anak sebab aku akan rasa bersalah kalau aku tak luangkan masa yang ada dengan anak..

Yalah bekerja kan bila lagi nak luang masa dengan anak selain masa malam dan cuti.

Suami aku? Hmm bersembang dengan aku bergelak ketawa aku pun tak ingat dah last bila. Dia lebih suka dengan hobi dia malam2 akan balik 2-3 pagi.

Lepastu bila aku bising katanya aku tak hormat dia la. Dia banyak mengalah lah, aku kongkong dia lah. Nafkah duit tu apatah lagi ada jugak kadang2 tak bagi.. Aku stress.

Kami berlatar belakang yang berbeza. Aku tak suka duduk ramai2. Aku ajak pindah duduk sendiri katanya belum mampu lagi. Tapi ada dia cuba?

Aku tengok orang lain lagi susah dari kami mampu sewa rumah. Aku tak minta rumah besar pun cukuplah kami anak beranak sahaja.

Ni duduk rumah mertua selama bertahun aku stress sebab tu semua bukan barang aku, bukan tempat aku sepenuhnya. Hanya bilik sahaja tempat aku..

Aku tak ramai adik beradik dan terbiasa hidup berdikari. Tapi bila kena menumpang rumah mertua aku rasa tertekan sebab tu bukan kawasan aku yang selesa. No privacy.

Aku terbayang kalau hidup kami bercerai dan anak kena bergilir dengan aku esok lusa dengan suami pula. Macamana aku nak tanggung semua tu? Aku tak boleh berpisah dengan anak lama2.

Kalau bab berbincang? Hmm dah berbuih mulut aku. Kalau aku naik angin dia lagi 2×5 naik angin. No solution..

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. pergilah ke jabatan kaunseling mahkamah syariah dapatkan bantuan..
    sila minta nafkah2 yang sepatutnya anda dapat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *