Tak Boleh Terima Kenyataan

Hai, nama aku Ina, aku muda lagi baru 24 tahun. Dekat sini aku nak cerita pasal ex-boyfriend aku Ihin (bukan nama sebenar). Dia ni muda setahun dari aku. Dia orang johor. Aku pula orang kedah. Jadi kami tak pernah jumpa.

Dulu masa 2021 aku selalu main online, kemudian aku terjumpa dan terkenal si Ihin ni dalam online. Aku ni sejenis yang suka lelaki yang soft spoken. Tak ada rupa tak apa janji dia soft spoken. Game yang aku main tu boleh bercakap antara satu sama lain, jadi nak dijadikan cerita si Ihin ni mula bercakap dengan aku.

Tak sampai dalam 1 jam macam tu si Ihin ni ajak aku ‘oncall’ dekat what**p. Aku pun okey sahaja sebab aku pun free waktu tu. Lama lama aku jadi tersuka dengan si Ihin sebab suara dia best untuk dengar. Dia macam rasa happy dan seronok nak berborak.

Setiap malam dia akan call aku, teman aku tido (melalui call) macam budak budak muda sekarang buat tu tak matikan call, layan akubaik baik sampaikan aku ambil keputusan untuk confess dekat dia apa yang aku rasa.

Masa aku confess dekat dia yang aku suka dia tu, dia cakap dekat aku “aku layan kau sebab kesian je, sebab kau beria sangat jadi aku tak sampai hati”. Waktu tu hati aku sakit sangat yela sebab aku ni susah sangat nak suka lelaki, bila aku suka maksudnya aku betul betul suka.

Aku bagi lagi dia peluang. Aku masih ambil hati dia, pujuk dia. Kalau dia ada problem aku dengar, aku tolong kalau dia tak ada duit belanja. Nampak lah yang aku ni betul betul terhegeh-hengeh dengan dia. Macam macam pasal dia aku ambil tahu dan aku ingat.

Sedar tak sedar aku kejar dia dekat 2 tahun. Dia cari aku waktu dia bosan je. Sampai lah suatu hari tu, dia dah mula jarang contact aku, call aku. Kemudian dia banyak habiskan masa dengan game.

Waktu dia pergi kerja, balik pukul 6 petang, lepastu keluar balik 7:30 malam lepak dengan kawan sampai 12 malam balik terus tido. Takda inform dengan aku apa apa. Masa tu aku rasa aku buang masa sangat kejar lelaki macam ni.

Aku nak tinggal tapi aku sayang. Sampaikan kawan aku cakap aku diguna gunakan oleh dia. Ada juga kawan kawan dia suruh aku tinggalkan dia sebab diorang cakap dia selalu tukar tukar perempuan lain untuk call.

Bila aku tegur aku pula yang dia dipersalahkan sebab aku pun buat benda yang sama main game dengan kawan lelaki. Padahal aku main game tu semua random yang aku tak kenal pun. Dan aku tak bercakap pun. Sebab aku nak jaga hati dia aku berhenti main game tu.

Dia pun makin lama makin melarat. Aku ajak dia slow talk. Aku cakap aku takkan cari dia dah dan takkan kejar dia. Lepastu aku cakap dekat dia “Awak kalau hilang saya pun tak apa kan? sebab ada orang lain lagi yang boleh isi masa lapang awak”.

Dia macam tersentak, macam saya tahu apa yang dia buat selama ni. Dalam satu hari dia bertukar atau call dengan lain lain perempuan lebih dari 4 kali.

Untuk pembaca yang tertanya dia ni handsome sangat ke sampai saya tergila gila sangat. Dari segi rupa dia di tengah tengah. Tak buruk dan tak handsome. Cuma suara dia mana mana perempuan dengar akan selesa dan boleh jatuh cinta dengan dia (sebab dah banyak perempuan bagi alasan yang sama sebab apa suka dia).

Dua ke tiga hari lepastu dia macam cuba ubah diri dia untuk aku. Katanya nak lebih menghargai aku dan yeah betapa bodohnya aku bagi dia peluang LAGI. Seminggu awal tu dia memang nampak dia berubah tapi lepastu jadi macam dulu balik.

Dia call aku dalam masa yang saya dia ajak perempuan lain call dengan dia. Masa tu aku betul-betul mengamuk aku cakap aku dah tak boleh dengan dia. Hati aku sakit sesakitnya. Dia pujuk aku tiga hari dan dia give up. Dia cakap susah nak pujuk aku.

Dah berbulan-bulan dia hilang. Tiba-tiba dia datang cari aku lagi. Katanya tak boleh move on. Aku tak layan dia aku ignore semua mesej mesej yang dia hantar pada aku. Sampai aku terjumpa dengan suami aku sekarang. Alhamdulillah aku baru kahwin dengan suami aku 31 jan haritu.

Sepanjang perkenalan aku dengan suami, awal awal tu baik je, semuanya okey. Sampai lah aku dengan suami bertunang. Masa tu si Ihin ni tak boleh terima yang aku dah bertunang. Dia hari-hari call aku, mesej aku cakap dia minta maaf dan perlukan aku. Satu pun aku tak balas. Dan aku akan delete terus mesej yang dia hantar.

Suami aku tak tahu sebab aku tak nak dia fikir yang bukan bukan. Pernah juga waktu aku keluar dengan suami pergi cari barang hantaran untuk kahwin, dia video call aku. Dan aku reject. Mesti korang semua macam terfikir kenapa aku tak block. Masa tu aku tak terfikir block tu sebab aku tak pernah block orang.

Dia punya gilakan aku sampai sanggup datang sini semata-mata untuk jumpa aku. Sanggup book hotel dan beli tiket bas sebab nak pujuk aku. Tapi aku tak balas mesej dia pun dan tak pergi pun masa dia ada dekat tempat aku. Sebab aku tahu aku tunang orang. Aku cuma seen semua mesej yang dia hantar dekat aku.

Waktu dekat dengan tarikh pernikahan aku, aku jadi terdetik nak balas mesej si Ihin tapi dengan niat untuk bagitahu supaya jangan ganggu aku lagi sebab aku bakal bergelar isteri, dan aku tak nak suami aku fikir aku curang.

Masa tu dia cakap dengan aku “saya takkan berhenti suka dan sayang awak. Saya akan selalu sayang awak. Takkan ada perempuan lain yang boleh sayang dan tunggu saya macam awak buat”. Aku nak muntah dah baca dia cakap macam tu. Yela masa tu aku yang bodoh sebab tunggu manusia macam dia.

Sampai ke harini dia masih stalk aku dekat faceb**k , insta dan Tikt*k, cuma What**p je tak boleh sebab aku dah block dia lepas aku mesej dia haritu. Dan aku nak elakkan dari suami aku salah faham.

Dekat tikt*k hari hari buka profile aku dan stalk repost aku. Padahal aku takda post apa apa pun. Sama juga sosial media yang lain.

Aku harap dia boleh terima yang aku ni bukan jodoh dia. Dan aku harap dia jumpa orang yang sesuai dengan dia dan lebih menghargai orang yang sayangkan dia.

Sekian dari aku Ina,

– Ina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kejap je tu. dia dalam fasa terkejut tu. Ye la… selama ni puan terhegeh² pada dia. Satu je nak cakap, ramai lelaki suka downgrade perempuan yg kejar mereka sedangkan boleh je tolak cara baik. tapi itulah, bila perempuan tu dah move on, barulah tercari-cari sedangkan dulu nak pandang pun tak sudi. Apapun, tahniah dan alhamdulillah dah menikah. Jaga pernikahan elok². Abaikan ja si ilhin tu. Tak guna satu sen pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *