Penyesalan Seorang Anak

Hi, bukan nak meluahkan tapi lebih pada nak bercerita kisah yang meruntun hati.

Saya misi bekerja di hospital swasta bahagian jantung. Senang cakap angiogram lah. Tempat yang pasang stent untuk saluran darah dekat jantung yang tersumbat.

Ada satu hari ni kami terima kes, perempuan umur 70++ kalau tak silap saya. Plan hanya untuk angiogram sahaja. Nak tengok saluran darah dekat jantung sebab patient pun dah tua. Risiko banyak. Jadi seperti yang dirancang kami pun proceedlah dengan procedure.

Result angiogram menunjukkan dia ada 1 saluran tersumbat. Hanya 1. Dan nampak seperti tersumbat yang biasa bukanlah complicated. Jadi Doktor suggest untuk rawatan selanjutnya iaitu angioplasty – memasang stent untuk membuka saluran darah yang tersumbat.

Patient berkeras tak nak buat procedure tersebut. Dia cakap dia sudah tua. 1 stent mungkin dalam 15k tak termasuk kos menginap, ubat, makanan dan lain.

Sebab patient pun dah tua sekiranya ada masalah, keputusan makcik mungkin boleh berubah. Jadi doktor buat keputusan bincang dengan anak juga.

Masalah timbul bila anak dan patient bercanggah pendapat. Anak nak proceed, patient nak stop. Jadi doktor benarkan anak masuk untuk berbincang muka ke muka bagi menyelesaikan masalah.

Kami sebagai nurse sudah pastilah berada ditepi menjadi saksi. Anak beranak dah start bergaduh sehinggalah anaknya membuat keputusan untuk teruskan rawatan, dan menghiraukan keputusan patient.

Surat kebenaran sudah disain dan kami proceed ke angioplasty seperti yang saya cakap. Faktor umur juga adalah salah 1 risiko. Kes selesai tanpa ada masalah. Semua lega. Tengok jam sudah hampir 8 malam. Semua berkemas untuk ready untuk balik.

Tiba-tiba condition patient tak okay sewaktu masih dalam ruangan pantauan. Blood pressure drop, oksigen drop. Terus call doktor untuk tindakan selanjutnya.

Semua 1st aid dah diberi tapi masih sama bahkan semakin rendah. Doktor buat keputusan untuk masuk dewan procedure sekali lagi untuk lihat punca masalah. Mungkin ada saluran darah yang terkoyak sewaktu kami membuka stent.

Dari berkemas terus buka balik dewan. Ganti baju semua siap. Ultrasound sudah dibuat, jantung sudah dicheck. Masalah takdapat diketemui.

Jadi doktor sarankan untuk bergantung kepada ubat dan dipantau dalam CCU – Coronary Care Unit bak kata lain ICU tapi lebih kepada jantung.

Tanpa menunggu lama patient di escort naik ke CCU dan kami berkemas pulang. Elok saja baru keluar hospital, kami dipanggil sekali lagi. Patient yang sama. Condition tak okay. Masalah yang sama. Nak tak nak pusinglah masuk balik. Bagi 1st aid dekat atas. Dan ditolak turun balik.

Total kami tolak masuk dewan procedure patient 4 kali. Anak pun dah datang. Kemudian doktor cakap semua cara sudah digunakan, dah takda cara lagi dah nak buat.

Pasang stent sudah, pasang covered stent sudah, letak collagen sudah, sedut darah beku sudah. Memang semua emergency procedure kami dah buat.

Jadi doktor keluar untuk terangkan kepada anak dan bagi anak jumpa patient. Anaknya masuk menangis-nangis meminta maaf. Ayatnya begini kalaulah saya dengar cakap mak, mak mesti takkan sakit macam ni. Saya minta maaf mak. Janganlah marah saya mak.

Patient yang masih separa sedar menoleh ke tepi dan berkata 1 ayat sahaja, puas hati? Semua terdiam masa tu. Anaknya masih lagi meraung meminta maaf.

Selepas percubaan ke 5, patient disahkan meninggal dunia. Sewaktu kami memberitahu anaknya tuhan saja yang tahu betapa kuatnya anak patient meraung.

Dia merayu-rayu meminta maaf dekat patient yang sudahpun tidak bernyawa. Dipukulnya doktor, ditamparnya kami kata semua sebab dari kami. Salah kami sehingga maknya meninggal dunia.

Tipulah kalau semua tak sedih. Tapi kami pun dah terlalu penat. Dengan CPR back to back, tak rest, berdiri, berlari dalam sut radiography yang beratnya 5kg. Biarlah dia meluahkan perasaannya kepada kami.

Time tu dah pukul 8 pagi. Dah 24 jam kami dihospital, last makan tengah hari semalam. Kami hanya sekadar memohon maaf dan mengucapkan takziah.

Seperti yang dia cakap kalaulah dia dengar cakap maknya. Kami sendiri dah bagitahu ada risiko. Tambahan lagi dengan faktor umur.

Kalau makan ubat mungkin ada kemungkinan untuk kena serangan jantung tapi mungkin juga patient boleh bertahan 2-3 tahun. Dalam masa 24 jam sahaja.

Tapi itulah, di hospital banyak benda yang tak terjangka boleh terjadi. Mungkin masuk berjalan sendiri keluar hanya jasad. Ada yang masuk separa mati keluar sihat seperti biasa. Jika sampai situ saja pengakhiran kita, siapalah kita nak mengubahnya.

Semoga roh mak awak tenang dah dicucuri rahmat. Dan semoga awak tidak menyalahkan diri awak. Semua yang terjadi diatas qada dan qadar Allah. Berlapang dada ya..

– Cik Misi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sedihnya… sedih dgn keadaan cik misi, kesian dgn anak dia.. mak nya pun.. kenapa mak dia ucapkan ayat puas hati tu… aduhhhh lagi anak dia menyesal tak sudah… dah tu nape nak lepaskan geram kat org lain.. cik misi n doktor pun dibiarkan jadi punching bag.. aduhai… semoga cik misi & doktor2 kekal kuat dan tabah dalam menjalankan tugas2 harian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *