Mother in Law

Assalamualaikum pembaca semua. Aku kat sini hanya nak meluah rasa yang aku pendam selama 1 tahun lebih.

Ya aku tinggal rumah MIL aku selama tempoh itu sebab aku dan suami PJJ.

Dalam tempoh itu ada baik buruk pahit manis. Biasalah kehidupan kan mana ada yang terus indah. Tu hanya rekaan semata.

Bukan aku nak buka aib atau burukkan MIL aku. Aku dah faham cara dia apa yang dia suka dan tak suka.

Aku anggap MIL macam mak sendiri sebab aku pun dah takde mak. Lama dah mak pergi tinggalkan aku. Jadi aku hanya tumpang kasih sayang MIL aku.

Banyak masalah yang jadi bila kita dah 1 rumah dengan MIL. Semuanya serba serbi tak kena. Yelah rumah dia kan bukannya rumah aku. Kadang tu sampai aku rasa nak je lari duduk rumah lain.

Tapi suami suruh aku sabar. Dia akan cari rumah sewa untuk aku dan anak2 tapi buat sementara ni aku terpaksa tinggal dulu dengan mentua sebab tak cukup lagi kewangan kami.

Ya aku bersabar dengan kerenahnya MIL. Apa2 dia buat pada aku aku terima telan dan hadam.

Masa baru aku tinggal dengan dia ok je semua cuma dia kerap tanya aku bila aku nak sewa rumah lain. Aku cuma cakap tunggu la suami stabil dulu.

Aku faham maksud MIL aku tu supaya aku keluar dari rumah dia dan bina kehidupan kami sendiri dan tak harapkan orang tua. Tak salah apa yang dia tanya tu.

Bayangkan lah dalam masa 2 bulan tu soalan sama je MIL tanya bila nak sewa rumah lain kat aku. Mil takde pulak tanya kat suami aku. Tu yang aku geram nak marah.

Dengan suami aku bila call atau video call semua cakap yang baik2. Hakikatnya aku je tahu.

Part lain, kalau cucu dia sendiri minum air siap cakap jangan membazir air. Jangan buang air.

Padahal budak lagi memang lumrah over excited kalau nampak macam2 makanan or minuman kan. Selagi makanan tu tak habis selagi tu lah budak2 tu ambil. Budak banyak manalah makan.

Aku pernah beli kuih sambil2 tunggu MIL aku beli barang. Aku dengan anak2 tunggu dia sambil tu kami beli kuih.

Lepas MIL aku beli barang tu aku bagi kat MIL sikit. Dia tanya harga berapa siap cakap aku ni pemalas nak buat kuih.

Dia cakap kalau buat sendiri dapat banyak. Membazir duit je beli. Aku diam tak balas apa yang dia cakap tu sebab aku malas nak bergaduh.

Tapi lepas dari hal tu aku malas dah belikan MIL apa2 makanan kuih ke buah ke apa. Baik aku makan sendiri anak beranak.

Kisah lain pula, suami aku memang bagi duit belanja dapur pada mak. Lain lagi aku punya belanja makanan dan stock barang dapur.

Kadang mana yang dah kurang aku sendiri topup. Kalau tak banyak sikit la aku topup ikut bajet. Aku ok je bab belanja dalam rumah.

Tapi mak aku pernah cakap kalau beli setakat gula dengan tepung tak sampai RM10 bagus tak payah beli. Sebab bagi dia benda2 asas tu murah.

Padahal suami aku dah bagi duit belanja pada mak. Aku tak faham apa yang mak aku tu nak. Bila aku tak beli kata aku ni tak fikir belanja dapur tahu habiskan duit untuk perkara yang tak penting.

Aku pun beli keperluan makan harian kami, beras tepung semua barang basah untuk 1 minggu. Kadang hari lain, aku hari2 pergi beli barang basah.

MIL selalu akan cakap duit tu dia beli apa barang apa dia guna. Lepas tu dia siap sebut la harga semua barang yang dia dah beli tu. Padahal resit takde pulak bagi aku.

Aku tak kisah pun duit tu MIL buat apa. Sebab bagi aku, aku dah bagi jadi pandai2 la dia nak guna macam mana kan. Aku pun langsung takde tanya mana pergi duit tu.

Belum lagi bab dia bandingkan kehidupan aku dengan anak dia. Bab dapur, baju, cara aku jaga anak.

Yela, kita dilahirkan dengan keluarga yang berbeza, didikan berbeza dan cara yang berbeza. Jadi acuan tetap berbeza.

Bagi aku masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang harimau kita mengaum.

Mungkin, sekarang keluarga aku masih di tangga paling bawah. Aku percaya satu hari nanti keluarga aku akan berada ditangga atas. Cuma masa yang akan tentukan semua.

Doakan aku supaya dapat bertahan.

– Jun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

3 Comments

  1. kena cakap dengan suami, cepat2lah carikan rumah untuk awak sekeluarga .. setahun tu lama dah tu tinggal rumah parent in law.. lebih baik banyak rumah dari serumah..

  2. Saya takkan doakan puan bertahan. Tapi saya doakan suami puan dilembutkan hati untuk bawa puan dan anak² pindah. Ya faham kewangan tak stabil. Tpi nak tunggu stabil tu bila? Nak tunggu sampai mak mertua halau sbb tak sanggup dah duduk dengan puan dan anak². Puan kena faham, ada orang tua ni dia tak suka riuh rendah dalam rumah dia. Bagi dia, time dah tua ni, dia nak rehat (rehat yg x diganggu sesapa).
    Dalam rumah tak leh ada dua queen. Kalau suami kewangannya x stabil, puan dahulukan dulu duit puan. asalkan keluar dari situ. Kena ingt, nak hadap mak mertua ni lama- seumur hidup (jika jodoh berpanjangan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *