Rezeki Sang Bidadari

Assalamualaikum.. nama aku Zam (bukan nama sebenar). Aku bukan lah pembaca tegar IIUM Confession, yang tegar tu lebih kepada isteri aku dan adik-adik perempuan aku. Tapi aku saja nak tulis. Cerita ni dah jadi dekat 5 tahun lepas, masa lepas PKP dulu. Tapi saja aku teringat.

Seperti tajuk kat atas, aku nak cerita serba sedikit tentang benda yang orang lelaki selalu ambil mudah. Benda ni termasuk lah aku. Effect kepada benda ni sangat besar dan aku nak share dengan para pembaca untuk mengajak ke arah kebaikan. Jadi jom la para jejaka suami sekalian, kita upgrade diri.

Aku berusia 40an, berkerjaya dalam bidang pendidikan sama seperti isteri aku. Cuma aku di peringkat lebih tinggi, isteri aku mengajar di sekolah rendah. Kami ada 4 orang anak. Kehidupan kami serba sederhana disebabkan komitmen tinggal di bandar.

Gaji bulanan kami campur dan bahagikan untuk rumah, kereta, insurans dan perbelanjaan rumah. Selebihnya baki tu, kami bahagi dua untuk belanja masing-masing. Duit untuk ibu ayah kami bagi sendiri, ikut la berapa banyak bulan-bulan dan aku tak pernah bertanya.

Bila shopping luar, aku akan keluarkan duit aku dan isteri aku akan bayar bila makan di luar. Normal kan benda-benda ni? Kawan-kawan aku pun lebih kurang sama. Isteri diorang banyak membantu topup perbelanjaan yang makin meningkat ni.

Disebabkan keperluan makin meningkat, aku sampaikan hajat nak sambung master dan kalau boleh PhD. Wife aku okay, mak aku okay, jadi aku pun sambung. Perjalanan master bukan mudah tuan-tuan. Tambah-tambah bila dah berkeluarga. Jadi aku lepaskan semua hal rumah tangga untuk wife aku handle.

Dia pulak sejenis yang okay buat semua benda. Siapkan bekal, siapkan anak pagi-pagi, lepas tu pergi kerja. Balik kerja dia ambil anak-anak, memasak, kemas rumah dan tidur. Rutin tu sambung keesokannya.

Aku? Ada la tolong sikit-sikit kalau dia ada meeting ke, budak nak exam ke, aku ambil alih uruskan anak-anak kejap. Ada wife aku complain letih dan penat, tapi gitu la lelaki kan, kita pujuk-pujuk sikit, lepas tu wife okay, kita pun rasa okay.

Ditakdirkan, perjalanan master aku sangat la susah. Ada saja benda-benda yang tak kena. Draft thesis kena reject, RA problem, kereta rosak aku sampai lambat untuk lecture dan macam-macam lagi.

Ada satu time tu, aku kena influenza yang sangat teruk. Wife dengan anak-anak aku relax je setakat demam dan batuk-batuk. Aku ni sampai sakit setiap sendi satu badan dan mudah letih. Aku kerap kena selsema batuk dan kerap tak sihat.

Aku ingat sebab aku dah kurang berjemaah kat surau, jadi aku mula pergi surau bawa anak lelaki aku untuk setiap solat maghrib dan isyak. Aku bersedekah. Aku pi buat medical check up lepas kena influenza tu tapi result darah semua okay.

Dan masih ada dugaan-dugaan yang macam mat saleh kata ‘beyond our control’. Aku makin stress, even benda-benda kecik aku dah nak start marah-marah dan jadi garang dengan wife dan anak-anak.

Ada satu hari tu, wife aku terlupa nak tekan suis periuk nasik, maka bila time nak makan, takdak nasik la. Aku masa tu dah lapar sangat dengan letih lagi, jadi aku start melenting tinggi suara siap pakej baling tudung periuk. Anak-anak yang tadi dok bising-bising terus diam.

Aku pulak nampak wife aku dah start berair mata. Aku malas nak layan so aku masuk dalam office aku buat maggi. Start dari hari tu, wife dan anak-anak makin ‘menjauh’. Bila aku sampai rumah, wife dengan anak-anak dah tidur. Tapi aku ni still tak perasan. Aku cuma rasa makin aman sikit anak-anak tak bising-bising.

Sampai lah satu ketika, bila nak analyze result untuk thesis aku, aku perasan ada ralat besar jadi nak kena adjust tukar macam-macam. Masa tu aku dah serabut dengan perjalanan master aku. Dalam aku dok serabut tu, kawan aku yang dah siap tulis draft dia datang nak bagi semangat.

“Kenapa aku nampak ko macam macam serabut saja la ni? Sebelum-sebelum ni okay ja aku tengok”

Aku pun cerita kat kawan aku keserabutan aku ni. Ayat dia yang aku tak lupa, “Mungkin ko lupa nak buat baik kat supporter belakang ko? Cuba la try tengok”

Aku terdiam.. Aku ni tak cerita pun yang aku start marah-marah apa semua tu. Tapi macam tu la, Allah nak hadirkan nasihat ni dalam macam-macam cara.

Hari yang sama tu, aku balik awal sikit walaupun serabut dengan data-data tadi. Aku mesej wife aku nak ambil anak-anak. Lepas tu aku beli nasik ayam favorite diorang untuk lunch. Anak aku siap tanya, hari ni ada celebration apa-apa ke?

Nasik ayam je korang, masa tu hati aku dah terdetik, lama dah aku tak bawa anak-anak makan luar sampaikan nasik ayam simple pun anak-anak aku ingat ada something special.

Balik tu wife aku sampai, dia minta maaf kat aku sebab dia kena selesaikan kerja sikit, jadi dia kebetulan kena balik lambat. Dia macam terkejut bila anak-anak dah kenyang, dah mandi dan pakat buat kerja sekolah masing-masing.

Aku cakap kat wife aku, takpe je, masuk la rehat mandi-mandi makan dulu. Aku nampak wife aku macam terkaku kejap sebelum dia masuk bilik.

Malam tu wife aku kata nak masak je, so aku pun layan je. Lepas dia masak, aku tolong tolong dia basuh pinggan. Sambil-sambil tengok TV tu, wife aku tanya, aku takde apa-apa ke harini? Selesai dah ke semua kerja?

Aku kata, takpe je, nanti-nanti la aku buat kerja semua tu. Nampak dia happy sikit sambil cerita macam-macam benda yang terjadi kat sekolah tadi. Aku layankan je cerita dia.

Hari raya puasa tahun tu, kami beraya sebelah aku. Masa kat meja makan sambil dok merasa kuih raya, adik beradik aku dok tayang gelang masing-masing. Aku perasan wife aku satu gelang pun takde. Panas dah hati sebab bukan kita tak beli kan.

Adik aku ni sejenis direct je terus kata, “abang ni beli la seutas kat kak R, raya kan. Jangan la kedekut sangat.” Aku nampak wife aku macam gelak-gelak je.

Aku pun cakap, “ada dah gelang abang beli, tapi kakak tak pakai pun.”

Adik aku kata balik, “cuba tanya padan ke tak lagi gelang kakak tu, ada rosak ke, mana tahu..”

Ye, wife aku tambah berat sikit lepas bersalin anak-anak kami. Tapi takde la kategori gemuk sangat. Masuk bilik tu aku tanya la wife aku. Betul lah, dia bukan taknak pakai, tapi semua tak padan dah termasuk cincin kahwin kitaorang.

Seminggu lepas tu aku ajak dia pi kedai emas. Ada la dia tukar gelang lama dengan gelang baru, aku pun tambah la guna duit simpanan aku sikit. Tiba-tiba wife aku cakap, “thank you abang, semoga Allah mudahkan urusan abang dan murahkan rezeki kita aamiin”

Dan sejak hari tu, semua urusan master aku smooth sailing. Yang kena reject aku betul sikit je, terus accepted. Tiba-tiba ada kawan aku yang statistician tolong adjust data aku, free pulak tu.

Aku berjaya siapkan thesis 2 minggu sebelum tarikh tutup. Dan paling tak terjangka, aku dapat tawaran melanjutkan PhD. Sakit-sakit badan, demam batuk selsema tu jarang sangat dah kena.

Aku teruskan tolong wife aku dalam semua benda. Sibuk tu memang sibuk sebab aku sambung PhD, tapi aku cari jugak masa dan tenaga untuk wife dan anak-anak aku.

Kami still bahagi duit belanja tapi bila makan luar, aku akan cuba usahakan bayar. Kiranya wife aku tu, duit lebih tu untuk simpanan dan kegunaan dia.

Aku nampak dia makin happy, anak-anak dah mula rapat dengan aku. Ada satu malam tu, aku minta maaf kat wife aku, sebab aku selfish biar dia uruskan anak sorang-sorang dan aku tak happykan family kecik aku.

Dia as usual, sangatlah baik, dia okay maafkan aku. Dia kata mungkin la bila marah tu ada terkeji aku dalam hati. Ye wife aku tak reti marah.

Guys kesimpulan cerita aku kat sini, aku harap kita dapat tolong isteri kita selalu, berbuat baik dengan anak-anak kita dan jangan berkira untuk bahagiakan dan keluarkan duit untuk mereka. Mereka ni aset yang tak boleh ditukar ganti.

Assalamualaikum…

– Zam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *