Jantan Tak Guna

Assalamualaikum semua, cerita ini saya kongsikan atas tujuan untuk selamatkan para gadis daripada lelaki tak guna ni.

Nama beliau TK, lelaki campuran Jepun, berumur 31 tahun dan achievements dia banyak dengan buat master dan PhD lagi. Orang yang pernah menjadi mangsa akan tahu terus siapa yang saya maksudkan. Nama Jepun kan rare kat Malaysia.

Saya mengenali TK di dalam apps cari jodoh, kami berkenalan selama 2 minggu dan terus decided untuk berjumpa. Selama perkenalan selamat 2 minggu saya rasa sangat serasi, TK pandai untuk berkomunikasi dan dia tahu apa yang kita minat semua.

Selepas berjumpa kami semakin rapat dan dia mula cuba nak mengawal gerak geri saya. TK tak kawal secara directly, dia buat macam kita serba salah kalau tak buat. Update kita buat apa dan share live location semua.

Mula2 saya tak rasa kena control disebabkan dia pun buat benda yang sama. Saya okay je dia buat macam tu sebab dah suka kan. Hahaha

Kemudian TK bagitau saya dia telah bercerita perihal saya kepada family dia, kemudian dia tanya bila saya nak bagitau mak saya dia nak jumpa. Serba salah masa tu sebab baru kenal sekejap dah nak bawak jumpa family kan.

Lastly saya arranged untuk jumpa mak, pandai betul dia bersembang dengan mak saya, memang berkenan la nak buat menantu.

Masalah mula timbul bila dia marah saya yang mak saya nak jumpa mak dia untuk sembang2 tanya berkenaan TK. Dia dah mula hina saya yang saya desperate semua dan saya tahu apa lelaki nak. Saya mula tawar hati dengan TK.

Tiberr dia reveal 1 rahsia dia yang mengejutkan. Rupanya dia dah kahwin 2 dan mempunyai ramai anak, siap ada anak luar nikah lagi. Dia tanya saya nak tak jadi wife dia yang ketiga??

Hell no!! Semata nak tambah anak, katanya isteri kedua dah tak boleh mengandung dah. Rasanya dia nak buat collection birth certificates. Hahaha

Rupanya selama ni saya kena tipu, dia cakap bosan hidup single, weekend tak tahu nak buat apa, malam tidur awal dan asyik makan maggi je sebab tak de orang masakkan. Rupanya wife Ada kat rumah dengan anak siap ada anak kat hospital lagi.

Saya tak puas hati kena tipu bulat2, so saya korek cerita rupanya isteri kat rumah tu dia dera dan maki semua. Anak kat hospital pun dia harap baby tu mati. Boleh dia sibuk nak cari perempuan lain.

Isteri dia pun tengah tunggu masa nak minta cerai. Tapi susah sebab dia control semua duit dan gerak geri isteri dia. Siap ada duplicate phone isteri dia lagi. Dia suka tunggang agama isteri tak boleh buat itu ini nanti berdosa.

TK ni solat pun tak, tu pun terkantoi masa saya pergi mall dengan dia. Katanya carpet surau kat mall busukk. Hahaha, surau tu tak ada carpet la.

Isteri dia cakap memang dia ada ramai scandal. Dia bukan kenal saya sorang je dalam satu masa. Rupanya masa kenal saya dia cakap ada meeting malam2 tu dia pergi jumpa perempuan lain.

Sebelum ni dia ada bagitau mak saya dia ada beli asset rumah, rupanya semua tu isteri punya yang bayar. Hidup pun mengharap duit isteri.

Saya ada dapat contact salah seorang mangsa, TK ada bercerita sebelum ni dia berkenalan dengan perempuan tudung labuh semua siap dah jumpa parents lagi.

Tapi family perempuan tak setuju dan perempuan tu ajak kahwin kat Thailand. So dia tak nak kahwin sana jadi TK putus dengan perempuan tu. Katanya lagi perempuan tu dah rosak.

Rupa2nya dia la yang rosakkan perempuan tu sampai terlanjur. Bila dah tak dapat apa2 dia tinggalkan perempuan tu. Perempuan tu merayu2 nak kahwin dengan dia sebab TK tu first love dia.

Saya pun ada check nama TK kat insta, ada banyak giler account bawah nama dia. Memang standby untuk cari mangsa seterusnya. Menyesal tak check masa mula2 kenal dia. Saya rasa dia ada masuk semua platform cari jodoh.

Saya rasa ni modus operandi TK, dia mencari mangsa dan buat profiling apa yang perempuan ni suka. So dia flirt sampai perempuan tu sampai jatuh cinta dan tergila2 kat dia.

Kalau perempuan tu islamic dia tunjuk dia macam solat, puasa 6 lagi. Kalau tanya apa yang nak dalam perkahwinan, dia cakap dia nak hidup dalam keluarga yang ikut alquran dan hadis. Pergi jumpa family nak tunjuk yang dia serius nak kahwin.

Bila perempuan dah suka sangat, dia akan ambil kesempatan macam perempuan tudung labuh tu kena.

Saya berharap perempuan kat luar sana berhati2 dengan TK ni. Ya background pendidikan dan kerja dia legit. Semua betul kalau buat due diligence. Hanya perangai dan background family sahaja susah nak check. Benda boleh tipu dan berlakon kan.

Sekian…

– Bubu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mana data dia.reveal la.main ckp je tak guna.

    Tp 1 je aku ckp.SEMUA LELAKI YG MAIN APPS DATING ADALAH TAHIKKKK NAJIS PALAT

    JGN sesekali percaya.
    Semoga jantan2 sial yg merosakkan pmpuan guna apps….ditimpa musibah dan fitnah seumur hidup.aminnnnnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *