Untuk part I, (https://iiumc.com/air-diminum-terasa-duri-nasi-ditelan-terasa-sekam/).
Haritu aku ada meluah dibawah tajuk yang sama. Aku nak berterima kasih pada yang bagi support, kata kata semangat and bantu aku keluar dari relationship ni.
Masih ada yang baik hati and tak condemn aku sebab salah langkah. Sangat sangat menghargai komen positive semua.
Sejujurnya aku tak kuat kalau buat keputusan ni sendiri. Aku duduk jauh dari keluarga, jadi untuk melalui hari hari sendirian tanpa ada support sangat la berat.
Memang sekarang aku cuba fokus untuk memperbaiki hubungan aku dengan Sang Pencipta tapi bila duduk jauh dari family, kawan pula tiada, housemates sibuk kerja jarang dapat borak jumpa, memang aku rasa keseorangan dan sepi sekarang.
Tempat ni pula banyak memori aku dengan dia so bila duduk sorang memang akan teringat je la. Aku rasa dalam fasa mental breakdown sebab tiba tiba aku rasa sedih and tak boleh nak tahan air mata dari keluar.
Bayangkan hari Selasa aku sedih sampai tak boleh control dekat tempat kerja, hari Rabu aku okay, hari Khamis aku sedih balik tapi aku cuba tahan tapi gagal dalam toilet terlepas jugak.
Rakan sekerja aku ni kerap triggered aku punya sedih sebenarnya. Dia tahu situasi aku sekarang tapi dia boleh call bersweet sweet depan aku siap cerita pasal boyfriend dia and then stress kan aku dengan masalah kerja dia.
Padahal kan kerja dia tu banyak kali aku remind suruh take note apa semua tapi buat tak endah sebab tengah dilamun cinta so banyak masa dekat phone.
Aku time bercinta pun takde la macam tu. Kerja is kerja, kena be professional. Aku waktu free atau dekat rumah je aku akan text. Kalau call memang luar waktu kerja.
Ni jugak la punca aku penat. Baik bagi aku je gaji dia tu and biar aku buat kerja dia. Sorry la ter-rant pasal kerja pulak.
Tu kerja tau belum keadaan rumah. Haritu aku terpaksa bersihkan microwave sebab macam ada benda basi meletup dalam microwave tu habis bahagian dalam tu ada macam kuah melekat.
Aku bersihkan sambil nangis tau sebab time tu baru lepas nangis pastu nampak macam tu time nak panaskan makanan. Takde mood terus nak makan.
Kalau bahagian lantai memang aku je la yang kemas tak payah cakap la. Penatnya hidup sebagai aku ni banyak ujian dalam satu masa.
Tapi jujur aku cakap, aku nak balik rumah family. At least dekat rumah family aku boleh paksa diri untuk makan sebab mak aku masak sedap.
Aku ni dah la tak cukup berat lepastu dah seminggu ni takde selera makan, risau la kalau apa apa jadi takde siapa nak tolong.
Bukan tak cuba paksa diri untuk makan tapi tekak memang tak boleh nak accept anything. Dari muntah baik aku tak payah makan apa apa. Kalau dekat rumah aku tak makan mesti mak ayah aku concern kan :’)
Aku sekarang duduk di utara, rumah family aku di selatan. Jauh kan? Aku suka duduk dengan family sebab family besar aku sangat sangat happening and bonding sangat kuat. So boleh la jugak boost up and stable kan mood aku balik.
Jarang la bila jumpa big family tak gelak ketawa. Kalau la aku boleh ambik cuti untuk kesejahteraan mental health, kan best.
Bagi kata kata semangat and cara aku boleh hilangkan emotional attachment aku dengan dia and suggest aktiviti yang aku boleh buat sorang please. If tak pakai duit lagi elok sebab aku nak kumpul savings untuk benda lain.
Thank you in advance kepada admin sebab siarkan (kalau betul disiarkan) and also thank you in advance yang komen positive dekat bawah ni..
– Patah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa benda berharga yang diambil tu? Dara ke? (Buat-buat tak tahu)
Keturunan baik-baik?
HAKTUIH!
Itu keturunan dajjal!
Bertaubat la.Leave him.Immediately!
Penyakit ni sebenarnya mudah ubat dia. Berhenti kerja, balik umah keluarga@ cari kerja kat area rumah keluarga nun, sewa lah rumah dekat2 nun. Kalau dlm keadaan mcm ni, jiwa o. anasir2 luar, makluk2 senang melekat dekat hang. No2, bangun tahjud. Redha, sehingga hati terdetik redha. Allah keluarkan kamu Dr kesusahan kamu. No.3, nangis, sepuas-puasnya. Lepaskan, jgn ditahan2. Biasanya perempuan, lepas nangis refresh blk. Tinggalkan tempat toksik, jaga emosi sendiri. Xde org nak jga hati kita sebab depa xdengar hati kite. Good luck, memoga Allah angkat sengsara anda. Ingat, hang RS teruk, ada org lain lagi teruk ujian dia.
Berhijrah, jawapannya.. klaw dah di rumah, sunyi n xleh mkn, asyik nangis je, di tempat kerja lak ada yg ‘mnyakitkan’ hati n mata.., si dia pulak mngkin tahu keberadaan awk, (mne tau klaw2 dia nk berpatah blk kpd awk..), so just move on.., dduk dgn family lbh ‘selamat’ kot, di sana pon mngkin ada je peluang kerja, mngkin gaji x sebanyak skrg, tp setidak2nya awk x pyh nk mnyewa, duit utk mkn pon mngkin ‘jimat’ ckit, sbb mlm bule mkn d rumah or bwak bekal bla g keje.. klaw bule, putuskan hubungan dgn medsos, sbb mngkin dia akn ‘stalk’ apa kegiatan awk n di mana sedang berada.. beli simkad bru or block no.tepon org yg awk xselesa tu, mulakn hidup baru dgn buku yg baru.. insha Allah..