Siapa yang pernah kerja swasta tahu betapa lecehnya kena ikut rules dan SOP.
Ada syarikat kadang-kadang terpaksa isytihar conflict of interest kalau ada pasangan atau ahli keluarga yang bekerja di tempat sama supaya tak berlaku kes-kes rasuah, layanan istimewa dan sebagainya.
Faham je, kadang-kadang seseorang individu tu mungkin cadangkan kepada kawan atau ahli keluarga untuk sama-sama mohon kerja di tempat dia bekerja.
Tapi aku rasa amat tak adil kalau satu department atau jabatan tu dipegang oleh orang-orang dia saja.
Isu kabel ni bukan benda baru, tapi aku masih nak meluah sebab ada puak jahil kata ni dipanggil ‘networking’. Kabel dengan networking pun tak tahu beza.
Aku jadi panas bila kau kerja di satu jabatan dan 70% dalam tu semua puak dari kawasan yang sama.
Bos besar pula macam tak sedar dengan isu tu.
Tapi bila dia bagi arahan dan puak-puak yang aku panggil ‘deepstate’ ni tak nak dengar atau buat kerja sambil lewa, masa tu baru dia nak bertempik sampai aku sekali kena.
Sebelum ni aku dah pernah dengar isu yang sama berlaku dekat seorang sahabat yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan negeri dia.
Macam tak logik bila fikir dia jadi minoriti di pejabat kerajaan negeri sendiri.
Dia jadi lagi sakit hati bila sepatutnya orang bawahan kau ikutlah arahan dan kerja yang kau bagi, tapi geng-geng ni sabotaj atas beberapa sebab yang aku pun tak jelas kenapa.
Dia sabotaj macam mana? Dia berlakon macam tak reti buat, tersilap buat, tak cukup masa dan sebagainya. Orang putih panggil purposeful incompetence.
Aku ingat teori pasal Yahudi meresap masuk dalam kerajaan US tu konspirasi je. Rupanya perkara sama berlaku kat depan mata.
– Alice (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit