Pemangsa Seksual di IPT

Assalamualaikum semua. Aku dulu pun pernah jadi mangsa pensyarah yang perangai macam ni, (https://iiumc.com/musang-berbulu-ayam/).

Awal tu ambil kita jadi mentee, pastu jadi adik angkat, pastu waktu tidur rumah dia, kain pelekat kita dia selak nak bagi urutan batin. Memang aku bagi penendang la jawapnya.

Aku speed bawak moto balik hostel malam tu jugak, otw nak sampai tu memang dia spam aku dengan gambar2 lucah dia, gambar barang dia sendiri siap bagi ayat2 yang buat aku nak muntah.

Aku block tapi dalam minggu yang sama, tak sampai 3-4 hari, diburukkan aku ke semua lecturer kata aku mengamuk sebab dia tak nak bagi aku soklan bocor untuk kuiz.

Aku bagitau kat sorang lagi lecturer lelaki, lecturer tu nak tolong aku, dia bawak ke ketua jabatan. Tapi last sekali dia kena sound ke apa tah, terus dia silent treatment kan aku.

Pastu aku nak gi buat report dekat bahagian hep, nah lecturer tu dah sampai dulu, last sekali aku pulak yang kena counsel untuk tak report sebab tak ada bukti lah, tak cukup saksi lah, handset s#tan tu kena hack lah bagai.

In the end yang salahnya aku. Aku bawak bukti sebakul pun, aku print gambar2 yang dia hantar kat aku pun, tetap pengurusan kolej cakap tak cukup bukti. Sedangkan kalau tengok pun dah sah – sah lecturer yang kacau aku tu spesies dua alam.

Tapi tetap pengurusan kata ‘takkan la Mr. A tu nak kacau awak. Dia lelaki, awak pun lelaki, ada orang hack phone dia ni”.

Alah s#tan betul, dah terang – terang nampak Mr. A tu ba*uk, boleh pula dia cakap takkan dia bernafsu sesama jantina. Posting media sosial dia pun terang – terang declare dia minat sejenis, aku siap printscreen lagi tau. Tapi still pengurusan cakap aku menipu sampai aku tumbuk meja la waktu tuh.

Aku tak leh brain betul cara pemikiran lecturer – lecturer lain waktu tu. Semua perempuan, dan semua mati2 defend Mr. A tu cakap ‘takkanla, takkanla’.

Dah tu sengaja buat cerita buat apa, dapat duit ka buat2 cerita macam ni? Aku tak boleh faham betul otak orang perempuan ni fikir. Agaknya kalau aku ni perempuan, aku bohong kena cabul pun mesti diorang mati2 defend aku.

Last sekali bila aku kecoh2 jugak, pengurusan kolej bagi jalan penyelesaian. Tau apa jalan penyelesaiannya? Aku kena defer subjeck Mr.A tu ke sem depan dengan janji sem depan akan assign lecturer lain untuk subjek tu. Dah aku pulak yang kena hukum sedangkan aku mangsa.

Sebab apa? Sebab Mr.A tu rajin, ramah, baik, selalu tolong kengkawan lecturers, suka hias2 fakulti. Memang s#tan betul. Aku tak puas hati waktu tu, jadi aku print semua gambar2 yang dia hantar tu.

Ada satu tu memang ada nampak muka dia sebab berdiri depan cermin. Aku print banyak2 tampal kat semua notice board fakulti. Pastu aku kemas barang2 aku, aku chow balik rumah parents.

Zaman tu tak ada whatsapp apa lagi, aku patahkan sim aku. Aku bagitau bapak aku, aku malas belajar dah. Makan tapak kaki jugak la aku sedas dua. Tak lama lepas tu aku terima surat tak hadir kuliah, surat disipin apa semua, last sekali surat dismissal terus.

Aku waktu tu dah kerja, macam2 kerja lah. Kerja mcd, jual vcd cetak rompak, jadi ulat parking pun pernah. Sedangkan spm aku ok la jugak, 4 A zaman tu kira dah ok sangat.

Tapi sebab manusia macam Mr.A ni aku kena buang family, kena maki dengan orang, kena belasah dengan geng parking sebab berebut kawasan. Macam2 lah.

Nasib baik tak lama lepastu aku kenal dengan bini aku sekarang. Dia la yang bawak aku keluar dari tempat2 tu, bagi duit suruh aku berniaga. Sekarang ni aku kira senang la jugak, ada kedai.

Mr.A tu macam mana sekarang? Macam tu la, masih lagi lecturer di universiti yang sama. Tak dak kena pembalasan macam dalam majalah mastika pun.

Aku dengar kawan2 aku cerita ramai juga students laki yang kena kacau dengan dia, tapi macam dengan aku la, report pun tak ke mana. Pengurusan uni dari atas sampai ke bawah semua tutup telinga, butakan mata. Aku pun heran sebab apa yang suka sangat bela manusia – manusia macam ni.

Sebab tu tengok kes Musang Ayam tu, memang cara pengurusan kolej2 ni sama ja. Ada pensyarah suka sejenis yang kacau pelajar, senyapkan, tutup, jangan bagi orang tau.

Sedangkan kita tengok jabatan – jabatan lain, kalau terpalit isu viral macam ni, tak sampai 24 jam terus keluar kenyataan rasmi. Ni senyap ja, netizen yang komen dekat page rasmi semua kena block.

Sedangkan kalau betul benda tu fitnah, kolej keluarkan la kenyataan rasmi yang benda tu fitnah, tak ada pensyarah yang positif HIV. Senang, habis cerita. Ni tak, senyap terus, sapa komen semua kena block.

Lepas tu yang aku lagi tak puas hati, kalaupun isu L tu isu palsu, bawah posting Musang Ayam tu kat page2 influencer,

Ada 4-5 komen dari bukan fake profile (aku semak dah, tak lock pun profile), kata diorang dah berpuluh kali report pensyarah yang sama Cikgu R tu pernah kacau adik – adik lelaki, anak-anak lelaki diorang sejak dari tahun 2019 lagi.

Kiranya sama macam Mr.A ni. Dari 2019 bai, itu yang report, yang senyap2 try pastu sama join aktiviti terlaknat tu berapa ramai dah? Lepas tu semua pakat jadi g#y boy.

Tapi balik ke isu yang sama, aku tak faham kenapa pengurusan universiti, kolej2 komuniti ni semua tak boleh nak ambik tindakan. Memang suka ke students semua masuk buat dosa besar?

Adakah sebab mangsa2 ni lelaki, tak boleh pregnant, jadi anggap ja sexual assault dengan homosexual grooming ni benda yang fun2 yang apa orang cakap ‘boys will be boys’. Macam tu?

Kepada Mr.A aku tak maafkan kau. Tulang sapa hancur dulu dalam tanah pun aku tak kesah, tapi aku takkan maafkan manusia macamkau. Aku tuntut kat sana nanti.

– Adlan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. kesian nya banyak rupanya mangsa2 mcm ni kat kolej .jd takut nk hantar anak2 ke kolej .lagi2 anak jenis pendiam ,ada apa2 takut nak cakap .tempat mencari ilmu pun tak selmat dah eh .ALLAHUAKBAR ..insf laa para guru2 yg mengajar anak murid tentang ilmu dan adap ni .kembali laa pd fitrah asal tugas seorg guru dan pemimpin ,jgn jd perosak anak bangsa .minta d jauhkan dr kelurga terdekat dan org sekekliLing ..AAMIIN ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *