Assalamualaikum buat semua pembaca. Aku terdetik untuk menulis di sini kerana aku tidak tau ke mana harus aku mengadu.
Aku seorang suami dan ayah kepada dua orang cahaya mata dan telah berkahwin selama tujuh tahun. Aku sedar, selama tujuh tahun perkahwinan ni aku adalah suami yang gagal.
Aku gagal menjaga emosi dan melindungi isteri aku dari keluarga aku sendiri.
Sejak dari awal perkahwinan, aku terpaksa membawa adik aku tinggal bersama kami kerana dia tak pandai berdikari dan dia masih ada bersama kami sehingga hari ini.
Bukan seorang, tapi dua orang..
Isteri menuntut privacy, tapi aku tersepit antara tanggungjawab seorang abang dan suami. Adik-beradik aku tak pandai berdikari, semua mengharapkan aku dan ayah.
Aku kesian dengan ayah, di usia meniti tua dia masih lagi menjaga anak-anak.
Adik-adik menyenangi isteri aku kerana dia lembut dan sporting tapi isteri aku sebaliknya. Aku faham, dia inginkan privacy. Dia ingin hidup seperti pasangan suami dan isteri yang lain.
Setahun yang lepas, ada sesuatu isu yang trigger kemarahan isteri aku yang membuatkan isteri aku mengamuk dan marah adik aku. Satu family aku terdiam dan terkedu, tak pernah isteri aku marah sampai macam tu sekali.
Kalau orang luar dengar, mungkin akan rasa isteri aku marah biasa tapi disebabkan dia tak pernah marah langsung, kami semua dapat rasa api kemarahan dia sangat memuncak.
Mak aku tak terima, menangis sakan sebab anak dia kena marah. Isteri aku tak terima, pada dia salah tetap salah. Dia bukan nak menghukum, tapi bagi lah dia ruang dan masa dan bukannya mendesak dia. Aku faham tapi aku tersepit.
Ayah aku pun sentap. Suruh adik aku berhenti kerja dan hantar balik ke kampung. Mak aku update macam-macam dekat laman sosial yang trigger kemarahan mertua aku.
Ini kali pertama mertua aku masuk campur hal kami. Ayah mertua aku cakap adik-adik aku tu dah tua gayut, umur nak 30. Bukan budak-budak yang kena marah sikit mak ayah nak sentap.
Kalau ikut sentap, aku lagi sentap. Kalau nak ikut marah, aku lagi marah. Luka yang anak aku rasa selama ni, hati aku yang berparut.
Ini sedikit isi kandungan whatsapp ayah mertua aku pada aku dan mak aku.
Kami bergaduh, tak bercakap dan bertegur. Tak lama lepas tu isteri ajak aku berbincang tapi perbincangan kali ni terlalu janggal. Nada isteri dingin dan ada sedikit kemarahan.
Isteri: Sekarang bagi i cakap. I bukan adik-adik you yang kena ikut telunjuk parents you. Selama ni i diam, jangan ingat i tak ada hati. I sabar, sebab i respect you as my husband sebab you selalu backup i.
7 tahun kahwin, parents you nak control semua benda sampai rumah i pun parents you nak take over. Suka-suka hati ubah bilik dekat rumah i untuk anak-anak dia.
Please, this is my house. Menumpang buat cara menumpang, bukan nak jadi raja. Dah lah suka buat masalah, ingat i ni apa nak clear semua masalah adik-adik you? I penat jadi grab dan bibik adik-adik you bila you tak ada.
Panjang…
Panjang sangat isteri aku cakap dan akhirnya dia kata nak jadi co parent je dengan aku. Dia sayang aku, tapi dia tak rela jadi hamba family aku.
Isteri aku yang selama ni diam, senyum dan sentiasa okey dah berubah.
Aku dan isteri putuskan kami akan berpisah bila masing-masing dah temui bahagia sendiri. Selagi belum, aku tak nak lepaskan dia. Masa tu aku yakin, masa akan perbaiki hubungan kami tapi aku silap.
Isteri aku boikot family aku. Raya dia tak balik. Parents aku datang rumah dia keluar. Dulu dia ambil kisah kalau mak aku mengata dia, sekarang dia biar.
Bulan lepas, isteri kata dia dah ada orang lain. Orang tu non muslim dan dah convert pun. Non muslim tu betul-betul serius dengan dia. Aku patah hati. Aku tak rela nak lepaskan isteri aku.
Patutlah dia kerap ke masjid, rupanya dia teman lelaki tu belajar. Janji tetap janji. Minggu depan aku akan ke pejabat agama untuk failkan perceraian.
Ayat akhir isteri aku, cari lah perempuan yang boleh terima keluarga awak dan tentunya perempuan tu bukan saya.
Rumah ni awak ambil lah, bila tiba masanya saya tukar semuanya atas nama awak sebab awak yang bayar. Nanti kita buat hitam putih.
Awak jaga lah adik-adik awak, bila tiba masa saya hantar anak pada awak.
Aku tak tau. Dunia aku memang gelap sekarang.
Kalian doakan ya, semoga isteri aku tarik balik keputusan dia di saat akhir. Aamiin.
– Usin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
macam mana nak cakap ek. 7 tahun tu. lama isteri bersabar. kalau betul lah umur adik-adik tu nak hampir 30 tahun, mmg patut lah kena belajar berdikari dah. tak pandai bukan alasan. isteri pun mungkin dah temui kebahagiaan dia tu. apa yang penting, lepas berpisah JANGAN SESEKALI pisahkan ibu & anak/ anak & ayah. anak-anak tak salah. berpisahlah dengan cara elok.
ko pun satu bro utamakan keluarga ko dari bini dan anak2 ko. ni la balasannye. nasi da jadi bubur da pun. dia pun da ada org lain. lupakn jela dia dan move on
Kegagalan yang paling nyata; kegagalan penyediaan nafkah tempat tinggal. Cuba belajar balik, nafkah tempat tinggal yang macamana wajib dipenuhi suami untuk isteri. Kalau awal berumah tangga majoriti pembaca pun mungkin faham kalau terpaksa susahkan isteri sementara stabil tapi, ini dah 7 tahun tuan. Iya faham rumah didiami sekarang rumah tuan suami isteri. Tapi bila situasi jadi rumit macam tuan ceritakan tu, tuan cuma ada dua pilihan je, carikan rumah untuk adik-adik menyewa di luar atau gantikan rumah baru untuk isteri. Tuan mungkin serba salah nak minta adik-adik keluar pindah rumah, tapi tuan boleh usaha beli/sewa rumah baru untuk isteri, bincang dengan isteri untuk urusan itu. Kalau dari awal tuan rujuk dengan kaunselor di luar sana, banyak lagi jalan-jalan penyelesaian yang tuan boleh cuba usaha selain yang dinyatakan di atas. Untuk situasi sekarang, saya tak nak komen.
Nasi sudah jadi bubur. Bini pun dah tawar hati. 7 years was too long ya for you to realise. Berdoa saja lah bersungguh2 sbb Allah saja yg mampu bolak balik kan hati bini tu.
betul2 suami yg gagal nie teruk sangat dah lepaskan la bini tu dia berhak bahagia sudah sudah la tu
betul la cara isteri kau tu..rumah dia kot, walaupun kau yang bayar..tapi still tu rumahtangga korang. adik2 kau tuuu yang sepatutnya BELAJAR BERDIKARI. kau sebagai abang, PATUTNYA kau encourage adik2 ko. dah tua ganyut duduk dengan abang yang dah berkeluarga. adik2 ko lembam ke? aku rasa tak sebab ko kata mereka dah bekerja. dalam soal ni, yang paling bersalah adalah PARENTS ko lebih2 lagi MAK KO! ehhh kalau aku pun bengang, rumah aku suka2 hati mil nak jarah! good luck lah cari isteri baru yang boleh tolerate dgn keluarga toksik ko tu.
Semoga isteri hang xbalik semula dgn hang. Dah jadi ketua keluarga pun xreti buat keputusan. Kalau rasa nak jaga family je xyah kawin. Xyah bljr bina family sndri. Ehh lupa mana penah bljr membina, sbb tu bini tglkan. Dah la bang. Move on jela. Dulu elok je, tiba2 nk berubah lepas kena tgl buat apa kan 🤟🏻😌 patut sedar dari dlu. Hati perempuan ni xsama dh once kau dh sakitkan dia. Kbyee .
Ipar adalah maut. Kekekeke… Ipar adalah outsider yang lambat laun akan rosakkan rumah tangga kita. Tumpang sekejap takpe tapi kalau sampai bertahun lepastu bibikkan bini kau pulak kalau aku pun tak tahan. Belajar la sesuatu.
This may sound harsh tapi family kau ni squatters. Parents kau ubah bilik2 kat rumah tu untuk anak2 dorang yg dah tua bangka pon kau tak buat apa2. Adik beradik kau takde rasa malu ke? 7 tahun keluarga kau ambik kesempatan atas kebaikan bini kau. Mentang2 la bini kau jenis lembut, bertolak ansur habis semua hal nak masuk campur. Alhamdulillah dia dah jumpa orang yang betul2 ikhlas sayangkan dia
Ko ni memang jahanam punya laki. Takde pendirian punya orang. Ko kena paham yang ko ni intermediary antara bini dan keluarga ko. Ko kena jaga aib bini dan ko kena jaga aib keluarga ko. Maisng2 ada kelemahan tapi keluarga tu darah daging dan isteri ni pasangan yang akan menemani kita sampai akhir ayat. Untuk ko kekalkan keharmonian, dua2 pihak ni tak boleh duduk sekali. Sekejap takpe kalau ada hal mendesak tapi kalau bertahun sampai pihak satu lagi rasa dia pon ada hak dalam rumah tu, ko da buat silap besar. Macam ni la negara Israel tercipta kalau ko nak tau, dan keluarga ko sekarang tengah jadi kejam macam Israel dan melakukan genocide sebab ko yang membenarkan perkara tu jadi.
Terimalah kenyataan, walau pon pahit.. awk pon dah mngaku yg awk seorang suami yg gagal, si klaw ada lg isteri slepas ni, jgn gagal lgi, blajar dr kesilapan n mulakn hidup yg baru.. cabaran isteri dgn pasangan mualaf tu pon bkn mudah, nk kna bimbing ke arah islam dan bertahan jika ada pertembungan ‘budaya’ dsb.. apa2 pon serahkan kpd Allah, setelah berusaha sebaiknya.. wallahu a’lam bissawab
Haishhh meluap2 amarah aku bila baca. Sabar btl bini ko bang. Klu aku ni cukul 3 bulan mmg aku lempar la baju adik2 tu keluar umah. Dah tua bangka pom nak menumpang abg lg. Haishhh rasa nak maki je.