Salam semua. Saya Zamrul, umur 28. Tulis kat sini sebab perlukan nasihat-nasihat otai dalam ilmu rumahtangga.
Macam mana kita nak didik isteri yang ego, degil, keras kepala, dan rasa dia saja betul?
Orang kata sebelum dan selepas kahwin sangat beza. Dulu sebelum kahwin dia selalu tekankan bab sembahyang. Sembang pum pang pum pang sampai saya rasa malu dengan dia, sebab dia memang jenis pandai agama.
Berbanding dengan saya, memang agak jahil dalam agama. Dulu saya ingat bagus la cari isteri macam ni. Isteri yang ada pengetahuan agama bukan semua berpeluang milikinya. Tapi lepas kahwin, saya terkejut dengan apa yang saya nampak ni.
Dia selalu terskip sembahyang Isyak dengan Subuh. Bukan hari-hari, tapi selalu jugak la. Isyak sebab dia jenis nak tidur dulu dan kononnya nanti nak bangun sebab boleh buat tahajud sekali. Tapi akhirnya dia tak akan bangun pun.
Kadang Subuh pun terlepas sebab rupanya dia ni jenis susah bangun tidur. Bila saya kejut pun dia akan cakap, “Nanti… nanti… nanti.”
Saya ni tak boleh la nak tunggu sampai dia bangun sebab saya nak pergi kerja dah. Dia tak apa la, masuk kerja lambat. Kadang saya tanya, “Sembahyang tak tadi?” Bila dia diam tu faham-faham la… memang dia tak sembahyang.
Lepas tu semalam saya bagitahu dia, “Macam ni rupanya perangai awak. Kenapa sebelum ni tak cakap? Sebelum ni selalu cerita yang baik-baik ja.”
Dia kata, “Eh, sebelum ni tu aib saya… antara saya dengan Allah. Buat apa saya nak bagitahu awak semua tu? Awak tak ada kena mengena dengan saya. Tak ada ikatan. Tapi sekarang awak dah suami saya, so awak dah tahu. Pastu awak nak sebarkan aib isteri awak dekat orang?” dia soal saya.
Sebab hari tu saya ada cakap, “Terus solat la Isyak. Tak payah la nak tidur-tidur sekejap. Nanti tahajud bangun lain.” Tapi dia tetap berkeras sebab dia memang jenis nak kena tidur sekejap.
Lepas tu saya kata nak bagitahu mak awak la. Sebab kami tinggal dengan mak dan ayah dia. Dan ayah dia cakap, “Dalam rumah ni semua orang kena solat. Kalau tak nanti malaikat rahmat tak masuk.” Tapi anak sendiri pun selalu terskip sembahyang, dia tak tahu pula.
Bila saya kata nak bagitahu mak dia, dia marah saya. Kata nak sebarkan aib isteri dan kemudian kami akan gaduh teruk pasal ni. Sebab dia takut mak ayah dia marah dia, sebab mak ayah dia garang bab-bab ni. Saya pun tak jadi nak bagitahu, sebab dia ungkit yang banyak aib saya dia jaga.
Depan mak ayah dia, dia sanjung-sanjung saya. Dia soal, “Macam ni saya nak balas kebaikan dia dengan buka aib dia dekat mak ayah dia?” So saya jadi terdiam. Sebab betul, memang aib saya banyak.
Tapi bukan pasal soal sembahyang ni ja. Tapi banyak lagi la isu dengan dia ni. Dulu ingat cari isteri yang ada pengetahuan agama akan hormat suami. Tapi dia ni langsung tak tahu hormat suami. Asyik membangkang, melawan, nak kata dia saja betul.
Dulu saya tak tahu pasal cincin zikir tu. Saya pernah nampak orang pakai. Saya tanya, “Apa benda tu?” Dia cakap cincin untuk zikir. Lepas tu dia hadiahkan cincin tu pada saya. Memang la saya pun bukan hari-hari zikir. Saya sedar masih banyak saya kena belajar.
Cuma kebetulan hari tu balik kerja saya ada dengar ceramah dalam radio pasal istighfar 100 kali. Saya share la dengan dia.
Cuma sebelum share intipati ceramah tu, saya tanya dulu, “Awak dah istighfar? Dah selawat?” Dia kata tak. Saya kata, “Hah tu la… awak galakkan saya zikir tapi awak tak buat.”
Saya kata, “Tak apa, nanti saya belikan awak satu cincin.” Dia kata tak payah. Dia tak nak.
Lepas tu saya cerita la, “Awak tahu tak ada kebaikan macam ni semua?” Tiba-tiba dia kata, “Baru pandai sikit dah sibuk nak nasihat orang pulak.”
Sumpah, terasa hati saya dengan kata-kata dia. Saya kata, “Saya sampaikan kebaikan yang saya dengar ja pun… bukan saya berlagak alim.”
Dia kata, “Ok, sampaikan ja… tak payah nak nasihat-nasihat lebih-lebih. Sedangkan benda tu bukan wajib.”
Lepas tu saya cakap la, “Habis solat kan wajib. Awak ada jugak tinggal.”
Dia terus melenting. Dia kata, “Tu antara saya dengan Allah. Saya dah qada. Dosa ke pahala ke tak ada kaitan dengan awak dah. Awak dah kejut, awak dah suruh, kalau saya tak buat, tu dosa saya. Saya tanggung. Dah tak ada kaitan dengan awak dah. So stop situ ja,” dia kata.
Saya rasa sangat malu dan terasa hati la dengan kata-kata dia. Sebab macam memalukan saya dan tak hormat saya pun.
Kadang saya rasa biadab betul cara cakap dia. Saya ni jenis tak boleh nak cakap apa dengan dia. Sebab dia akan potong ja cakap saya sampai akhirnya saya terdiam ja la.
Pernah jugak saya cakap, “Cuba la cakap baik-baik dengan saya. Saya ni suami awak.” Dia akan cakap, “Dah memang macam ni cara saya. Sebelum ni pun dah tahu kan. Kalau tak suka, cari la perempuan lain.”
Asyik itu ja dia cakap. Takkan la benda-benda macam ni pun asyik nak cerai ja. Tak ada cara lain dah ka selain bercerai? Saya tak mahu la cerai-cerai ni…
– Zamrul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami kena berani pertaruhkan aib suami yang banyak tu semata-mata untuk kebaikan isteri, bagitau je bapak dia untuk tegur. Tak jadi aib yang akan didakwa kelak, sebab bagitau kat mak bapak isteri untuk kebaikan isteri. Jangan bertangguh kerana maruah sebagai suami berterusan dipijak. Si isteri pun kalau inginkan kebaikan untuk suami, aib suami tu dia tak simpan sebagai senjata. Isteri juga perlu tegur suami dan kalau tak jalan, boleh mengadu kat mak ayah suami untuk perubahan suami jadi lebih baik. Itu sepatutnya berlaku apabila masing-masing inginkan kebaikan untuk pasangan. Cari orang yang berpengaruh baik dalam hidup isteri untuk tegur. Jalan terakhir, pi mengadu kat pejabat agama untuk kaunseling. Setakat tu je bapak cakap sebab cerita pun terhad.
masalah ko ni bini ko tu ego tggi sampai xhormat ko. cuba buat sesuatu skit bg dia hormat ko. bg emas ke, bg kereta ke, rumah ke. ni masih duk umah makpak dia tp expect dia layan ko mcm king? klakor dak2 skrng. ntah2 bju korng pun makpak yg basuhkan