Ini kisah aku, dan aku mahu luah dekat sini.
Aku namakan dia Isey sebab yelah, kisah aku dengan dia tiada apa-apa jawapan sebab kami saling buat haluan masing-masing.
Kisah ini bermula dari aku praktikal. Dia senior aku. Waktu aku tengah praktikal itu, dia mula perasan aku, tapi aku tak ambil kisah pun.
Tapi lama-kelamaan nampak sangat yang dia suka aku, tapi dia tak mengaku.
Aku cuba jauhkan diri aku dari dia sebab aku masih trauma tentang cinta.
Tapi walaupun aku cuba untuk jauhkan, tapi semakin aku jauh, dia semakin dekat dengan aku sehinggakan timbul satu perasaan yang aku sendiri tak dapat elak dalam hati aku.
Satu perasaan timbul membuatkan hubungan kami hancur begitu sahaja dan sekelip mata.
Disebabkan aku luahkan perasaan aku, aku mula suka dia. Tapi dia macam tak boleh terima yang aku suka dia.
Semakin dia renggangkan hubungan ini dari aku, perasaan itu semakin kuat aku terhadap dia. Lepas tu, dia nak tutup dia punya perasaan sehinggakan dia sanggup tipu aku.
Dia bagitahu satu tempat kerja yang dia dah bertunang dengan pilihan mak. Aku apa lagi, kecewa teruk la.
Dulu dia yang tunjukkan sayang dia dekat aku, tapi bila aku sambut dan buka pintu hati aku dekat dia, dia boleh blah macam tu je.
Sebenarnya bukan dia yang bertunang, malah kakak dia. Tapi dia tipu aku dan dia nak buat aku cemburu. Sakit hati aku waktu tu seolah ada kaca yang tertusuk di hati.
Aku buat solat hajat, minta dengan Tuhan semoga aku dapat lupakan dia. Allah dengar doa aku. Aku mula renggangkan hubungan kami.
Tapi di saat aku sedang menjauh, dia kembali lagi untuk mengambil hati aku balik dan cuba berbaik dengan aku.
Waktu itu dah tak guna, Isey, sebab hati aku telah tawar sepenuhnya untuk kau dan takkan terbuka lagi pintu hati aku untuk kau. Hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu itu.
Hubungan kami semakin sunyi dan aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja situ.
Dan dalam masa yang sama, dia buat benda yang sama seperti aku dan kami hantar surat resign tu serentak.
Dia pernah tanya aku, nak pergi mana lepas berhenti. Aku tak jawab satu patah perkataan pun waktu itu dan aku hanya diam dan tersenyum.
Sebelum kami berhenti, aku ada sediakan satu kotak cinta untuk dia baca isi luahan hati aku tentang dia dan aku ada tinggalkan mesej: “Selepas selesai membaca, carilah aku.”
Tapi sampai sekarang aku masih menunggu dia cari aku. Tapi aku hanya mimpi dan dia takkan pernah cari aku. Mungkin dia dah bahagia dengan pilihan dia.
Ya Allah, jika dia untukku, temukan kami pada hati yang tepat. Dan aku doakan semoga suatu saat nanti kami ditemukan semula dalam versi yang baharu.
Untuk Isey, kalau kau baca luahan ini, aku nak kau tahu, aku masih sayangkan kau dan masih menunggu kepulangan kau. Setahun sudah kami dipisahkan oleh cita-cita masing-masing.
Doakan aku semoga terus sukses dalam bidang yang aku pilih dan semoga kau bahagia.. Aku sayang kau.
– Ilaa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit