Assalamualaikum semua, nama aku Pika dan telah pun berkahwin beberapa tahun yang lalu dan belum lagi mempunyai cahaya mata. Di sini aku nak meluahkan rasa benci dan meluat kat keluarga belah suami aku.
Untuk pengetahuan semua, suami aku mempunyai 7 orang adik beradik dan semua lelaki. Mak mertua aku dah pencen dan menjadi baby sitter cucu dia iaitu anak along, manakala pak mertua masih berkerja.
Aku dan suami masih lagi menetap dengan keluarga belah aku dan belah suami sementara menunggu rumah kitorang siap.
Aku terlalu benci dengan keluarga belah suami aku, kerana mereka kerap mengambil kesempatan dalam bab kewangan dengan suami aku. Untuk pengetahuan semua suami aku berkerja sebagai seorang pegawai di dalam sektor kerajaan. Dan aku beke
rja di dalam sektor swasta gaji aku boleh dikatakan stabil. Lagipun kami tiada anak so kami tak de lah banyak komitmen. Di situ lah mereka mengambil kesempatan.
Semasa adik suami nak kahwin, pak mertua kerap pinjam wang suami.
Yang aku sakit hati sangat masa birthday suami aku mereka tak de nak celebrate langsung. Tiada cake langsung daripada mereka. Tetapi mereka request suami untuk belanja sebab jika kitorang belanja makan, pasti makanan yang mewah.
Bukan nak berkira tetapi nampak tak adil kerana semasa birthday adik suami ada pulak mereka belikan cake. Nampak di sana ketidakadilan mereka terhadap suami.
Baru-baru ni family belah suami adakan rumah terbuka atas kehendak mak mertua, yang aku geram sangat pak mertua pinjam duit suami tanpa pengetahuan aku. Sapa tak marah.
Kalau dia nak adakan rumah terbuka jangan lah nak menyusahkan orang. Kitorang pun ada commitment nak di bayar. Yang aku heran pak mertua kerap pinjam wang kat suami aku jer, kat adik beradik suami yang lain tak ada lah pulak. Menyampah betul!
Yang paling buat aku burn out ialah mak mertua aku, ialah dia ni terlalu kuat control anak dan menantu dia. Nak pergi belayar pun dia nak ikut.
Jika mak mertua tak ikut, dia akan kirim macam-macam untuk spoil kan holiday kami seperti tahun lepas,
Aku dan suami pergi bercuti ke luar negeri, mak mertua kerap call suami dan dia kirim macam-macam sampai aku dan suami bergaduh besar. Spoil betul beli ticket mahal-mahal tapi holiday spoil gara-gara mak mertua.
Bukan tu je yang aku tak suka dengan mak mertua aku ni. Yang aku ingat sampai mati ialah, mak mertua paksa aku untuk apply kerja gomen depan semua orang semasa beraya. Korang tahu apa aku rasa waktu tu? Malu dan sakit hati. Hina sangat ke kerja swasta?.
Bukan sahaja mak mertua malu kan aku, tetapi dia seorang yang suka paksa orang, family belah aku raya ni tak de mood nak ada kan rumah terbuka kerana mak kitorang baru je meninggal. Tak kan lah kitorang begembira buat rumah terbuka.
Tetapi mak mertua jenis tak faham langsung dan jenis memaksa nak datang ke rumah family aku. Kitorang bukan tak nak jemput tetapi mak mertua sepatutnya faham mak kitorang baru je meninggal faham lah perasaan kitorang.
Ni jadikan isu pulak depan orang ramai siapa juga tak makan hati dengan perangai mak mertua.
Untuk pengetahuan korang mak mertua aku ni suka sangat datang rumah terbuka makan free kan. Semasa adik mak mertua aku tak buat rumah terbuka jadi isu bagi mak mertua aku, dan mak mertua akan cakap yang adik dia ni lebih kan belah isteri dia jer.
Mak mertua aku ni juga jenis yang pilih kasih, masa kitorang berbuka puasa kat rumah mertua, dia banyak bercakap dengan biras aku, dia buat aku tak de jer. Siapa pulak tak sakit hati kena buat macam tu.
Orang lain gembira setiap hari raya tapi aku stress, sebab banyak masa dengan keluarga suami. Mana lagi terlalu banyak majlis, dan mak mertua jenis paksa mesti ikut beraya kat rumah kawan dia. Kalau tak dia akan ambil hati. Siapa jugak yang tak stress.
Ye lah raya sebulan tapi nak jugak rehat. Lagi pun aku berkerja. Perlukan rehat yang cukup. Kalau tak stress memanjang lah aku.
Dengan perangai keluarga suami aku macam tu aku try untuk jauhkan diri dengan mereka untuk mengelak kan sakit hati.
Dulu giliran tinggal kat rumah keluarga suami 3 hari seminggu kini aku hanya datang kat rumah mak mertua cuma 1 hari je seminggu tu pun aku dalam bilik je tak keluar-keluar sebab tak nak stress kan diri.
Kadang2 aku berdoa supaya mak mertua aku meninggal tahun ini. Aku tak tahan dengan perangai dia. Mental aku sakit sangat dengan keluarga belah suami.
Kini aku percaya dengan perkataan ni “keluarga isteri lah yang banyak membantu berbanding keluarga belah suami yang hanya merosak kan mental”
Terima kasih semua sudi membaca kisah aku ni. Korang doakan aku di perluaskan rezeki dan dipanjang kan jodoh dengan suami. Sekian. Komen baik buruk akan di terima dengan hati terbuka.
– Pika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ko ni kuat membawang, ni lebih ko sendiri yg memang sakit hati kt famili mentua ko, klu boleh laki ko tu tk boleh tolong ckit pun mentua ko tu, hati ko ni busuk lo… ko kena faham, bila kawin, ko kawin sekali dgn famili dia, so faham2 jela, jgn buat bodo pulak..
Apa salahnya laki kau tolong family dia. Memang la ayah mertua kau masih bekerja dan mampu tanggung mak mertua kau tapi sebagai anak, laki kau kena la tolong apa yang patut. Kau ni terlalu berdendam dengan keluarga belah suami sebab tu semua benda nampak salah kat mata kau. ntah mana2 lah kau dapat pepatah “keluarga isteri lah yang banyak membantu berbanding keluarga belah suami yang hanya merosak kan mental”. Takde kena mengena. Normal la kalau isteri cemburu atau terasa hati kalau suami banyak habiskan masa dan duit untuk keluarga dia tapi jangan la sampai berdendam. Kalau kau anggap keluarga suam sama macam keluarga sendiri, kau takkan cakap benda macam ni. Tak perlu sampai doakan mak mertua meniggal cepat. Hancur hati suami kalau tau selama ni isteri perangai macam ni
Sekali baca nampak macam kau pula yg toksiknya. Entah la . Overthinking je tu. Chill2 je sudah la kalau nak bahagia
Kalau kau nak orang doakan jodoh kau panjang dengan suami, kau kena banyak buat perubahan dalam diri kau kak. Suami dah setelkan semua cukup bab nafkah, tak perlu ambil tahu apa yang dia nak buat dengan duit dia. Dia nak simpan ke nak derma kat family ke kawan ke hatta nak berhabis untuk hobi pun, tak perlu jadi isu. Dia pun tak mengeluh soal family dia dan duk habiskan untuk family dia kan. Kalaupun suami tu mengeluh kat kau, tak perlu pun buat confession, takat jadi pendengar cukuplah. Kau pun kerja kan, apa kata kau pun belanjakan juga hasil gaji tu kat family kau. Kau duk bising mertua asyik call laki sampai mengganggu ketenteraman kau, tapi bila mertua tak borak sembang dengan kau, kau pulak sakit hati. Kau nak apa sebenarnya??? Kalau dah syiokk sangat dengan kerja sekarang, tak perlu nak koyak apa yang orang lain komplen. Haa lagi satu, kalau dah rasa penat tak larat nak join beraya, bagitau suami untuk kecualikan kau sorang, dan suami pun boleh teruskan layan mak dia. Belajarlah jadi isteri yang menenangkan dan tak buat suami tu rasa serba salah.