Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak kongsi kisah tentang family aku.
Abah aku ni dari zaman muda dia memang suka mencuba meniaga tapi tak ada rezeki. Umi aku cakap dari diorang kenal, berkahwin dan ada anak abah aku ada sikit-sikit cuba meniaga sendiri tapi hasilnya setakat dapat kutip balik modal dan berhenti.
Umi aku selalu cakap yang abah ni sebenarnya boleh je pergi jauh meniaga tu. Tapi abah ni umi cakap dia senang dan mudah dengar cakap orang. Saudara mara, kawan, atuk dan nenek aku. Senang cerita semua selalu bagi pandangan yang negatif.
Salah satunya yang aku selalu dengar “Rugi nanti, bankrupt nak makan apa kau satu keluarga? Minta sedekah” itu salah satunya dan banyak lagi.
Macam kalau along datang nanti habis malu keluarga padahal abah aku selama ni meniaga tak pernah pinjam. Semua guna duit hasil sendiri dan umi yang tambah sedikit.
Umi aku selalu cakap “abang jangan dengar sangat, kalau nak meniaga abang buat teruskan istiqamah, doa”
Tapi bila macam next step ada macam risiko yang tinggi dengan pakcik makcik aku, kawan dia dan atuk aku semua jadi abah aku macam takut dan akhirnya dia cuma recover balik modal dan stop.
Bukan sekali dua tapi banyak kali. Tapi ada sekali ni abah aku nak meniaga lagi sekali. Kali ni abah cakap dia yakin dan akan usaha sebaik mungkin sebab dia dah ada kiranya macam clear path nak ambil yang mana satu.
Kalau sebelum ni umi aku setakat bagi dorongan moral dan duit. Tapi kali ni sebab abah ajak sekali umi pun join sekali, umi siap berhenti kerja.
Tapi umi aku selalu dah bagi salah satu syarat. Umi cakap dia tak ada masalah untuk combine effort meniaga mula dari bawah tapi dia nak untuk tempoh minimum 3 tahun. Abah aku minimum kan number contact dengan adik beradik dia, atuk dan nenek aku serta kawan baik dia.
Umi aku sendiri cakap ini Ultimatum. Dia taknak ada distraction, ada teragak-agak dan takut sebab ada influence dari luar.
Fikir punya fikir ayah aku setuju dia pun cakap 3 tahun cukup. Sepanjang 3 tahun tu umi aku cakap jangan kasitahu sesiapa dia meniaga apa, dekat mana dan buat apa.
Cukup hanya kami satu keluarga tahu. Setiap kali abah aku kalau macam nak terlepas cakap kami ni dengan umi tolong coverkan.
Senang cerita selama tempoh 3 tahun. Umi dengan abah memang all out. Dari habis banyak bergadai, dari ke sana ke mari, buat pinjaman bank dengan sehari tu berapa jam sahaja tidur.
Tahun pertama dah double balik modal, tahun ke dua dah boleh beli beberapa kenderaan untuk company sendiri dan hutang bank pun dah perlahan-lahan bayar.
Masuk tahun ke tiga kira dah stabil. Dari pekerja atasan sampai bawah dan setiap structure tu walaupun tak ramai dah tersusun rapi.
Sepanjang 3 tahun tu abah aku banyak kali ‘takut dan nak give up’ umi aku push juga. Abah nak tanya pendapat keluarga dia umi aku cakap tak payah. Kalau bankrupt yang tanggung kita bukan diorang.
Bila dah masuk tahun ke-4 baru pakcik makcik aku dengan saudara mara lain dapat tahu berita itu pun sebab artikel surat khabar.
Waktu ni semua puji cakap “aku dari dulu tahu budak seman ni pandai meniaga” kalau dulu “keluarga kita mana ada orang meniaga rugi, bankrupt merempat kau nanti”. Tahun 2025 ni Alhamdulilah dah cecah 10 tahun family business kami.
Sejujurnya tempoh 3 tahun pertama tu paling penting sebab benda waktu tu lah fundamental untuk usaha umi dan abah.
Kalau sebelum ni belum sempat bina asas dia bermacam kata-kata yang ayah akan gagal. Itu tak termasuk atuk aku sendiri tak habis-habis ulang bankrupt, bankrupt dan rugi. Tak pernah cakap “baguslah kau nak cuba meniaga, itu kan Sunnah Rasulullah”.
Umi aku selalu bagitahu kami yang kata-kata tu adalah doa jadi berkata benda yang baik insya-Allah dapat hasil yang baik. Bila dah abah dan umi aku berjaya tiba-tiba semua cakap kata-kata diorang tu sebenarnya taknak abah aku give up.
Dulu aku pernah pergi satu forum discussion dan ada sorang business man berbangsa cina dia cakap yang dulu dia nak meniaga asyik gagal, buat ini gagal, buat yang itu gagal tapi bila dia dah ‘cut off’ hubungan dengan keluarga dia. Semua berjalan lancar, dia cuma perlu fokus bini dia dan anak.
Masa ni dia macam sedar kebanyakkan keluarga kita ni sebenarnya lebih suka kita gagal dari berjaya. Tak kira baik macam mana sekali sedikit sebanyak ada perasaan cemburu dan takut yang lain tu lebih dari dia.
Sebab itu semua reaksi dari orang terdekat negatif bila dia dah potong semua benda tu baru muncul positif nya.
– Muaz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit