Hilang Tiba-tiba

Aku kenal seorang lelaki ni dari apps L*, aku gelarkan dia sebagai Aiman (bukan nama sebenar). Macam biasa, apps tu boleh call, chat, dan up status lebih kurang macam WeChat.

Kami kenal sejak lepas Raya tahun 2023, kalau tak silap. Dari situ, kami hari-hari chat, walaupun dia selalu balas lambat sebab waktu kerja kami tak sama. Masa tu, aku memang fokus chat dengan dia je.

Disebabkan apps tu hanya bagi notifikasi bila kita buka, Aiman ajak tukar Instagram.

Mula-mula aku tak nak sebab takut dia suami orang atau tunang orang, tapi dia meyakinkan aku yang dia takde siapa-siapa. Sampai satu tahap, dia cakap:

“Stalk puas-puas kang cakap I suami orang pula.”

Dari situ, aku pun mula percaya dan setuju tukar IG. Kami makin rapat. Aku selalu dengar luahan hati dia, kadang aku sakat dia, dia pun sama.

Lama-lama Aiman ajak on-call. Tapi masa ni kami masih belum tukar nombor telefon sebab aku risau takut dia scammer ke apa ke. Hahaha.

Masa kami call tu, banyak cerita yang dikongsi. Mostly Aiman yang bercerita, aku lebih kepada mendengar sebab aku memang suka jadi pendengar. Dan dia pandai bagi kata kata semangat.

Yang buat aku respect kat Aiman ni dia sangat memahami dan baik. Tak macam typical orang dari apps yang nakal-nakal tu. Dia hormat perempuan. Serius.

Hari berganti hari, kami start jarang chat sebab katanya IG dia tak keluar notifikasi. So dia minta nombor telefon. Aku masih tak bagi.

Tapi bila nampak dia macam down dan perlukan seseorang untuk bercakap, aku pun bagilah nombor aku. Dari situ kami chat kat WhatsApp pulak. Setiap hari, kadang call sampai pukul 4 pagi pun ada.

Tapi masuk 24 Julai 2023, kami makin jarang chat. Aiman cuma balas status aku, tu je. Makin lama makin dry.

Dan akhirnya, 1 November, dia hilang terus. Aku rasa sebab dia dah recruit kot. Langsung tak contact, aku pun siapa je kan nak dia cari. Hahaha.

Lepas tu kami dah tak follow IG masing-masing, dan aku pun deactivate apps tu.

Ada sekali dua je dia balas status, tapi semua dry je macam strangers. Masuk tahun 2025 pun masih sama. Balas status, tapi dry. Even aku pernah je buat first chat tanya:

“Macam mana kehidupan sekarang, okay ke?”

Aku hantar waktu petang, tapi dia balas pukul 2 pagi dengan jawapan:

“So far good.”

Masa tu pulak aku nampak dia sempat buat status pukul 8 malam. Hahaha. Aku bukan nak kata aku hauskan perhatian dia, tapi aku dah terbiasa dengan kehadiran dia. Bila dia hilang macam tu je, aku tertanya-tanya aku ada buat salah ke?

Aku tak luah benda ni sebab cinta, tapi sebab aku rasa kehilangan seseorang. Mungkin dia dah ada girlfriend, tu yang buat dia jaga jarak. Tapi sepanjang kenal, dia tak pernah pun tunjuk dia ada sesiapa.

Aku ni jenis yang sangat hormat kalau kawan aku dah berpunya. Kalau aku tahu, memang aku akan jaga jarak. Tapi si Aiman ni langsung tak pernah hint pun.

Tapi takpelah, sekarang aku tengah usaha move on ceh macam bercinta pula. Dan mungkin lepas ni aku dah tak nak kenal sesiapa random dari apps. Cukup lah sekali.

Kalau korang nak bagi kata-kata semangat pun, aku terima je. Hehehe.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Berdasarkan pengalaman hidup saya ceyyyyy hahahaha… ni love bombing sis. Dia datang dengan tiba2, pergi pon dengan tiba2. Hanat kan? tapi itulah kenyataan. Dia buat kita rasa special. Layan kita mcm betul2 serious dgn kita tapi end up jadi stranger. Maybe niat awal dia mmg nak kan awak tapi bila dah kenal2 dia rasa diri terpaling hot item “kalau senang2 je aku boleh dapat hati dia ntah2 aku ada chance dengan perempuan lain yg lagi herlokk” selalu laki2 tak cukup otak mcm ni fikir mcm tu. once dia dah dapat ‘someone better’ dia akan tinggalkan you. Pernah tak dengar orang cakap ‘move on dari situationship lagi sakit dari relationship yg bertahun tahun’. Benda tu betul tau. Sakit dia lainnn macammmm. It takes time to heal tapi once dah betul2 healed kita akan nampak kebodohan diri sendiri. Nanti kalau bosan2 boleh ingat balik ‘kisah cinta’ ni pastu gelak sorang2 ye hahahahah

  2. Jantan rata2 musibat dekkk…dia love bombing kemudian menghilang.Org ckp test market.

    Lelaki lau btl nak kan seseorang dia ada usaha.Kdg usaha je tak cukup kena ada pembuktian.

    Percaya lah masa dia menghilang dan dry text tu..dia tgh ada wanita lain yg dia layan.

    One day dia dah sunyi balik atau nak something dia akan cari ko balik..untuk penuhi tangki ego dia..sbb dia tau tenti ko akan layan dia blk.

    Laki cmni percayalah dia akan menghilang balik….
    Sudah lah move on dik…know your worth..cinta2 syg2 ni mainan hati perasaan je..cuba keraskan hati ko

    • Setuju dengan Koala.

      Jangan nampak macam senang sangat nak dapat. Mahalkan diri tu kalau tak nanti senang laki2 tak guna mcm tu nak mainkan awak

  3. itula siapa suruh jadi hodoh, kan da kena ghosting. org lawa (mix) mcm i berderet jantan beratur. tggl pilih je nk flavour apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *