Ujian

Assalamualaikum semua. Aku Koala (bukan nama sebenar) dan umur aku 37 tahun. Terima kasih admin sebab siarkan.

Aku sudah berkahwin dan belum mempunyai zuriat. Aku ttc hampir 9 tahun. Tahun ni tahun kami suami isteri cuba ikhtiar dengan rawatan infertility.

Keputusan menunjukkan kami suami isteri berdua memang ada masalah. Alhamdulillah masalah yang masih boleh di selamatkan lagi iaitu, aku mengalami hormon yang tidak seimbang.. Dan suami aku pulak sperm yang terlalu rapat.

Dengan berpandukan nasihat doktor kami dah consume ubat yang telah diberikan dan aku sedang berusaha turunkan berat badan yang normal.

Selama 9 tahun perkahwinan kami cuba untuk ikhtiar dengan cara lain tapi masih tak de rezeki. Tahun ni Allah beri kami rezeki yang lebih dan boleh dapat rawatan di klinik swasta untuk membuat rawatan

Apa yang membuatkan aku rasa sedih dan cukup terkilan. Selepas membuat rawatan. Suami aku berubah sikap. Mungkin sebelum ni dia berpikiran masalah berpunca daripada dia.

Selama 9 tahun perkahwinan berpuluh kali pergi scan biasa di klinik dan hospital, Doc bagitahu rahim aku dalam keadaan baik dan sempurna.

Apabila aku membuat ujian darah keputusan menunjukkan hormon progesterone aku sangat rendah. Itu yang menyebabkan penempelan agak susah untuk berlaku.

Berbalik pada perangai suami aku, sekarang ni dah pandai usha video dan perempuan cantik D*** B***r di t**t*k.

Sebelum ni pernah tertangkap dekat “search history” dengan hanya nama2 perempuan. Tapi aku cuba bersangka baik. Mungkin tertekan sewaktu tengok video random dan fyp. Bila sekerap itu, aku tidak boleh lagi bersangka baik.

Sebelum balik daripada kerja, dia memang akan clearkan watch history. Sebab pernah terkantoi dio usha video perempuan2 di tiktok. Bila aku tegur yang tu Dia tak buat kejap. Sekarang ni, bila aku check balik handphone asyik naik nama perempuan2 di “search history“.

Alhamdulillah sekarang ni Allah bagi suami aku nikmat lebih dalam rezeki wang ringgit. Dia pemurah dalam menghulur dan tidak berkira. Segala nafkah zahir cukup sempurna.

Dengan parents dan family aku dia boleh memberi dan tak berkira. Cuma bila kuat dan pulun bekerja.. Tidak di nafikan dia culas dalam bab solat.

Berkali aku tegur, jangan lupa pada yang memberi kita nikmat. Apa yang ada sekarang ni bila2 masa Dia boleh tarik balik. Jangan terlalu leka.

Kekadang tu aku rindu pada 1, 2 tahun awal perkahwinan. Rindu solat berjemaah bersama2, membuat ta’lim selepas solat serta sama2 baca al-quran selepas solat.

Sekarang ni, bila Allah uji dengan sedikit “harta” sudah jauh suami aku “pergi”. Hari dia cuti kekadang dia pulun untuk OT.

Aktiviti masa awal perkahwinan macam dulu sudah takde lagi. Kekadang bila ada masa senggang dia habiskan dengan tidur dan makeup kan hartanya “kereta motor”.

Perkahwinan adalah ibadah terpanjang dan paling lama. Tiada lain melainkan niat perkahwinan untuk menyempurnakan sebahagian agama.

– Koala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *