Assalamualaikum. Aku, Farhana, bukan nama sebenar, si bujang yang telah berkahwin dengan duda anak 3.
Aku nak taip ni banyak, tapi aku ringkaskan dengan cerita yang aku nak tanya pendapat korang semua, macam mana cara yang betul nak handle janda tak faham bahasa ni.
Aku kahwin dengan suami aku selepas diorang cerai (maksudnya aku bukan penyondol ya).
Dan penceraian mereka ni Janda yang minta cerai dan banyak sumber yang kata dia kantoi curang. Lantak kat situ, saya malas nak tahu banyak.
Cuma sekarangnya, dia masih belum kahwin dan peranan dia ni dah macam langau.. annoying sebab masih tergedik dan terhegeh dekat husband aku.
Kadang² aku geram, sebab aku tahu husband aku ni memang penyayang orangnya tambah² hal anak²…
Si J ni memang tahu kelemahan suami aku ni jadi banyak benda yang dia idam²kan nak buat bersama, disampaikan melalui anak atau guna alasan anak. Antaranya:
1. Pernah dia gunakan anak² untuk sibuk ja nak join bila kami nak makan² kat luar, potong mood betul aku penat² balik keje,
Tiba² si anak cakap nak ajak mama, yang abinya dah serba salah, terus jawab, tanya ummi. Aku yang tengah bengang, terus buat tak tau ja dengan soalan anak , tau² dah smpai kedai.
2. Dia gunakan anak suruh anak² cakap nak p lost world of tambun dengan mama, abi dan ummi. Mula aku dengar dari mulut anak, aku biarkan ja sebab aku harap abinya boleh explain bagi anak faham, tup² 1 hari tu lepas subuh, abinya tanya aku, terus naik angin aku..
Aku kata patutnya as parent bolehlah explain elok² dekat anak, ada benda boleh terima, ada benda tak boleh.
Bagi aku, kalau nak berjalan sekali, memang aku tak nak, sebabnya dia belum berkahwin.. kang tak pasal² orang yang tak tahu n kenal diorang, kata aku penyondol atau madu dia.. sorry sikit.. ada batas² yang aku jaga. Jangan nak cross the limit.
3. Weh baru² ni aku menahan sabar weh tengah bulan puasa, tetiba dia mesej kata ajak bergambar sekali gambar raya kat studio dengan anak² sekali dengan suami.
Atas alasan katanya nanti cikgu sekolah akan minta untuk aktiviti. Aku tengah sibuk kat dapur mertua masa tu, bersabar supaya tak emosi.
Dalam hati memang menyumpah wei… Tapi aku rujuk ustaz juga. Adakah ustaz setuju dengan apa yang aku rasa.
Ustaz setuju dan ustaz cakap memang patut elak sebab tak nak jatuh fitnah. Satu sebab dia tak kahwin lagi, nanti cakap saya penyondol atau madu dia plak..
Cuma saya reply dekat dia cakap maaf tak dapat komit dan hal aktiviti sekolah tu saya cakap, saya pasti cikgu² sekolah dah tahu yang korang dah bercerai, dan kami akan bergambar juga masa raya nanti untuk family photo. Dia boleh proceed je dengan anak2..
Wei korang.. Aku tak tau la dia ni spesis yang terlalu open ka apa.. tapi memang pada aku, tak semua benda aku boleh terima bulat² kalau guna alasan anak.
Ye aku kesian tengok anak² yang terpaksa hadap kesan cerai mak ayah, tapi tak boleh juga nak langgar ja semua, sebab kita ada agama,ada benda yang kita buat boleh jatuh fitnah dan saya pun ada perasaan. Tak selamanya saya boleh telan ja.
Korang komen sikit macam mana cara nak handle orang macam ni.. jenis kadang aku rasa muka tebal dan tak malu pun ada.. Aku ni da selalu makan hati sampai da start makan ubat darah tinggi, sakit macam², plus bru ni keguguran.
Aku rasa letih dan penat nak hadap.. kadang² dia ni main psyco. Untuk sekarang, aku selalu doa semoga suami aku kuat dan jodoh kami panjang.. Aamiin..
Tolong la share dengan aku macam mana nak handle Janda macam ni dan kalau dia ada baca, tolong la faham, jangan ganggu hidup kami.
– Farhana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
yang penting suami kamu, jgn la pi setuju dgn idea2 janda dia kalau nk jumpa, atau biaq janda dia ja pi ngan anak2, kamu dan suami tkyah la ikut, ni la risiko klu kawin dgn duda ada anak kecik2 ni, sbb budak2 tak faham sebenarnya masalah2 camni
Apa yg awak rasa tu valid apalagi dia blm kawen. Kalaupun dia dh kawen tapi perangai melampau pun awak patut je nk rasa cemburu atau marah. Kunci sbnrnya ada pada suami awak. Dia yg patut main peranan explain kat anak apa yg boleh dan apa yg x boleh. Anak2 pasti akan faham kalau kita explain elok-elok. Kalau dah orang dewasa (si ex wife) tak faham bahasa kita educate la anak2 kita untuk faham keadaan. Dan yg paling penting laki awak kena tahu batas2 pergaulan antara family awak (terutamanya dia) dgn ex wife dia tu.
suruhla laki awak rujuk balik dgn J. awk pun boleh belajar hidup dgn harmoni dgn madu awak. xsalahkan nk besarkan family. win2 utk smue