Hi. Aku Jia, berumur lewat 30an dan sudah berkahwin.
Isu yang aku nak luahkan memang tak pernah aku ceritakan atau kongsi dengan sesiapa, sebabnya ia sangat private. Jadi aku memilih di sini, aku nak minta pendapat umum, mungkin ada yang seperti aku.
Aku pernah berkahwin sebelum ini semasa awal 20an, tetapi bercerai setelah dapat sepasang anak. Kami cerai sebab tak sehaluan bukan sebab orang ke 3. Ex aku pun dah kawin baru lebih awal dari aku.
5 tahun lepas bercerai aku berjodoh sekali lagi dengan duda. Suami aku sekarang seorang yang sangat baik bagi aku, kefahaman agamanya bagus, tanggungjawabnya bagus, keluarga baik semualah serba serbi bagus untuk aku. Kadang tu aku rasa aku tak deserve dia.
Tapi jodoh ketentuan Tuhan siapalah aku nak persoalkan. Kami pun dah ada anak seorang. Perkahwinan kami ni dah nak masuk tahun ke 5.
Masalah yang duk menganggu fikiran aku ni.. Ialah kami s*xless sejak aku mengandung anak kami.. Hampir 3 tahun sudah.. Sebelum tu ok je macam pasangan lain.
Tapi hubungan kami baik baik je, aku tetap sediakan makan minum, layan berbual, bergurau senda apa semua macam pasangan normal yang bahagia.
Dia pun baik dengan anak anak aku dari perkahwinan terdahulu. Nafkah zahir aku semua cukup. Aku jauh lebih bahagia dengan perkahwinan ni cuma isu ni jelah menganggu aku.
Aku pernah suarakan isu ni, sebab sejak aku pregnant memang takde dah dia ke arah ‘itu’.
Sebenarnya masa awal kahwin pun aku banyak mulakan dulu, mungkin sebab dari segi personaliti pun aku agak agresif berbanding dia yang lebih pendiam. Tapi entahlah ye, sejak aku pregnant, aku rasa dia macam tak berminat dah dengan aku.
Aku tanya dia kata memang dia macam tu dengan ex wife pun sama. Dia risau apa2 jadi kat kandungan. Tapi ni anak dah 2 tahun lebih, sama je keadaan nya.
Masalah aku pula, lepas melahirkan aku jadi segan.. Aku ada tanya dia macam mana nak selesai kan isu ni, dan dia cakap suruh aku yang mulakan. Aku tak tahulah kenapa aku tak boleh nak mulakan macam dulu. Aku down, segan sebab aku rasa aku tak propotionate.
Aku tak gemuk cuma sejak czer ni aku rasa aku hodoh betul. Perut buncit ada parut. Aku berharap juga untuk dia mulakan sesekali. Tapi entahlah.
Kami ni walaupun dah kahwin, umur pun tak muda, salin baju tetap tak buat depan masing2, tutup pintu atau pergi bilik lain. Tak tau macam nak cakap kot lah korang tak dapat imagine keadaan tu.
Normal ke macam ni? S*xless marriage? Kami ada bergurau pasal ni, kita macam nilah sampai tua.. Dia pun ikut gelak juga.
Nak kata dia curang, dia banyak masa kat rumah (kerja sendiri) telefon dia password semua aku tahu. Dia letak merata je.. Depan dia aku ambil buka pun dia buat tak tahu je.
Ada ke yang macam aku? Bahagia bersama, aku bersyukur dihadirkan suami baik, cuma kadangkala bila jam biologi berdetik, aku hanya mampu berdoa dihilangkan rasa keinginan tu.
Aku sangat sayangkan dia dan aku rasa dia pun sayangkan aku.. Cuma normal kah perasaan ingin bersama tu tak ada dalam diri seorang suami?
Btw aku tahu dia bukan mati pucuk, dia aktif bersukan dan tak gendut. Umur pun muda dari aku 3 tahun. Penyakit pun alhamdulillah tak ada.
Bolehkah aku bertahan tanpa ‘batin’ sampai aku menopous? Itu doa aku. Matikanlah nafsu aku selain kepada dengan suami aku saja. Mungkin inilah ujian rumah tangga aku kali ini.
– Jia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit