Wajarkah Ku Terima Lagi?

Assalammualaikum. Saya diambang penceraian dimana saya merasa kan kasih sayang antara saya dan suami tiada lagi. Berbeza dengan perasaan suami yang masih bersungguh untuk mempertahankan rumah tangga ini.

Saya berkahwin 4 tahun dan menetap dengan mertua. Suami berkahwin dgn saya waktu PKP, suami tiada kerja maka nya saya memahami untuk tinggal dirumah mertua sehingga dia stabil.

Semua baru untuk saya, dari segi uruskan hal rumah dan membiasakan diri dalam keluarga yang berbeza latar belakang.

Suami sangat manja dgn ibu mertua jadi saya tak tidak berkira bagaimana dia ingin laksanakan tanggungjawab dan berbakti terhadap keluarganya sendiri.

Hidup dengan mertua sangat berbeza, biasa la orang tua ada sahaja pantang larang dan adab-adab orang lama-lama yang harus kita ikuti/teladani.

Tapi sampaikan saya tidur belah kanan atau kiri suami jugak mengikut cara nya sendiri. Apatah lagi berkaitan zuriat yang dinantikan, saya berurut rahim 3 kali dan lakukan saingan kesuburan 2 kali demi menjawab tanda tanya ibu mertua.

Anaknya yang merokok dan tidak menjaga pemakanan untuk kesuburan langsung tidak dia endah, semua pressure dibebankan pada saya seorang.

Saya semakin rasa berbezaan ini mengundang ketidak harmonian dalam keluarga, saya tuntut hak untuk keluar demi menjaga hati sendiri.

Tetapi hal ini tidak pernah didengari, lebihan lagi jadi punca pergaduhan besar sehingga suami tanpa sengaja bertindak luar kawalan yang mampu mengancam saya.

Setiap kali ini berlaku, suami berlembut hati datang memohon maaf dan berikan pelbagai jenis material thing untuk tebus, katanya ingin jadi the best provider buat keluarga kami. Walaupun emosi saya tercalar, saya ubati luka itu sendiri.

Berkali rasa ingin melarikan diri, tatkala urusan keluarga saya, suami sendiri tak ambil port, saya selalu muncul dalam urusan keluarga sendiri seorang diri, bagaikan tidak bersuami lagi.

Manakala urusan keluarganya mesti dititik beratkan, bagaikan urusan keluarga kesultanan. Saya sering berkecil hati, suami tetap tak memahami jika saya utarakan perasan kecil ini. Yang pasti katanya, isteri dah bersuami harus ikut rentak suami.

Selang bertahun, saya mohon untuk hidup berumah tangga sendiri, tetapi kejadian tak diduga mendatang, ibu mertua jatuh sakit yang kritikal, jadi saya harus berdamai dengan keadaan.

Suami mohon untuk terus ada untuk menjaga ibu mertua. Saya sungguh kecewa rasa bagaikan ditipu disebalik perkahwinan ini kerana diaturkan menetap tanpa memberitahu sebelum berkahwin, berbincang dan mendengar pendapat saya.

Manakala sekarang, tiada lagi sebab untuk menetap sendirian atas faktor kesihatan ibu mertua.

Impian mendirikan rumah tangga sendiri, bina keluarga sama-sama tidak lagi dalam fikirannya. Yang dia mahukan saya hidup dalam keluarga nya yang dia dah selesa atas segalanya.

Ibu mertua mengahwinkan dia dengan kata untuk mematangkan semua tetapi dia tidak mahu melepaskan anak nya hidup berdikari. Malah mengatakan anak nya harus terus tinggal disini kerana amanah ayahnya.

Suami memang belum cukup matang dalam hal kehidupan kerana dia tidak mampu memikirkan perihal rumah

– Bil elektrik air, tak ambil endah keadaan rumah yang perlukan repair atau maintenance, tidak ringan tulang untuk membantu dalam house chores, tiada kerjasama dalam menyediakan barang barang dapur rumah.

Bekerja sebagai konkrator sangat berat dimata ibu nya, sedangkan hanya isteri mengetahui setiap gerak geri suami.

Masih bergantung pada kedua ibu bapa, bagi saya dia belum cukup matang, tapi tidak saya salahkan dia sepenuhnya. Keadaan yang ibu bapa dia sediakan terlalu sempurna yang membuat dia masih terlalu bergantung pada mereka.

Saya tidak lah meminta emas dan permata untuk mencari kebahagiaan, hanya inginkan bahagia dalam keluarga kecil dalam hidup yang sederhana.

Tidak mampu bertahan lagi saya sering bertengkar dgn suami, saya ambil langkah keluar. Demi mencari diri saya yang hilang berkorban buat suami dan keluarga tercintanya, tapi satu persatu Allah tunjukkan diri mertua dan keluarga sebenar terhadap saya.

Suami saya tersempit kerana bakti dan amanah, ibu nya melabelkan dia sebagai anak derhaka jika benar dia ingin keluar dari rumah tersebut dan telah pun dia membuang saya dari hidupnya kerana bertindak meninggalkan rumah itu dengan mengejut.

Saya korbankan masa, tenaga, emosi demi memenuhi permintaan dan sentiasa hulurkan bantuan dalam urusan keluarga, walaupun saya tidak sempurna dalam melaksanakan tanggungjawab dipihak anaknya, tetap saya lakukan yang terbaik semampu saya.

Tetapi dengan hinaan dan cemuhan atas keluarga saya, adakah wajar lagi saya teruskan berkeluarga dengan keluarga suami saya?

Wajarkah saya teruskan?

– Ihsan tidak sempurna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dik, jgn byk fikir, bila rasa x bahagia, keluar dan tuntut cerai, awak mampu bahagia tanpa keluarga toksik itu….fikir saja tanpa bertindak, x ada kesudahan.kasih syg berbeza dgn kebodohan..

  2. Dik, jgn byk fikir, bila rasa x bahagia, keluar dan tuntut cerai, awak mampu bahagia tanpa keluarga toksik itu….fikir saja tanpa bertindak,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *