Saya menulis ini dengan penuh sarat dan berat. Inipun setelah dapat keizinan. Kisahnya sangat elok dikongsikan, untuk dijadikan pengajaran, walaupun saya sendiri tak tahu dari mana hendak bermula sebenarnya. Terlalu banyak untuk saya proses melalui kisah beliau.
“Saya selalu in control bila access cerita begini, tapi yang ini agak keterlaluan.” Saya kongsikan cerita ini, semoga jadi panduan dan peringatan untuk kita semua.
Buat para wanita, berhati-hatilah apabila memilih sahabat, pasangan atau kawan yang dikenali dalam talian media sosial. Buat para suami yang sudah berkeluarga, jangan jadikan alasan bekerja jauh daripada keluarga dan mencari wanita lain sebagai tempat mengisi kekosongan hati dalam masa yang sama memanipulasi perasaan wanita lain untuk kepentingan diri dan keluarga.
Sebelum ini saya mengenali Dia dalam urusan rasmi dan tidak menyangka Dia dirujuk sebagai klien saya.
Kes ini bermula apabila dia berkenalan dengan seorang lelaki di dalam talian wechat sejak tahun 2020. Dimulai dengan kawan biasa, sering berhubung, berkongsi cerita dan masalah. Akhirnya membibitkan perasaan luar biasa. Apa tah lagi perhubungan ini berlanjutan sehingga tahun Jan 2025. Dari si Lelaki bertugas di perantauan sehinggalah kembali bertugas ke negeri sendiri.
Perbualan biasa, bertukar kepada berkongsi cerita kehidupan, masalah diri dan hubungan yang lama terjalin bagi telah menimbulkan perasaan cinta sebab wujud keselesaan, kenyamanan dan kepercayaan. Terlalu panjang untuk dikongsikan semuanya tentang apa yang dibualkan. Terlalu privasi.
Yang saya faham si lelaki daripada cerita Si Dia dan bukti arkib chatting , si lelaki ada ciri-ciri Narsistik. Licik dan sangat berhati-hati. Si Dia yang naif ini tidak pernah tahu dia selama ini berhadapan dengan seorang Narsistik . Si Dia dimanipulasi dan dipergunakan oleh si Lelaki secara eksploitasi emosi dan indirect solicitation untuk merai simpati.
Kenapa saya berkata begitu?
1. Awal perkenalan si Lelaki tidak jujur dengan status perkahwinan, maklumat tentang diri di awal perkenalan pun banyak tipu.
2. Memandangka si Dia seorang wanita yang naif, Si Lelaki tahu kelemahan Si Dia. Dalam tempoh 2020-2025 si Lelaki tidak dengan ikhlas menyatakan statusnya. Ada tapi tidak dengan cara yang betul-betul meyakinkan. Berselindung.
3. May 2024 si Lelaki balik ke Kampung, selama seminggu tiada khabar berita dan hanya online untuk ucap Selamat Hari Pekerja. Si Dia merasakan lelaki ni cukup misteri. Apabila kembali dari Kampung barulah perkara sebenar diketahui apabila si Dia bertanya dan mereka bertekak.
4. Tempoh yang lama berkenalan, wujud rasa sayang. Sudah wujud keterikatan emosi, cemistry dan saling memahami. Mereka meneruskan hubungan memandangkan lelaki tersebut tetap mau berhubung dengan si Dia sekadar kawan. Tapi lebih kepada Teman tapi mesra kerana lelaki ini sungguh pandai memainkan emoai si Dia.
5. Selama lelaki ni bertugas di perantauan, si Dia memang selalu berkongsi rezeki (makanan) dan memang anggap sebagai kawan. Tapi bagi saya sebenarnya sebab ada rasa suka dan sayang.
6. Sehinggalah si Lelaki berpindah ke negeri asal, mereka masih berhubung dan memang bertambah akrab walaupun pjj dan si lelaki lebih terbuka sering berkongsi masalah dan begitulah sebaliknya.
7. Saya bertanya sering berjumpakah dengan si lelaki secara bersemuka. Si Dia menyatakan tidak. Hanya berjumpa masa berkongsi makanan dan 3 kali jumpa ditempat tertutup atas permintaan lelaki. Pernah tanya lelaki kenapa tak jumpa di restoran ramai orang, alasan tidak mahu jadi umpatan ditempat kerja si Lelaki. Tapi kebenaran si Lelaki bimbang ketahuan status sebenarnya dan bimbang si Dia tidak mahu berkawan lagi.
8. Perjumpaan ditempat tertutup. 1. Dalam kereta waktu malam, perjumpaan 2. Bilik hotel di daerah xxyyzz semasa dia mau balik kg dan 3. Malam terakhir di hotel sebelum lelaki perpindah tugas balik ke negeri asal. Tidak melibatkan hubungan terlarang hanya lebih kepada berbual. Masa mahu balik kampung tu dia ajak Si Dia datang xxyyzz.
Sebenarnya Si lelaki macam ada niat ajak ke xxyyzz sebab mahu beli kasut sukan. Sengaja memancing emosi si Dia, tidak nyatakan minta beli tapi si Dia faham. Sebab dalam chat dan komen di status wechat si Lelaki selalu up status kasut sukan dan pernah cakap kalau ada yang mahu sponsor dengan si Dia.
9. Apabila berpindah ke negeri asal, bermula cerita lain. Si lelaki memaklumkan masalah gaji. Sejak daripada itu, Si Lelaki sering mengadu kurang duit, lapar, sakit perut dan banyak masalah. Kelihatan Si Lelaki ini sangat bijak dan penuh dengan strategi.
Dia memang tahu si Dia ada perasaan dengan dia, suka membantu dan empati. Melalui perkongsian kisah si Dia selama mereka kenal sejak tahun 2020. Si Lelaki sangat tahu dan kenal siapa si Dia.
a) Di tempat kerja baru, si Lelaki tidak ada rumah, tiada kenderaan kerana kenderaan ada di kampung. Sering mengadu sakit perut, lapar. Bila ditanya, si Lelaki hny mkn satu kali dalam sehari pada waktu pagi sahaja. Si Dia tahu si lelaki sebenarnya tiada duit. Dia transfer duit sebab simpati dan bimbang si Lelaki jatuh sakit kalau kerap tidur dalam.leadaan perut kosong.
b) Si Lelaki mengadu baju uniform sudah lesu, di negeri ni amat ketat peraturan berbanding ditempat kerja lama. Lelaki dapat bekalan baju baru tapi perlu diubah-suai, lelaki mengadu tiada duit, si Dia transfer untuk kos ubah suai baju uniform.
c) Si Lelaki sering mengadu panas dan sering digigit nyamuk dan tidak dapat tidur malam. Mahu beli kipas bajet tidak cukup. Memang tidak meminta tapi kalau sering mengadu sebagai orang yang rapat dan empati Si Dia faham yang lelaki ada niat untuk minta bantuan tapi malu.
Untuk jaga maruah si Lelaki si Dia cakap tolong carikan saya runner di K untuk beli kipas. Akhirnya si Lelaki cakap tidak perlu runner dia boleh beli sendiri. Duit pun di Transfer. Cuma kesian, si Dia dimaklumkan oleh Si Lelaki ni duit tersebut hilang dalam akaun kena scammer.
d) Dalam masa yang sama si Lelaki mengadu dia tidak dapat tidur malam sebab sakit gigi. Si Dia transfer duit untuk cabut gigi. Sayang duit tersebut sekali lagi kena scammer.
e) Si Lelaki mengadu perlu kerja diluar kawasan, tidak sempat cabut gigi dan perlu duit untuk beli keperluan dapur. Si Dia transfer duit sebab tahu si Lelaki memang tidak berduit.
f) Kerja di luar kawasan, balik semula ke bandar, ada tragedi di tempat kerja dan perlu beli peralatan dapur baru semulabdan beli ubat tahan sakit gigi. Si Dia transfer duit sebab faham si Lelaki memang tidak berduit. Sebab dia baru berpindah tempat kerja. Banyak kos diperlukan dan masalah gaji.
g) Berbalik Isu kasut sukan yang tergantung dari tahun lalu, si Dia tunaikan dan memang tidak diminta tetapi sebelum ini si lelaki memang mahu dan meminta secara halus dengan bermain psikologi. Up status dan kalau ada yang sponsor.
h) Seterusnya, Si lelaki perlu berpindah ditempat penempatan sebenar, dan dia memerlukan duit untuk hantar kenderaan naik kontena dari kampung ke tempat kerja. Si Lelaki meminjam RM1k. Si Dia pinjamkan sebab kesian nanti si lelaki perlukan motor untuk bertugas.
i) Di tempat kerja si Lelaki menumpang rumah kawan, Si Dia bantu dia beli belanja dapur, bantal beli secara online dan dijadikan cerita motor si Lelaki rosak, dan si Dia keluarkan duit untuk baik pulih motor. Si Dia pernah bertanya kalau dia tidak tolong, ada sesiapakah yang boleh tolong lelaki ini. Kawan, keluarga atau isteri.
Lelaki tu jawab tiada siapa. Itu sebab dia suka berkongsi cerita dengan si Dia sebab dia tiada sesiapa dan dia rasa selesa dengan si Dia. Memang selesa sebab si Dia akan selesaikan semua masalah si Lelaki. Saya pun tertanya-tanya apa fungsi isteri si lelaki ini. Isteri sepatutnya membantu suami yang susah sebab saya difahamkan si isteri bekerja dan bergaji besar.
j) Si Lelaki ada masalah rumah dan sekali lagi berpindah ke rumah kawan lain dan untuk masuk rumah kerajaan mereka (Si lelaki dan kawan-kawan) berkongsi untuk bayaran sambung elektrik dan air. Si Dia transfer duit sebab tidak suka si lelaki sering mengadu dan dia tidak sampai hati kalau lelaki tersebut tiada tempat tinggal memandangkan Si Lelaki baru bertugas ditempat baharu.
k) Si lelaki mengadu kawan di tempat kerja lama sms tagih hutang dan dan bercakap bukan-bukan. Dalam keadaan sedih, sebab si Dia memang sayangkan Si Lelaki, dia transfer duit untuk bayarkan hutang tersebut. Mana isteri lelaki ni, kenapa bukan dia jadi tempat dia berkongsi masalah dan minta bantuan.
l) Seiring berjalannya waktu, lelaki ni meminta bantuan untuk baik pulih kereta di kampung, sebab dia tidak tahan naik bas dari daerah tempat bekerja ke kampung. Atas alasan jimat masa dan dia perlu balik untuk melihat ibunya yang sakit dan kakak kandung Si lelaki tersebut juga sakit.
Si Lelaki mengadu Ibunya terpaksa membantu kaka kandungnya menjaga anak buahnya yang masih kecil. Tapi ada plot twice sebenarnya. Sebenarnya ibunya perlu menjaga anak si Lelaki yang umur kurang setahun.
m) Si Lelaki sekali lagi mengadu duit gaji hilang, dompet tertinggal di atas motor, tapi Si Dia sudah kurang memberi kali ini, sebab bagi si Dia Si lelaki mesti berterus terang dengan isterinya untuk meminta bantuan kewangan.
Sebab tidak sampai hati, bila lelaki mengadu lapar belum makan masa bekerja, si Dia akan tempahkan makanan daripada Food Panda, bukan untuk seorang tetapi 2 orang untuk si lelaki dan rakan sekerja. Tempah foodpanda online, maksud saya dari Negeri A si Dia tempah food panda utk si Lelaki di Negeri B.
n) Kali terakhir si lelaki meminjam duit untuk kegunaan keluarga alasan keperluan untuk abangnya di asrama. Sebelum berlaku sesuatu pergaduhan.
Si Dia merasakan lelaki ini red flag. Memandangkan si lelaki pernah bercakap boleh jumpa datanglah ke abcd nanti saya datang dari hijk. Si Dia beli tiket flight ke abcd dengan makluman awal sebulan. Si Lelaki dalam tempoh sebulan membuat bermacam-macam alasan.
Tibalah waktunya, si Lelaki suruh si Dia datang dr abcd ke hijk. Tetapi si Dia tidak mahu. Sebab dia tahu, kalau ke hijk maksudnya perjumpaan hanya dalam hotel sahaja dan si Dia merasakan sebenarnya si lelaki ini selama mereka berkawan hanya mempergunakan dia untuk masalah kewangan.
Si Dia undur diri dan maklumkan lelaki tersebut dia nampak lelaki tersebut sebenarnya hanya mempermainkan perasaannya sahaja dan mempergunakan dia. Kalau ikhlas, hanya anggap sebagai kawan dia tidak akan cipta alasan untuk berjumpa.
Alasan tidak boleh mohon cuti, hrmis tidak boleh buka, jadual kerja tidak boleh ditukar. Pada hal si Dia sudah membeli tiket dan menempah hotel. Jumpa di abcd maksudnya mudah dan hanya perlu jumpa di tempat terbuka dan apabila si dia cakap undur diri si lelaki dengan rasa rela hati dan tiada rasa bersalah. Untuk berpisah.
Hari sepatutnya si Dia ke abcd si Dia batalkan dan si Dia last minute pergi kursus. Semasa di, mungkin keadaan terlalu si Dia sedih dan emosi tidak stabil, Pakcik Si Dia perasan perubahan si Dia. Siasat punya siasat. Si pakcik telefon no whatsapp yang sering digunakan. Dan di dapati nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan.
Cuma si Dia ini agak bijak, dia telefon di tenpat kerja dimaklumkan anggota bercuti. Semasa menginap di hotel xxyyzz May 2024, mereka menginap dibilik yang berbeza. Si Dia telah merayu di kaunter hotel untuk memberikan nombor bimbit lelaki tersebut tanpa pengetahuan si lelaki. Si Lelaki ada dua nombor.
Si Dia terua membuat panggilan telefon nombor tersebut, memang dapat dan si Lelaki maklumkan dia bekerja. Pada hal sudah dimaklumkan di tempat bekerja anggota sedang bercuti balik ke kampung.
Bermula sesi edisi siasat, daripada keluarga terdekat. Rupanya lelaki tersebut banyak berbohong tetapi cerita tentang keluarga sakit dan masuk asrama memang betul.
Baru si Dia tahu, lelaki tersebut perlu balik ke kampung disebabkan isteri sarat mengandung. Si Dia baru terfikir selama ini lelaki tersebut mengadu tiada duit sebenarnya untuk memenuhi keperluan isteri dan bukan membantu keluarga yang susah.
Si Dia tidak marah, kalau lelaki ni berterus terang sebab si Dia tahu tanggungjawab seorang suami kepada isteri. Cuma lelaki ini tidak pernah jujur dan sering berbohong apabila memaklumkan masuk ke hutan berburu ikut kawan sebenarnya balik ke kampung. Isu duit yang balik-balik kena scam, hilang di akaun macam satu penipuan sebenarnya.
Disebabkan rasa tertipu si Dia berjaya dapat nombor hp isteri Si lelaki dan si Dia send semua transaksi bank dan maklumkan tentang kewujudannya dan meluahkan perasaan. Memang isteri lelaki ni tidak respon. Dan apabila dihubungi, ibu mertua kepada Si lelaki yang angkat telefon.
Sebagai orang lebih tua sepatutnya dia rasional dan matang. Tapi mengelak dan marah-marah. Cakap salah tempat, dan menuduh si Dia scammer dan ingin membuat laporan polis sebab membuat gangguan. Tapi si Dia ibu mertua si Lelaki menipu.
Si Lelaki dan si Dia bergaduh dan cuba untuk berdamai. Si Lelaki cakap dia menangis dan sedih dan si Dia sebenarnya ada trigger sebab trauma masa lampaun. Si Lelaki cadangkan berdamai dan hubungan seperti biasa. Anggap tiada apa yang berlaku.
Tetapi pakcik si Dia nampak itu sesuatu yang tidak baik. Pakcik si dia suruh cakap kalau teruskan hubungan lelaki tu memberikan harapan dan sanggupkah berpoligami. Lelaki tersebut maklumkan dia tidak mahu berpoligami. Jadi berdamai tidak perlu dan pihak isteri perlu dimaklumkan.
Pakcik si Dia mahu semua transaksi duit yang dikirim sama ada dipinjam atau diberi secara rela hati si lelaki kena ganti, termasuk duit tiket dan hotel yang telah hangus. Lelaki tersebut bersetuju memandangkan risau si Dia mengadu dengan majikan berserta bukti.
Tiba-tiba si Lelaki bercakap, dia akan bauar semua duit tu jadi si Dia jangan ganggu hidup Keluarga si Lelaki. Masa tu belum bayar pun duit si Dia. Si Lelaki dengan ego cakap dia bayarkan duit tu jadi jangan cakap dia menipu.
Lepas tu siap cakap lagi,
“Hei Kau perempuan sebab gara-gara kau aku bergaduh dengan isteri aku, selepas aku ganti duit kau, tolong jangan ganggu keluarga aku” yang ini ada rakaman, sebab pakcik Si dia suruh rekod. Si lelaki menafikan dia ada hubungan berkasih sayang dengan si Dia dan tidak pernah declare. Dia tidak pernah paksa atau acu pisau untuk pinjam duit dengan si Dia.
Memang betul. Tapi bagi saya sebagai status suami orang kalau kau tidak berniat kenapa mesti ada hubungan dengan wanita lain selain isteri yang sah. Hubungan bukan sebulan atau dua bulan. Makan masa bertahun. Sejak tahun 2020-2025. Mustahil tidak libatkan perasaan.
Kenapa mesti mahu berjumpa di hotel, dan si lelaki tahu apa yang dia lakukan dengan si Dia masa berjumpa. Kalau anggap kawan biasa, kenapa perlu ada msg muahhhh, love dan romantik dan melebihi batas seorang kawan. Bila pinjam duit manis ayat dan kata-kata si lelaki.
Apabila si Lelaki menafikan semuanya, walaupun ada bukti yang nyata saya baca di arkib msg. Sebenarnya memang si lelaki memainkan sentimen perasaan dan menggunakan kelemahan si Dia seorang empati berlebihan dan suka membantu. Sebab dari penceritaan si dia, memang si Dia sering membantu kawan2 dan keluarga dari segi kewangan apabila diperlukan.
Sebab takut dia seorang anggota, si Lelaki memang kembalikan semua duit si Dia. Bagi si lelaki semua sudah selesai. Semua bantuan duit sudah berbayar dan si lelaki tidak berhutang.
Tapi si lelaki lupa, Hutang Budi dan pertolongan semasa dia kesempitan oleh si Dia tanpa syarat dan rela hati membantu. Si Dia sangat memahami keperluannya tanpa perlu dia meminta hanya perlu bercerita dan mengadu, Si dia selesai semua masalahnya.
Sebelum proses bayaran, sebab keadaan marah dengan layanan ibu mertua si lelaki yang menuduh si Dia scammer dan mahu membuat laporan polis serta marah apabila si Lelaki menafikan apa yang berlaku, si dia viralkan dalam page Kampung si Dia selama 4 jam berserta gambar sebanyak dua kali.
Kejadian ni berlaku 3 bulan yang lalu. Walau bagaimanapun atas permintaan si Lelaki, status tersebut dipadam. Si lelaki jadikan isu viral 4 jam dan menyalahkan si Dia bertanggungjawab di atas semua kesalahan. Keluarganya dapat malu dan semua orang tahu tentang dia di kampung.
Tapi si Dia di maklumkan oleh keluarga terdekat, mereka tidak tahu pun tentang isu viral dan sekali lagi lelaki tersebut sebenarnya berbohong dan berlakon menjadi mangsa. Sebenarnya dia ingin lari daripada masalah yang dia timbulkan.
Dalam masa kemuncak ni, Si lelaki ada dimaklumkan oleh Si Dia dan Pakcik Si Dia. Keadaan si Dia trigger, dapat serangan anxiety dan disahkan MDD. Sebab rasa sedih, kecewa dan trauma kisah lampau. Si Dia sekarang berperang dengan kemurungan, anxiety dan MDD.
Untuk si Lelaki dan isterinya, bersyukurlah kamu masih punya keluarga. Si lelaki kalau betul mental kamu down sebab viral 4 jam, kamu masih ada isteri dan anak sebagai penguat jiwa kamu. Keluarga sebelah isteri kamu sentiasa menyokong kamu walaupun kamu salah.
Untuk isteri bersyukurlah, suami kamu memperjuangkan kamu dan anak-anak. Memang sakit hati, sedih dan kecewa, tapi kamu sangat bertuah, suami kamu sangat sayangkan kamu. Untuk memenuhi keperluan dan menjaga kebajikan kamu suami kamu mempergunakan wanita lain untuk mendapatkan duit. Seolah wanita tersebut tidak punya hati dan perasaan untuk dijaga.
Suami kamu cukup sayangkan kamu, dia siap cakap dengan si Dia, dia perlu protect kamu dan anak-anak sebab itu tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang bapa. Tapi dia lupa si Dia pun manusia.
Suami kamu kenal siapa si dia. Untuk pengetahuan kamu si dia ni sebatang kara. Ibu dan bapa telah tiada, dia anak tunggal. Si Dia tiada sesiapa untuk protect dia seperti kamu ada ibu, ada bapa, ada adik beradik dan ada suami.
Si Dia hanya sendiri berjuang dan jawapan yang meruntun hati dia mampu bercakap saya hanya ada Allah tempat saya mengadu dan mujurlah saya masih ada iman untuk bertahan hidup. Isu kesihatan mental jangan pernah dibuat main boleh jadi ia akan mengorbankan jiwa dan menghancurkan masa depan seseorang.
Buat Si Lelaki, berbahagialah kamu dengan keluarga kamu di atas menghancurkan kehidupan seseorang yang pernah membantu kamu dalam kesusahan tanpa syarat.
Jadi persoalan akhir saya, boleh pula si Lelaki membuat personal loan untuk mengganti semua duit si Dia. Amaun +RM4500 bukan sedikit. Sekiranya perbalahan tidak berlaku, kemungkinan amaun duit yang digunakan semakin bertambah. Nampak di sini permainan kotor kamu.
Saya mohon, kepada rakan atau ahli keluarga kepada si Lelaki dan isterinya nasihatkan kepada mereka jangan aniaya dan zalimi anak orang. Walaupun kamu anggap dia seoarang wanita yang bodoh dan mudah diperdaya dan dia bersalah, Dia tetap seorang manusia, ada hati dan perasaan.
Si lelaki, bila kamu menafikan memang menunjukkan kamu hanya mempergunakan si Dia selama ini. Kejam dan zalim. Pentingkan diri sendiri dan lari daripada masalah. Langsung tiada istilah berterima kasih dan memohon maaf bahkan kau herdik dan hina si dia.
Untuk isteri dan ibu mertua kamu, saya tahu mereka marah dan sedih. Tidak salah ucapkanlah terima kasih kerana Si Dia membantu memenuhi keperluan dan kehendak isteri dengan memberi bantuan kewangan kepada kamu semasa kamu berada dititik paling bawah.
Mohon, doakan Si Dia move on dan diberikan kesihatan seperti sedia kala dan berjaya mengharungi masalah kemurungan, mdd dan anxiety hadiah istimewa daripada si Lelaki tersebut.
– Joy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit