Reply, (https://iiumc.com/provider/).
Sejak zaman Rasulullah lagi, isteri atau ibu punya pendapatan sendiri dan ada yang lebih tinggi daripada suami.
Dah itu rezeki buat kita, terimalah dengan hati yang terbuka. Hiduplah atas kemampuan suami. Nak lebih, usaha sendiri. Harapkan rezeki daripada-Nya, bukan daripada suami semata-mata.
Ada orang Allah SWT hadirkan suami berharta dan murah rezeki. Tak apalah, itu rezeki pasangan atau keluarga tersebut.
Rezeki ini boleh hadir dalam pelbagai cara. Ada tikanya melalui suami, ada ketikanya melalui isteri dan ada ketikanya melalui anak-anak. Syukuri semuanya. Berbelanjalah dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Bukan semua pasangan khatam tanggungjawab masing-masing. Menjadi tugas pasangan untuk menegur. Contoh, suami langsung tak mahu bantu urusan kerja rumah:
1. Cara manja: “Abang sayang, tolong kemas dapur.” “Nanti malam adalah upah.”
2. Cara bergurau dan mengingatkan: “Abang tahu tak kudrat lelaki dua kali ganda kudrat perempuan, jadi abang kenalah buat…”
3. “Abang sayang saya tak? Kalau sayang abang kena buat…” (Suruh sesuatu yang wajar)
4. Jika semua tak jalan. Ibarat rebus tak hempuk, bakar tak hangus, masak tak didih. Tekad dalam hati, “Jom jumpa hakim / kadi di mahkamah.” Paling tidak, alasan dah tidak bersefahaman boleh guna.
Hidup kita ni kenalah selalu berdoa kepada-Nya. Doa untuk beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Jangan selalu dok teropong kelemahan pasangan kita. Lebih baik perbaiki diri untuk syurga Allah SWT. Hasilnya, kebaikan dunia dan akhirat sama-sama kita beroleh nikmat.
Jika dah tahu pendapatan suami tu sedikit, buat macam mana pun banyak tu saja rezekinya. Tak ada kemahiran. Tidak kreatif.
(Bukan semua lelaki tu akalnya panjang) (Kebanyakannya bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut). (Dengan alasan tersebut, takkanlah isteri pun nak jadi bodoh juga?)
‘Kepimpinan melalui teladan’. Suami maha kedekut, isteri jadi kedekut segala-galanya hanya pada suami. Pulangkan balik: “Suami yang ajar jadi kedekut.”
Jika suami jenis “play victim”, kamu jadi “play victim” balik hanya kepada suami. Jika suami jenis curang, jangan pula kamu curang. Jenis ni memang kena “bye, bye” saja.
“Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Sekali orang tak hendak, 10 kali aku tak hingin.” Curang ni bukti yang cukup jelas, engkau isteri yang tak disayangi.
Tapi jika minta elok-elok nak poligami, kalau rasa tak boleh terima, beritahu suami dengan jelas. Anda tak nak bermadu dan rela undur diri. Dia nak sangat poligami, carilah perempuan lain yang boleh terima poligami.
Ada saja perempuan yang mampu poligami. Suami macam ni biasanya lebih sayang diri sendiri. Tak salah pun untuk isteri juga lebih sayang diri sendiri.
Selalu juga isteri ni ada kekayaan, suka sangat berbelanja untuk bantu suami. Itu bukan bantu tapi menjerumuskan suami ke neraka jahanam namanya.
Jika ada kekayaan, banyakkan bersedekah. Nak sedekah kepada siapa? Orang paling terdekat, sudah tentulah suami (tu pun hanya untuk suami yang baik). Kita kenalah tahu siapa suami kita. Niat sedekah kerana Allah SWT.
Sebaik-baiknya banyakkan simpanan. Simpanan nak tunaikan haji. Simpanan untuk pelajaran anak-anak. Simpanan untuk kecemasan. Simpanan untuk diri sendiri yang kadang-kadang teringin sangat nak makan sedap-sedap akan sesuatu. Apa-apa simpananlah.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hukum dlm islam amat jelas, suami adalah ‘tonggak’ dlm r/tangga, so jalankan lah t/jwb masing2.. mmg ada isteri yg lbh pendapatan dan sudi ‘berkongsi’ rezeki utk kluarga; tapi suami kena lah ‘beradab’ juga, cth: ckp la dgn jujur dan lembut dgn isteri tu, “sayang, abg sedar semua dlm r/tangga ini t/jwb abg, tp pendapatan abg amat terbatas, abg bersyukur jika syg sanggup berkongsi rezeki dgn kluarga kita, abg xmampu berjanji nk byr blk, tp jika ada rezeki yg berlebihan, abg akn cuba ganti balik semampu nya..”, so suami jgn lah just ‘take for granted’, yg isteri dgn ‘sukarela’ akn membantu dari segi kewangan kluarga, sbenarnya dia x rela pon, tp lbh kpd ‘terpaksa’, so klaw dia mmg x redha, maka dlm hal ini, suami tu dah ‘berdosa’, n klaw x dimaafkan semasa di dunia dosa ini, ko bwak la di dpn Allah d Akhirat nt.. mmg la nmpak mudah & xkan la isteri tu xbole maafkn, tp hal akhirat ko jgn buat sambil lewa, silap2 ke dlm ‘nar’ klaw ko xdpt menjawabnya.. sya punya seorang kwn di utara tnhair, beliau juga bekerja, tp suami mcm x ambil kisah hal r/tangga, dia pon biar je, ikut flow, sampai rumah dipotong bekalan air, api dll x slesai, dia biar je.. lma2 suami pon xthn jugak, terpaksa cari jln utk byr semua tu, mmg patut pon dia buat mcm tu kan, tp hati kena ‘kering’, supaya suami tu sedar t/jwb dia sbg ketua kluarga.. mahukah dan sanggupkah semua wanita bkerja tu jd ‘kering hati’ spt ini, demi utk mendidik suami tu..? Wallahu a’lam.