Salam semua. Saya nak kongsi cerita dan mintak pendapat perkara yang saya tengah lalui. Saya tak pernah dengar kawan atau keluarga terdekat saya lalui perkara yang sama.
Serba salah dibuatnya nak cerita kat sini tapi disebabkan saya rasa perkara ni masih belum selesai dan mengganggu ketenteraman saya, saya rasa saya perlu luahkan disini.
Benda ni da berlarutan bertahun-tahun dimana saya sangat- sangat tidak selesa dengan bapak mertua saya. Saya menantu perempuan sulung dan buat masa ini, saya seorang sahaja menantu yang ada di keluarga mertua dan tiada saudara perempuan lain.
Ada benda yang dia buat bagi saya rasa tak selesa dan rasa perkara itu tidak perlu dilakukan kepada menantu perempuan.
…………………
Beberapa perkara yang dia buat sampai saya rasa seram. Antaranya:
1- Dia pernah suruh saya posing untuk dia tangkap gambar saya, tapi dia hanya akan cakap/suruh bila tiada orang lain kat situ. Contohnya orang lain di dapur, dia akan cakap perlahan-lahan atau bagi signal sahaja sambil keluarkan phone.
2- Saya perasan dia selalu curi-curi tangkap gambar saya bila tak ada ahli keluarga dia perasan. Saya boleh nampak dari ekor anak mata saya masa dia buat.
3- Dulu dia selalu call atau whatsapps saya tak tentu pasal. Padahal dia boleh contact suami saya directly. Ada masa saya pass telefon kat suami, dia punya motif call tu tak jelas pon nak apa. Dia selalu juga whatsapps saya, dan delete chat tu. Ada yang saya sempat screenshot sebelum dia delete.
Ada pernah dia mintak saya share gambar saya yang sangat specific dengan sebut detail baju yang saya pakai. Kadang tiba-tiba dia whatsapps pukul 2-3 pagi. Ada juga time dia call, saya pass phone kepada anak saya, tapi dia mintak nak bercakap dengan saya juga tanpa motif yang jelas.
Ada sekali dia call saya, macam biasa stiap kali dia call saya akan cakap sepatah sepatah sahaja, masa nak letak call tu tiba-tiba dia cakap “i miss you”. Masa tu hanya tuhan yang tahu betapa seramnya situasi tu.
Sangat tak faham kenapa dia kena contact saya untuk benda-benda tak penting. Kenapa tak suruh mak metua saya yang contact ataupon contact lah anak sendiri dan bukannya menantu.
4- Dia pernah follow ig saya, kemudian dia stalk saya. Dia like semua gambar yang saya seorang termasuk gambar lama saya. Disebabkan saya rasa tak selesa, saya block dia di setiap social media yang wujud.
Lepas tu ada percubaan account baru yang try nak follow saya. Saya tau itu dia sebab nama dia buat account tu lebih kurang dengan nama betul dia.
Bila saya jumpa dia, time orang lain tak perasan, dia akan tanya kenapa block dia. Dia suruh unblock dia. Saya rasa pelik kenapa dia berani cakap bila orang lain tak perasan sahaja.
5- Dulu dia suka juga datang rumah mengejut, sorang-sorang tanpa mak metua saya. Dia ada access card untuk naik ke rumah saya, jadi dia memang selalu tiba-tiba muncul di depan pintu tanpa suami saya tau.
Saya dan suami bekerja secara flexible jadi ada masa dirumah, ada masa di office. Memang selalu dia datang kami sedang bekerja di rumah, tapi suami kerja di dalam bilik. Bila suami saya keluar tanya kenapa datang, nak berbual dengan dia, dia akan cakap – tak pa, g masuk bilik, sambung kerja.
Kalau cucu-cucu dia ada masa tu, dia tak main pon dengan cucu-cucu. Masa suami saya takda kat ruangan sama, dia akan perati saya kerja dan curi2 ambik gambar saya.
Pernah sekali saya tengah kerja, dia pegang tangan saya sebab nak bagitau dia dah nak balik. Gugur jantung masa tu sebab tekejut.
Last dia datang mengejut macam tu masa suami ke office dan dia tau suami saya masuk office haritu. Anak-anak saya di sekolah, jadi memang dia tau saya seorang di rumah. Dia tekan bell, kemudian dia sorok ditepi, so bila saya tengok dari door viewer memang tak da orang depan pintu.
Saya memang tak berani buka pintu langsung masa tu sebab tak tau siapa. Banyak kali dia tekan bell, tapi setiap kali saya tengok memang tiada orang depan pintu.
Last sekali saya tunggu depan door viewer tu kot-kot orang tu tekan bell lagi sekali, masa saya nampak kelibat dia memang saya panic. Terus contact suami tanya kenapa bapak metua saya tiba-tiba datang dan adakah dia tau pasal ni.
Suami saya memang tak tau langsung yang bapa dia ke rumah kami. Dia terus call bapak dia and tanya ada datang rumah ka? Kenapa? Dia jawab sebab nak tanya khabar. Sangat lah tak logic alasan tu.
6- Dia suka tengur physical saya. Contohnya cara saya berpakaian. Yang paling buat saya rasa tak selesa bila dia pernah tegur peha saya sedangkan masa tu saya tak pakai pakaian yang ketat. Dia cakap peha saya dah nampak kurus.
Ya Allah masa dengar ni terus rasa nak marah. Tiada manusia normal yang akan tegur peha berlainan jantina melainkan orang tu miangg!!! Sebab ni juga saya jadi takot nak salam dia sebab pernah masa salam dia tengur tangan saya.
………………..
Masa awal-awal saya nak bagitau suami pasal apa yang berlaku, saya serba salah takot suami saya tak percaya sebab itu bapak dia. Bila saya bagitau suami, alhamdulillah dia percaya cumanya dia sendiri tak tau nak buat apa.
Saya suruh dia confront bapak dia supaya stop buat benda-benda tu, dia kata dia tak tau macam mana nak confront sebab bapak dia da tua. Dia suruh saya cerita pada mak mertua saya sendiri, tapi saya takot pula mak metua saya tak percaya saya dan jadi punca bergaduh.
Saya suruh suami yang bagitau tapi dia tak tau macam mana nak mula cakap. Solution yang dia bagi adalah block no bapak metua saya. Dah bertahun saya block dia dari first time suami saya suruh block.
Masa dah block ni pon, bila ada peluang yang orang lain tak perasan, dia akan tanya kenapa block dia. Dia suruh saya unblock dia.
Ada sekali tu disebabkan saya block dia di socmed dan WhatsApp, dia buat account telegram dan try contact saya disitu. Dan paling tak masuk akal, dia pernah email saya untuk unblock dia.
Banyak kali saya dan suami bergaduh pasl benda ni. Sebab saya tak rasa selamat bila balik rumah mertua saya ataupon bila bapak metua saya ada. Saya nak sangat dia confront bapak dia supaya stop buat benda aneh-aneh.
Saya sampai pesan kat suami supaya jangan tinggal saya kalau balik rumah metua sebab saya takot bapak mertua saya buat benda saya tak selesa dibelakang suami saya. Nasiblah suami faham.
Cumanya yang menyebabkan benda ni masih tak selesai walaupon saya dah block dia bertahun, dia masih cuba contact saya, boleh dikatakan hari-hari. Mungkin nak check saya masih block dia lagi atau tak.
Saya akan dapat message ada miscalled dari dia dan setiap kali dapat, saya akan screenshot dan bagi pada suami.
Paling pelik juga, percubaan dia untuk call saya tu kadang-kadang memang waktu tak masuk akal. Lepas pukul 12 pagi, 3 pagi, 5 pagi. Tak tau apa niat padahal suami saya ada je untuk dia contact kalau ada apa-apa.
Saya tak pernah bagitau benda ni keluarga saya atau kawan-kawan saya sebab kesian pada suami saya dan masih nak menjaga nama dia dan faham dia tersepit kat sini. Walaupon jiwa saya meronta-ronta nak orang tau dan selesaikan benda pelik ni.
Soalan saya, adakah kisah saya ni pernah terjadi pada menantu lain juga? Macam mana handle situasi tu? Dan bagaimana cara terbaik untuk selesaikan masalah ni tanpa ada perbalahan antara saya dan keluarga mertua?
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit