Sudah 13 tahun aku bergelar suami, dan kami dikurniakan empat orang anak.
Aku kerja syif, isteri pula bekerja waktu pejabat. Masa kami tak selari, tapi aku tetap cuba laksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ayah sedaya mungkin.
Masa awal perkahwinan, isteri kerap mengamuk dan menjerit seperti hilang pertimbangan. Pernah juga mengugut nak lari dari rumah, malah satu ketika dulu, dia ambil pisau dan cuba tikam aku.
Kalau ikutkan hati aku yang tak sekuat mana ni, mungkin dah lama aku pergi. Tapi aku masih di sini — bertahan demi anak-anak.
Dia suka bangun lambat bila hari cuti. Subuh pun, kalau aku tak kejut, dia tak bangun. Banyak masa dihabiskan dengan telefon. Barang-barang lama tak mahu buang; rumah penuh, berserabut. Katanya, semua itu hasil kerja kerasnya — sayang nak lepaskan.
Anak-anak pula selalu jadi tempat dia lepaskan tekanan. Dia suka tengking. Aku dah berjuta kali tegur, minta dia marah dengan cara baik, jangan tengking.
Tapi setiap kali aku bersuara, dia akan tarik muka dan jawab sinis, “semua yang aku buat salah.” Dan selepas itu, marahnya akan dilepaskan pula pada anak-anak.
Anak sulung kami, baru 12 tahun. Ada masalah ekzema yang agak teruk. Bila dia menggaru, isteri akan marah, suruh berhenti, seolah-olah dia tak faham betapa gatal dan seksanya ekzema tu.
Bila anak tu mengadu atau cuba luahkan perasaan, isteri akan balas dengan herdikan — seolah-olah anak tu cuma mengada-ngada.
Aku tengok semua tu depan mata, dan hati aku luluh. Tak patut seorang anak diperlakukan begitu, apatah lagi oleh ibu sendiri.
Aku bukanlah lelaki yang sempurna. Aku pun ada salah silap. Aku juga bukan suami yang paling baik, tapi aku cuba.
Bila aku marah, tak pernah sekali pun aku menengking atau menjerit seperti orang hilang akal — baik pada isteri, mahupun pada anak-anak.
Aku manusia biasa, aku juga lemah. Sabar yang aku simpan kadang-kadang hampir hilang.
Ada waktunya aku niat nak berbual elok-elok, nak cakap dengan lembut… tapi bila tengok dia tengking anak, cakap kasar tanpa sebab, hati aku terus mati. Hilang rasa nak mula. Nak ajak bincang pun tak terdaya.
Selalu aku ingatkan dia, “Pilihlah — nak anak jadi kawan atau musuh?” Kalau kita layan anak dengan baik, insyaAllah mereka akan jadi sahabat kita, jadi peneman hidup kita bila tua nanti.
Tapi kalau dari kecil kita asyik tengking, marah tanpa sebab, layan mereka dengan dingin — percayalah, anak akan simpan dendam.
Bila mereka remaja nanti, kita takkan kenal siapa anak kita. Mereka akan jauh, dan hati mereka tertutup untuk kita.
Setiap hari aku berdoa. Minta Allah lembutkan hatinya. Minta Allah beri perubahan.
Aku tak minta sempurna. Aku cuma nak rasa rumah ini kembali jadi tempat tenang, bukan medan tekanan. Aku cuma nak kami semua bahagia… sama-sama.
– Nampak Seperti Bahagia. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Isteri letih ke depressed ada anak2 kecik lagi ke ada tolong isteri uruskan anak2 tak
Teruskan berdoa dan solat tahajjud mohon Allah lembutkan hati isteri dan permudahkan urusan rumahtangga awk. Hidupkan taklim dalam rumah, semoga awk sekeluarga mendapat rumahtangga yg sakinah, mawaddah, warahmah. Jangan lupa bantu isteri uruskan hal rumah dan anak=-anak juga. Sebagai seorang ibu, sy bersimpati dgn anak2 awk kerana perangai ibu mereka, semoga awk dpt bantu mereka dari segi mental dan fizikal sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Berbincanglah heart-to-heart dgn isteri, beri perhatian, kasih-syg dan nafkah selayaknya utk dia. Utk anak yg eczema tu tlg bawa dia buat rawatan diklinik/hospital, gunakan sabun mandi yg sesuai, pakaiannya juga perlu sabun yg sesuai, pemakanan perlu dipantau dan jgn skip mkn ubat sbb sy juga mengalami sakit yg sama. Semoga Allah permudahkan urusan awk