Assalamualaikum. Aku terus terang saja kat sini yang aku perlukan sangat respon dari semua suri rumah.
Betul ke suri rumah semua berlapang dada jadi suri rumah? Keperluan korang cukup ke? Layanan suami korang sama ke sebelum n selepas jadi suri rumah?
Situasi aku..
Anak nak masuk 3. Aku bersalin bulan 9 ni. Suami aku cakap, lepas lahir yang bongsu ni, dia minta aku jadi suri rumah sebab kos anak-anak hantar kat babysitter dah melebihi gaji aku, jadi tak berbaloi.
Tapi, aku tak yakin dengan suami aku. Apa kami nak makan nanti? Sekarang ni, Makan pun bercatu walau sama-sama kerja.
Nanti suami aku respect lagi ke kat aku?
Duit bulanan mama ayah aku, siapa nak bagi? Penat mak ayah aku sekolahkan aku sampai diploma. Aku nak juga berbakti walau sikit..
Sorry kalau nampak macam negatif je soalan aku ni.
Aku tengok contoh paling dekat biras aku. Daripada kerja elok-elok, sekarang kena jadi suri rumah atas alasan sama, anak makin ramai dan tak berbaloi bayar semua gaji kat pengasuh.
Lepastu mak mertua aku selalu mulut jahat cakap biras aku ni macam beban.
Dulu dia kata kesian anak lelaki kerja sorang-sorang, hasil kena ‘perah’ dengan isteri. Padahal bukan mewah pun aku tengok hidup diorang, cukup makan je. Apa entah MIL aku sakit hati..
Pastu, Baru-baru ni biras aku masuk hospital berkali2. Lepas patah tulang, dia kena batu karang pula.
Jadi suami dia (abang ipar aku) kena belanja extra – ubat, makan anak & jaga anak (sebab takde orang boleh jaga, isteri warded). Itupun MIL aku dah rengus2.
Pastu biras aku cakap dia selalu kecil hati kat abang ipar aku. Dia kata lepas jadi suri rumah, cara layanan suami tu macam dia tu beban and pengemis.
Nak beli pad waktu period pun kena minta2 banyak kali. Nak beli underwear pun sama padahal dah buruk sangat. Dia rasa macam terhinalah sebab itu kan keperluan perempuan.
Minta topap duit barang dapur pun kena herdik dan dituduh tak berjimat. Padahal lauk yang biasa dia beli, telur, ikan kecil & ayam sekali sekala.
Kadang biras kata, dia terfikir, dulu-dulu husband dia manja n baik2 dengan dia sebab dia ada duit ke? Sekarang ni semua hilang sebab dia takde duit, tak contribute and dianggap beban ke?
Pastu biras kata dia rindu sangat zaman bekerja. Compare masa kerja dulu and ada duit, semua pun beli sendiri. Kalau nak apa-apa, duitnya ada. Kalau teringin makan sedap, boleh pergi bila-bila. Even bukan beli mahal-mahal, tapi duitnya ada.
Even besfren aku sekarang pun, dah mula burnout jadi surirumah. Dia kata hidup dia sunyi sangat. Rasa ketinggalan. Takde kawan. Tak dihargai.
Suami banyak sindir-sindir dan pandang rendah kat dia as suri rumah walau gurau-gurau. Tapi dah terlalu kerap, dia rasa terluka sangat.
Sorrylah kalau cerita aku caca marba. Aku harap sangat para suri rumah kat luar boleh bagi nasihat kat aku. Dan aku pun harap korang jujur.
Korang menyesal tak jadi suri rumah?
Apa condition terbaik yang membolehkan seseorang boleh jadi suri rumah yang bahagia?
Korang sebenarnya rasa dihargai tak?
Terima kasih semua yang sudi jawab. Thanks in advanced…
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
org yg brkrja mmg org akan pndg tggi….beza dgn surirmh yg org x brpe nk pndg…contoh trdkt kwn baik aku…..dia surirmh..ipar dia brkjya..dia rajin mcmne pn..amik ht dlm keluarga mertua dia tetap x di pndg..beza dgn ipar dia..dtg skli skala…bila dtg mcm biasa la…ddk skjp blk..yg penting hulur tue yg org pndg..biar x brpe nk rajin pn..aku cma ckp kt dia mcm nie..sdh2 la ko nk amik ht..sdgkn ht ko sakit…knp la org suka pndg rendah pd surirmh…sbb d org x de duit sendiri ke…x fhm aku..aku geram jg dgn org yg pndg rendah nie…
Akk dah jadi surirumah sejak covid. Alhamdulillah semua keperluan Allah cukupkan. Anak 2 je. Tugasan Harian ambil hantar anak sekolah..lepas tu ada ank2 jiran sekali yang hntar sekolah sekali. Upah tu Boleh la buat belanja sendiri dan anak2.
Dulu masa bekerja suami mcm berkira nak kita tolong bayarkn itu ini. Dan pernah juga terasa agaknya kalau aku tak kerja camnalah laki layan. Tp sekarang ni semua minta dari laki dapat je. Memang tak sangka sangat. Tapi diri sendiri kena layan laki baik2. Buat je apa yang disuruh. Tengah malam kalau dia nak nasi akk masakkan. Siap hidang akk panggil dia makan. Nak baju lain dari yg kita dh siapkn akk seterika je baju lain yg dia nak. Walau dlm.hati bebel juga. Tapi igt pahala dan ganjaran Allah bg. Doa banyak2 Allah jaga dan permudahkn kita. Sejak xkeja ni tiap tahun husband bawa g overseas jalan2. Pakaian pun masukkan kn dlm cart atau bg gambar dan saiz. Nnti dia carikan yg harga ternaik. Alhamdulillah atas setiap yg Allah bg
Dulu ada org nasihatkn aq, klaw susah mcmne pon, jgn berhenti kerja.. bkn shj utk bli kperluan diri sendiri.. tp klaw jd apa2 nt; klaw umur suami tu x pnjang, or jodoh x pnjang.. nk cari kerja, susah jugak, sbb umor dah bnyak.. klaw nk kerja ‘kuli’, bdn pulak yg xlarat.. insha Allah, bincangla dgn suami.. cuba ‘culculate’ n ‘accumulate’ dua2 gaji or pendapatan lain, then bhgikan ikut kperluan.. mngkin duit antar ank ke pengasuh bole ‘combine’ or diskaun ckit, klaw hantar ke pengasuh yg sama, mkn pon kna survey tempat yg murah ckit utk bli bhn mentah, ank2 nt kna ‘didik’, jgn minta bli brg2 yg bkn kperluan, spt mainan or gajet yg mhal, mnabung walau pon sedikit.., dan yg plg penting ‘maruah’ kita di mata suami n kluarga nya.. kluarga kita pon kna jaga jugak.. so, fikir2kan lah baik buruknya, sbelom brtindak.. wallahu a’lam
Ade kelebihan n keburukan nye jdi suriRumah ni.. buruk nye duit sntiasa takde, nk apa² perlu mngemis dulu ngn laki. Sometimes bkn dia tknk bgi.. tpi sbb kn kesempitan wang n suami akan rsa smua beban pda dia sorg.. isteri kene main peranan ada side income sndri dlm hal ni.. sbb org yg dh biase pgang duit sndri ni akn rse sgt terbeban bila ape yg diorg perlukan tk dpt di tunaikn..
Jdi suriRumah ni automatic kwn pon akn hilang 1 per 1.. klo tak caye, try dlu.. sbb u akn busy 24 hrs kerja yg tk pnh habis.. nasihat i, lapang kn dada accept ur fate.. if u rase terbeban smua tu akn jdi tak ikhlas n slow² jdi tak puas hti n punca gadoh ngn hubby n ur kids…
The best part jdi housewife is u dpt tgok sndri perkembangan anak².. safety anak.. telatah anak .. diorg membesar dgn sgt cepat.. n u gonna miss how cute they r while growing.. how reliable they r to u..
Setiap detik dgn anak² tk dpt dibeli dgn wang ringgit.. fikir² kn la sbb situasi setiap org tak pernah sama…
Ikhlas dari seorg housewife wth 2 kids..
Setuju dgn Mumia. Saya pernah quit job sbb nk jaga anak2 sendiri. Mak dapat tahu terus marah sbb mak kata perempuan walau suami mampu sara tetap perlu berkerja utk keperluan sendiri yg mungkin pada pandangan suami bkn keperluan. Nasib baik ikut nasihat mak. Selepas 9 tahun, suami di jemput utk pulang menemui Pencipta. Pada waktu tu teringat kalau tidak berkerja bagaimana nk besarkan anak2. Alhamdulilah kini dah 15 tahun menjadi ketua keluarga. Boleh fokus membesarkan anak2, walau bkn kaya raya tapi alhamdulilah setiap bulan dapat gaji. Dgn gaji itu lah keperluan harian dan pembelajaran anak dapat dipenuhi. Alhamdulilah anak2 semua sudah berjaya melepasi IPT. Pada ibu2 muda, keperluan bekerja bkn sekadar menampung lompong finance suami tetapi sebagai bekalan utk pembelajaran anak2 juga. Isu upah pengasuh hanya temporary kerana anak2 akan membesar dan lebih besar duit diperlukan seiring dgn pembesaran mereka.
Dari gaya mak mertua layan biras awk, dan cara suami dia layan biras awk, lebih baik laah awk bekerja daripada jadi surirumah. Layanan akan berubah bila dah jadi surirumah…..jika tak percaya cuba laah jadi surirumah selama 6 bulan – setahun.
cter2 ko smue sbb laki jenis hauk padan la dapat life mcmtu, cuba dapat laki yg masyuk and caring. heaven je jadi surirumah. goyang kaki,g mkn buffet skaliskala. blk kg bg duet kat mak pak guna duet laki ko. tiap2 tahun dapat hadiah emas, so what kan org lain nk mengata?
Just nak share…Akak ada kawan sebaya..kami early 4 series..kawan Akak ni keja exec gaji RM 8k..then dia kata stress keja, nak resign.. husb dia pun bg greenlight, lgpun husb dia businessman.. masyukkk..
so kawan akak ni pun jadi la housewife.. bulan2 dpt pocket money fr husb RM 6k berserta 3 biji luxury cars (sbb kawan Akak ni mmg fancy cars).. kalau bercuti hotel 5 stars.. jewellery/ diamonds mahal2..bunyi mewah kan..
Tapi langit tak selalu cerah.. husb dia disondol pompuan lain maka bermadulah mereka.. pocket money dipotong separuh tinggal rm 3k sebulan.. kereta rosak pun husb xmo tanggung dah..
Eventually husb pun dah x blk rumah berbulan-bulan and now the husb dah filed for a divorce..
Kawan Akak ni nk pi cari keja blk dah susah sbb umur dah 4 series.. bahagia dia as a housewife tu sekejap je (masa resign tu dia mid 3 series)..
Kisah kawan Akak ni membuatkan Akak terfikir yg suami yg kaya-raya pun belum tentu boleh buat isteri bahagia.. tambahan pula yg bergelar housewife with no income.. money definitely cant buy love..
Akak pesan pada anak dara akak, nanti dah kahwin bincang elok2 dgn suami..kalau boleh jgn resign.. better ada income sendiri.. kita tak tau untung nasib kita.. kalau ditinggal suami / dianiaya? Bukan meminta tapi buat lah persediaan..
Akak wpun ada kala stress bekerja xkan resign..income Akak dan husb 5 digits setiap seorang namun masih carry on bekerja demi family & savings..in case terjadi apa2 pd pasangan, Insya Allah Akak masih mampu menanggung family & tak jadi pengemis..
sediakan payung sblm hujan.. beringat-ingatlah ketika senang..suami yg kaya belum tentu boleh bahagiakan isterinya..
Bukanlah nak negative, sekadar mengambil iktibar..
saya hormati suri rumah sbb tugas suri rumah lagi berat dari pergi keja, suami nak pi keja semua dh siap, baju dh iron, sarapan dah redi, balik makan malam dah atas meja, mandi, letak baju dlm bakul, makan malam, tengok tv, yg lain isteri uruskan, masak, membasuh, siapkan pakaian, siapkan anak2, malah ada surirumah hantar/ambik anak balik sekolah, tiap2 hari non-stop, bila weekend pun camtu, sy nampak jadi surirumah jauh lebih teruk dr bekerja, bila weekend, saya tk bagi isteri masak, sy akan offer utk makan apa, tk yah masak, luangkan masa bersama2, sbb sy nampak beban isteri surirumah ni lebih berat dari suami yg keluar bekerja
Alhamdulillah saya dah 11 tahun jadi suri rumah. Decide berhenti kerja seminggu sebelum bersalin. Seriously banyak cabaran tapi alhamdulillah selagi kita husnuzon dengan keputusan jaga sendiri anak2, semua baik2, Inshaa Allah. Ingat yang bagi rezeki Allah. Selagi kita “tak faham” konsep rezeki kita akan selalu rasa kalau aku tak kerja aku susah. Rezeki datang pelbagai cara. Sihat tu rezeki, hidup tu rezeki, melihat, bernafas tu semua tu rezeki, suami, anak2, mak ayah pun rezeki. Rezeki bukan setakat harta/wang sahaja.
Laa ilaaha ilallah… Allah Maha Kuasa, Makhluk langsung tiada Kuasa. Nasi tak hilangkan lapar, yang hilangkan lapar hanya Allah. Air tak hilangkan dahaga, yang hilangkan dahaga Allah. Ubat tak memberi manfaat/mudharat, yang menyembuhkan Allah, yang bagi sakit juga Allah. Bukan mata buat kita boleh melihat tapi Allah yang bagi kita lihat. Ada orang ada mata tapi Allah tak izin dia melihat. Bayi/kanak2 tak kerja tapi diorang masih dapat makan, minum dll (rezeki). Bab rezeki jangan risau sebab tu bukan urusan kita. Selagi kita risau (banyak berfikir) tak cukup makan, takde duit nak beli itu ini…tu maknanya kita su’udzon pada Allah. Na’uzubillahiminzalikh.
Dunia adalah negeri ujian. Selama mana kita hidup, maka Allah akan terus menguji. Allah Maha Baik. Kita nampak orang sakit/susah tapi sebenarnya sakit/susah tu tanda kasih sayang Allah pada kita. Bila sakit, Allah ampunkan dosa walaupun sakit tu hanya tercucuk duri je. Bila kita susah/miskin tanda Allah sayang kita. Allah tak nak beban kita kat akhirat (lambat hisab asbab banyak harta). Wallahua’lam.
Akhir zaman ni kita kena banyak isi masa lapang dengan belajar agama. Dunia sementara, akhirat selamanya. Orang yang cerdik ialah orang yang persiapkan diri untuk akhirat. Orang yang rugi orang yang masih mengikuti hawa nafsu & berangan2 Allah s.w.t akan mengampuninya. Wallahua’lam.
4 jalan mudah isteri nak masuk syurga 1. Solat 5 waktu, 2. Puasa di bulan Ramadhan, 3. Taat suami, 4. Jaga aurat & harga diri. Bak kata suami saya, gudang pahala seorang isteri di rumah. Dan senjata seorang isteri/ibu ialah DOA. Wallahua’lam.
Sy surirumah tapi alhamdulillah berbeza dengan cerita yang awak dengar tu.mertua,suami Dan sekeliling sy alhamdulillah semua ok Dan tak pernah sisihkan atau memperkecilkan sy.
Awk try la berhenti untuk beberapa bulan,tengok penerimaan masing2 Dan tengok keadaan diri awk jgk lepas jadi surirumah tu.
Kalau rasa burnout atau tak sanggup nk hadap,awk kerja balik. Hihihihi
Dik, ni akak ckp melalui pengalaman. Akak brenti keja sb anak makin ramai n gaji sikit, sblm brenti keja, akak cari side income. Akak target income 5k, aku brenti keja.
Target capai, akak resign lps bsalin anak no 3. So, skrg dh 10 tahun resign with income. Alhamdulillah, setakat hr ni xda org pandang rendah n duit banyak byr komitmen hutang rumah keta dll. Nampak suami kedekut, kena la cari side income. Gaji dia banyak pun kalau kedekut x guna juga. Rezeki dia makin sempit sb kedekut. Kita yg kais pagi kan.
Surirumah x burnout kalau duit ada dik. Kita boleh release stress dgn shopee, lazada tiktok shop. So plz la cari side income sbg persediaan. U know your husbnd right. Semoga dipermudah urusan mu
assalamualaikum sis.. sy fhm perasaan sis, sis takot, bimbang dan rasa tak selamat kan bila xde duit sendiri sbb sis dah terbiasa ada gaji. sis, sejujurnya slps sy hbis bljr sy trus decide utk kawin dan belum sempat nk kerja sy dah mengandung. kebetulan pula sy ada morning sickness yg truk dan slps bersalin pula anak sy high need bby smpai pengasuh surrender utk jaga. jd sy terpaksa jd surirumah masa tu. sedar xsedar dah 13 tahun sy jd surirumah, anak pon dah 3.😆
sis, mmg sy xnafikan ramai yg pandang rendah pd surirumah. sy juga pernah burntout. tp alhamdullillah, sy bykkan masa muhasabah diri. sy akui sy juga cemburu tgk kwn2 berjaya ada duit berkepuk2 ke sana ke mari sedangkan sy masih di sini! tp sy pujuk hati sy mengadu pd allah stiap kali sy sedih. apa yg sy nak smua sy mintak pd allah. sbb sy tahu suami sy xmampu nk bg. and u guess what sis? allah sentiasa memberikan yg sy mintak tu. kdg akal kita kata xcukup gaji suami tu, tp matematik kita slalu salah sis, bila kita bertawakal pd allah, yakin pd Dia sebenar benarnya, segalanya cukup. ada masa susah, dan ada masa senang. sy akui. sy pedulikan apa org nk pandang, apa org nk kata. even mil sendri pon. sbb allah yg letakkan perjalanan hidup sy d sini. ini takdir sy, sbg seorang surirumah yg menjaga kebajjkan suami dan anak2.. suami xhargai? biarkan. lama2 allah akan sedarkan dia utk hargai kita. mintak, sujud merintih berserah hnya pd allah. gaji kalau buk skalipon kalau bukan milik kita tetap xde utk kita. tp kalau rezeki yg berkat in syaaa allah cukup. sis, rezwki bukan sbb kita bekerja, bukan sbb suami yg bg tp allah. yg menggerakkan hati suami tu juga allah. doakan agar suami sentiasa menghargai dan menyayangi kita. mohon allah jaga hati dia. dan mohon allah kurniakan rezeki yg berkat dan mencukupi buat keluarga kecil kita sis. sy jugak xde kwn tp sy dah bahagia begini malah sy bersyukur allah lindungi sy drpd dosa2 yg mgkin sy xnmpak kalau sy bekerja dluar.. fikir positif sis, tiada perkara sia2 yg allah kdkan kat dunia ni. semog a luahan sy bermanfaat utk sis. wassalam.
Setiap pasangan berbeza, pendapat 1 sen saya sebelum buat apa2 keputusan, sila duduk dan bincang betul2 dalam keadaan dua2 bersetuju untuk tenang. Ini keputusan besar. Share concern masing2 kalau boleh tulis atas kertas. Datangkan scenario yg mungkin akan berlaku if you jadi fulltime surirumah dan juga scenario if you keluar bekerja. Isu dengan mertua, how your husband nak handle or how you expect your husband react/defend you. Because you already see how your MIL dgn your biras. Bila dah ada gambaran kedua dua pihak macamana, lepas tu maybe boleh decide. That way both side faham and tak ada expectation yg hanya bermain di fikiran sendiri sebab kita taknak situasi ni perlahan-lahan membunuh perkahwinan yang dah cantik. May Allah make it ease for you and your family. Insyallah kheir
biarlah orang nak pandang rendah pun, yg penting Allah dan rasul sula wanita yang tinggal di rumah. nabi kata wanita yang tinggal di rumah dan menguruskan keluarga ibarat berjihad dijalan Allah. rumah adalah tempat terbaik untuk wanita. gudang pahala.
Ada baik & buruk nya. Masing² punya rezeki….ada yg bertambah baik selepas berhenti, ada yg bertambah buruk selepas berhenti ikut dari pemerhatian saya.
Apa pun, cuba isthikharah, InsyaAllah dari isthikharah puan akan tahu mana yg terbaik untuk puan & keluarga.
Terima kasih sbb mnghargai surirumah, sy pon sgt mnghormati n pndg tnggi surirumah, sy suka jadi surirumah, sy kembali bkerja sbb mulut2 org skeliling yg xpuas hati sy happy jd surirumah, trmasuk mak sndri pdhal duit bulanan dh bg, tp ttap berkias sruh kita kerja, berkias depan laki kita mcm laki kita xbg kita kerja,.sbbnya kita bljar tnggi,.laki kita ok, cuma kdg2 je rasa diri xhrgai, mungkin prasaan wnita yg inginkn kata2 pnghrgaan sllu..huhu skg kerja alhamdulillah wlopon gaji xsbrapa tp sgt relax n perlukan skill, so rasa amat berguna bljar tnggi2, cuma kt rumah dh xblh nk msak mcam2 mcm dlu, msak apa ada nbcpat, alhamdulillah laki n anak xmmilih, duit bulanan kt mak msih bg amoun yg sama mcm dlu,huhu skg dh jrang blik sbb penat n nk rehat kt rumah, komplen plak kt org kita jrg balik,hmm sbar j lah.. kita kerja 6 hari smnggu kesian anak2 klau fkir blik trutama yg baby ni sbb xdpt sma mcm kakak dpt full attention dr ibu msa zmn surirumah..
Bab mkn plak mmg skg lg mewah rsa sbb blh order apa2 je yg kita nk, dlu xblh, fkir duit suami, msak j lh hari2 pon wlao penat..
Bab simpanan ni yg pelik, dlu zamn xkerja simpanan bnyak, skg xde simpanan..hahahha duit nfkah sama je suami bg, haha dlu simpan, skg xtau ke mana..huh
Nasihat utk TT, fkir la msak2 n kesan lepas dh jd surirumah, klau bnyk kburukan n mkn hati baik stay je kerja.. surirumah ni penat, bnyk main emosi, kita perlukan kata2 pnghrgaan sllu, klau xdpt n dpt sbaliknya, mmg blh burnout.. btw mak mertua sy skong jd surirumah, klau mcm mil tt tu, hmm xtau nk ckp, stay j la kerja tu.. sekian, wassalam 😄
Niat kena betul. Dalam Islam memang anjuran wanita itu lebih baik di rumah. Boleh baca lebih kenapa Islam menetapkan begitu, hati kena terbuka baca, betul2 nak fahami, in shaa Allah besar keberkatan dalam rumah tangga awak nanti. Bagusnya isteri di rumah sebab dia akan bantu urus hal-hal rumah yang selama ni tak sempat dibuat apabila dua2 bekerja. Isteri surirumah memang penat tapi berjaya diubati jika suami tu berjaya menghargai pengorbanan isteri yang dah bantu uruskan rumah. Jangan risau tentang rezeki, rezeki ni Allah pegang, bukan kita. Bila kita rasa berhenti kerja tu rezeki berkurang, maksudnya selama ni kita rasa kita yang pegang dan urus rezeki walhal rezeki ni milik Allah sepenuhnya, jangan risau pasal rezeki. Jangan ingat Allah tak boleh bagi rezeki 2x lipat bahkan lebih lipat berganda bila kita isteri tak bekerja dah. Jadi, bincang dengan suami elok2, cakap apa kita nak lepas kita dah jadi suri rumah ni, 1. nak suami bantu sama2 urus rumah bila dia dah balik kerja. 2. Puji isteri cakap terima kasih pada isteri sebab tolong urus rumah, pujian dari suami menambah rasa cinta isteri dan penat lelah yang terubat. 3. Suami provider keperluan dan kehendak isteri, kalau isteri nak apa2 belikanlah. Tapi di sisi isteri kena faham juga situasi suami dia tengah menanggung semua keperluan janganlah minta berlebihan pula. Yg wajib adalah nafkah, selebihnya adalah hadiah (tidak wajib). Yakin oada Tuhan pemilik rezeki, pemegang, penguasa. Dia boleh mengkayakan yang miskin, Dia boleh memiskinkan yang kaya. Jadi jangan takut tentang rezeki.
Tiada istilah ‘isteri mengemis kat suami’ miskin nau bahasa, hinanya jadi surirumah! Walhal patut bangga sebab suami boleh jadi provider keluarga secara total. Patut bangga sebab dapat tegakkan cara yang Syariat Islam nak. Patut bangga sebab dapat jadi isteri yang menyenangkan suami. Patut bangga sebab suami dapat menunjukkan sifat kelelakiannya bila dah jadi provider sepenuhnya.
Tak payah la mikir pasal apa orang cakap. Akhirnya yang nak jaga rumah tangga tu kita. Kita kerja pun orang mengata juga. Yang tak bestnya bila suami dah mula tak redha. Kalau dia dah minta sebolehnya isteri tidak bekerja, bincanglah elok2, bagus kalau jadi isteri yang hormat dengan keputusan suami ni, bukankah sudah tugas isteri taat suaminya? Dia pun akan rasa dihormati. Deal dengan suami apa expectation kita terhadap dia bila dah jadi suri rumah nnt.
Lepas berhenti kerja hilang kawan? Tak juga. Hujung minggu minta suami tlg jaga anak2, pergilah dan ajak kawan2 keluar, jumpa, ngopi. Teruskan berhubung dengan kawan2 kerja lama.
Bila dah jadi surirumah ni, kita sendiri yang didik anak2. Kita sendiri yang bentuk anak2. Kita betul2 dapat melaksanakan tggjwb sbg ibu ayah. Bukan serah pada orang lain yg bentuk anak kita dah. Jadi surirumah kena banyak sabar. Banyak doa. Rohani diri kena kuat, jaga hubungan dengan Allah. Sebab jadi surirumah ni penat, tapi demi nak dapat redha Allah, nak syurga, pelan2 buat, pelan2 pujuk diri. Biarlah orang pandang hina, pandangan manusia ni satu sen pun tak guna di mahsyar nanti. Diorang yang dosa sebab banyak buruk sangka, biarlah kuta yang kutip pahala tu. Sabar tau. Moga awak dikelilingi orang2 yang baik, yang menghargai awak.
pernah terbaca satu tulisan seorang ulama arab, ” tidak akan berjaya sebuah keluarga yang mempunyai dua “suami”. maksudnya dua ketua keluarga atau dua pencari rezeki. mendalam maksudnya.., mgkin beliau bermaksud jika dua2 sibuk diluar, mungkin akan berlaku kepincangan pd anak2 dan urusan rumah. bnyk ayat Al-Quran dan hadis yang menyuruh wanita tinggal di rumah. wpun wanita boleh bekerja tetapi biarlah pekerjaan tersebut adalah pekerjaan yang memenuhi tuntutan fardhu kifayah spt guru dan doktor atau tugasan yang sgt berkait dgn kewanitaan Wallahualam
saya punya pendapat, simple jer. apa yg hati awak nak kan.. putuskan dgn jelas. bwk bincang dgn husb sejujurnya. abaikan side yg lain dulu, buat sementara waktu. family sendiri ke, in law ker. awak nak bahagia dgn suami & anak². fokus yg itu dulu. ambil keputusan utamakan & bahagia family sendiri dulu (suami & anak²)..awak bakal lebih sibuk, Dan lebih letih giler lps ni. lebih stress lgi.. pilih utamakan kesihatan mental & fizikal awak dulu..cari solution yg suami bole tolak ansur seminimumnya. Kut mana pun, mmg isteri yg kena mengalah & lebih letih kalau nak rumahtangga aman & bahagia.. setahun Dua kalau ada pihak yg x selesai dgn keputusan awak, abaikan dulu. benda tu bole di adjust.. kalau betul mereka hormati awak sbg ahli keluarga, mereka jgk ptt hormat kptsn & pendirian awak dlm mencari kebahagiaan berumahtgga.. kalau awak berat nak resign, jgn lagi. Cuba terus bekerja lps bersalin. Tgk keadaan mcm mana.. kalau btl² x bole p, byk mudarat, ambil jalan Selamat.. jadi surirumah, mental kena btl² kuat, byk sabar n mengalah.. kalau awak nak trus bekerja pun, mungkin dlm tempoh 3-4 Thun ja yg strunggle.. inshallah, doa, tahajud & tawakal tak pernah mengecewakan.. semoga awak bahagia dgn pilihan awak ❤️…
Jangan berhenti kerja kalau bukan itu yang awak mahukan. Tapi kalau itu atas kerelaan, just go ahead! Bukan senang hidup sebagai surirumah sepenuh masa kalau suami awak bukan kaya raya. Kalau kaya raya pun tak bermakna kalau dia curang dan tinggalkan awak yang x de kerja ni terkontang-kanting. Saya tengok kakak saya yang jadi suri rumah sepenuh masa tu hidup susah. Laki buat business tak berjaya. Kesian tengok anak2 buah saya hidup susah sampailah dah besar ni. Kakak saya ada pelajaran tapi dia malas nak kerja. Bila dah hampir umur 40 dahulu baru sibuk nak cari kerja tapi siapa je nak ambil perempuan yang dah berusia yang dah berbelas tahun tak kerja. Sekarang selalu menangis mengadu kat mak yang hidup dia susah. Tapi umur dia pun dah lebih 50 so memang harapkan duit anak yang baru bekerja untuk tanggung hidup dia dan suami serta anak2 dia yang lain. Saya rasa kesian dengan anak buah saya tu jadi sandwich generation. Tak adil untuk dia. Masa diaorg belajar dulu pun saya banyak bantu sebab kesian.
Saya pulak bekerjaya dengan gaji 5 angka dan dikurniakan suami jenis provider. Semua nafkah dia bagi termasuklah duit shopping. Tapi suami saya tetap suruh saya bekerja sebab dia suka wanita yang bekerjaya, ada keyakinan diri yang tinggi dan berjaya dalam hidup. Hidup kami memang lavish, bahagia dan sekufu pemikiran.
Untuk masalah awak, anak2 akan cepat membesar dan akan masuk sekolah. So, dalam masa beberapa tahun je lagi duit gaji awak tu akan awak nikmati sepenuhnya…so bertahanlah sekejap..bekerja akan membuatkan awak ada me time, rasa percaya diri dan duit untuk membina masa hadapan yang lebih terjamin.