Salam readers. Aku seorang perempuan, berumur 28 tahun, bekerja dan masih bujang lagi. Masih nampak tenang tapi dalam otak aku tengah kelam kabut bunyi alarm.
Aku anak/cucu perempuan pertama yang berjaya pecahkan rekod keluarga setakat ini. Dalam keluarga aku, kebiasaannya seorang anak / cucu perempuan MESTI kahwin paling lambat umur 25 tahun. Sedangkan aku, masih menanti jawapan.
Buat masa sekarang, kanan dan kiri aku semua tanya bila nak kahwin? Dah ada calon?
Ya aku ada berkawan rapat sejak di bangku universiti lagi. Partner aku 29 tahun, kerja on off ikut dia, ikut hobi dia.
Kalau ikutkan berapa lama aku berkawan ni memang cukup lama, bayangkan dari umur aku 18 tahun lepas dapat keputusan SPM terus masuk universiti sampailah tahun ni.
Dah 1 dekad. Mak ayah aku dah mula bertanya tanya ke mana arah hubungan aku dengan dia, aku sendiri taktahu.
Bila aku tanya dia, dia kata insyaallah. nak kata tak ada effort, adalah sikit dan jangka masa pendek je effort tu bertahan. Sedangkan hubungan dah 1 dekad, Power kan dah 1 dekad, ke ada readers yang lebih lama? Kemana arah hubungan tu?
Sikit lagi aku buat konsert tau! Aku dah naik puas dah keluar ke sana sini tanpa ikatan. Aku dan partner aku ni sama sama tahu keluarga masing masing.
Sejak tahun lepas, aku buat kepala aku. Partner aku ajak keluar, aku bagi beribu alasan. Sebab aku dah malas. Cut story short, aku rasa dah naik bosan sebab hubungan aku dan partner jalan setempat.
Kenapa aku cakap naik bosan?
Sebab aku tak nampak effort partner aku. Effort untuk ke arah yang serius, memang zero bagi aku. Memang tak dinafikan partner aku sangat baik, sabar dia tinggi, aware dengan perasaan aku. Cuma tak aware dengan perasaan aku yang satu ni.
Mak ayah aku ok dengan partner aku, sebab dia cakap pun lembut and sopan santun. Tak macam aku, aku ni petir.
Cuma sejak tahun 2023, mak ayah aku dah mula soal aku bila nak kahwin? Atleast tunang, bila? Partner aku memang ok, perangai dia semua almost perfect depan mata mak ayah aku and aku.
Cuma, aku tak dapat kepastian langsung. Umur aku pun nak menjangkau 29 hujung tahun ni. Aku masih terkapai kapai tanpa kepastian dengan hubungan aku yang jalan setempat ni.
Aku rasa aku dah sampai titik yang aku nak undur diri sebabkan hubungan ni tak ada progress langsung. Macam aku cakap, hubungan ni berjalan setempat.
Umur aku pun makin meningkat, mak ayah aku makin tua. Sampai bila aku nak stay dalam relationship yang taktahu nak kemana. Aku sayang, tapi rasa kesian tu lebih besar dari rasa sayang aku dekat dia.
Salah satu sebab aku dan dia jadi close sebab kawan kawan yang kenankan.
And aku pernah kecewa dulu. Boleh dikatakan aku dah tak ada rasa cinta. And aku confuse dengan perasaan aku, aku pernah solat istikharah minta petunjuk. Petunjuk tu selalu tak ke arah dia.
Tapi dalam masa yang sama aku risau kalau aku terlalu ikutkan perasaan aku. Dia ada wkatu susah senang aku. Dia selalu ada. Dia tak pernah tinggal aku.
Aku pernah tanya partner aku, dia sendiri tak dapat jawab and guna jawapan yang selamat je.
“Kalau dah jodoh tertulis atas sana, mesti berjodoh”
Yang ni aku hairan, aku ni boleh jadi jodoh ke boleh jadi bodoh?
Aku pun ada impian aku, aku pun nak bahagiakan mak ayah aku. Kesian mak ayah aku tiap kali keluarga besar tanya bila aku nak kahwin, mak ayah aku senyum je. Hampir seminggu aku diamkan diri dari partner aku. Partner aku pun ok je tak cari aku.
Beberapa tahun lepas, aku ada mimpi lepas beberapa kali solat istikharah and tahajjud.
Dalam mimpi aku mula mula tak nampak pun siapa lelaki tu, aku tak pasti either aku tak nampak muka lelaki tu atau aku dah lupa muka lelaki tu. Yang aku ingat lelaki tu masuk bilik lama aku yang mana bilik aku tu dah jadi bilik adik aku sekarang. Lelaki tu cakap,
“Takyah takut, kita kan dah nikah”
Dan aku terjaga. Aku terkejut bila mak aku cerita dia mimpi lelaki yang tak nampak muka solat dengan ayah aku. That time aku tak cerita dekat sesiapa pun mimpi aku tentang lelaki faceless yang mengaku dah kahwin dengan aku. Aku tergamam juga masa tu.
Awal Ramadan tahun ni aku mimpi lagi. Aku mimpi keluarga aku ada buat majlis keraian, entah macam mana aku tiba tiba masuk bilik yang mana bilik tu bukan bilik aku tapi layout bilik tu macam bilik aku. Faham kan?
Aku tukar baju tidur and ada seorang perempuan teman aku dalam bilik tu. and ada lelaki masuk bilik tu tiba tiba.
Lelaki tu letak beg dia, and dia cakap,
“Saya balik rumah parents saya tadi ambil baju then tukar baju lepas majlis, nanti saya nak bawak sikit barang saya pindah bilik ni ya”
Aku terdiam ya dalam mimpi tu. Perempuan yang teman aku tu keluar bilik tinggalkan kita berdua. Lelaki tu sibuk kemaskan barang dalam bilik aku tu, aku tengok muka dia. Malam tu aku masuk bilik aku tu balik tengok lelaki tu dah tidur. That time aku nak pegang muka dia, aku terjaga.
And aku ingat muka lelaki tu. Aku kenal dan aku tahu siapa dia. Mula mula aku taknak fikir pun kenapa aku boleh mimpi macam tu, tapi tiap masa mesti teringat and tertanya tanya.
Masa mula mula aku mimpi lelaki faceless tu, aku anggap tu mainan syaitan je. Tapi mimpi awal Ramadan tahun ni aku curious. And sebenarnya lelaki yang dalam mimpi aku tu ada je, last kita berbual face to face bulan November tahun lepas.
Lelaki tu pun aku perasan rajin viewed story ig aku. Selama ni aku tak kisah pun kewujudan dia, tapi sejak mimpi awal Ramadan tu aku selalu tertanya tanya.
Tapi taklah aku pergi confront dia, kang kena beduk aku ni. Aku nak tengok juga sejauh mana partner aku akan biarkan aku diam membisu.
Entahlah, aku sendiri sesak fikir dengan partner aku begitu. Dengan keluarga besar aku begitu. Aku rasa aku nak undurkan diri from something yang tak ada kepastian. Aku tak nak rasa rugi dan menyalahkan diri sendiri if anything bad happen.
Dear readers, doakanlah aku dilapangkan hati dan ikhlas dengan segala sesuatu yang dah terjadi ataupun akan terjadi.
– Lady Bug (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit