Untuk part I, (https://iiumc.com/pandang-aku-semula-ya-allah/).
Assalamualaikum pembaca. Aku sambung cerita aku.
Buat yang taknak baca aku tak kisah, yang membaca jadikanlah sempadan.
Kan aku cakap aku dah dapat kerja. Tak sampai berapa bulan, aku jatuh cinta dengan mamat ni. Dia sangat istimewa sampai aku rasa nak sangat kahwin dengan dia.
Tapi satu masa tu terkantoi aku ada ramai lelaki. Dia terus minta break. Dari situ aku punya down sampai rasa nak mati. Aku telan berapa banyak ubat tidur.
Tak lama lepas tu aku mula muhasabah kesalahan dan dosa aku dalam melayan lelaki dan bercouple ni.
Tak dinafikan aku ni ada la rupa sikit yang bukan awam. Padahal masa kecil dulu aku selalu rasa muka aku ni pelik. Rupanya unik yang tak semua orang ada. Dari situ aku tabaruj. Aku selalu rasa aku ada kelebihan berbanding kawan2 aku.
Aku mula solat tanpa tinggal. Aku tahajud. Hari-hari aku solat taubat dan mula berpuasa sunat. Aku selalu menangis pada Allah atas kesalahan aku selama ni.
Aku mula menjarakkan diri. Tapi lagi kita bertaubat, lagi kuat ujian untuk Allah tengok seberapa kuat iman aku dari perbuat tabiat lama.
Dari detik aku menulis ni, dah masuk 3 tahun aku hilang nikmat ikhlas dalam beribadah. Aku teringat hari terakhir aku solat subuh dengan penuh rasa disayangi Allah.
Hari pertama aku jatuh ke lembah maksiat adalah apabila suami orang cuba chat dan mengajak aku keluar. Aku hilang pedoman lagi.
Ye kami berzina. Dan kantoi dikalangan kami. Aku sangat malu masa tu. Tapi benda haram ni seronok. Lagi sekali suami orang lain try aku. Padahal tiada benefit pun selain rasa keterujaan, dipuji dan kepuasan kelamin.
Aku hanyut bertahun dengan suami orang bersilih ganti. Aku tak pernah tangkap cintan. Aku dah tetapkan hati aku sebab aku takkan dapat pun memiliki mereka ni.
Bila aku solat sekarang, aku hilang rasa nikmat beribadah tu. Mungkin ada perkara yang aku tertinggal untuk buat. Salah satunya aku ada makan duit haram juga tapi bukan dengan berzina. Aku jadi berat.
Bila aku tengok orang solat, aku cemburu dengan istiqamah dia. Aku nak ikut tapi aku tak mandi hadas kadang2. Padahal bila aku nak beli apa2 barang. Aku akan pilih benda yang memudahkan aku untuk solat.
Tapi aku tak pernah solat kecuali bulan ramadhan. Aku solat sebab dipaksa oleh teman lelaki aku yang sekarang. Kami bersekedudukan tapi dia cuba mengubah diri dan aku menjadi lebih baik.
Dulu sebelum kami serumah dia tak pernah tinggal solat tapi bila serumah ni, dia selalu tinggal. Dekat tempat kerja dia solat mcm biasa. Aku tanya kenapa dia tak solat bila dekat rumah.
Dia kata sebab ada aku. Sebab dia tak dapat nak rasa seronok solat tu sebab dia tahu dia tengah buat dosa. Dia paksa percepatkan kahwin sebab nak halang kami dari bermaksiat lagi. Selalu support aku emosi dan agama.
Korang boleh kecam kami tapi masing2 sedang cuba. Naik dan turun iman kami. Aku turutkan sebab aku fikir sampai bila lagi aku nak terjerumus macam ni. Nampak sangat niat kami berkahwin dah salah tapi situasi kami dah jatuh kategori wajib berkahwin.
Aku selalu membayangkan aku dapat umrah dengan suami dan keluarga aku. Aku selalu membayangkan yang aku adalah isteri yang setia dan membesarkan anak2 aku.
Orang keliling aku nampak aku sangat normal zahirnya.
Bagi aku tips untuk keluar dari kancah ni. Aku tak kuat. Aku tak tahu dari mana nak mula. Aku nak jadi wanita normal. Ibu normal kepada anak2 aku.
Aku takut aku tak mampu bagi ilmu agama seluasnya untuk anak2 aku. Aku takut aku masih ada tabiat lama yang kembali memakan diri aku kemudian hari.
Aku tak pernah tenang lagi sejak subuh terakhir tu. Hidup aku penuh huru hara dan bermacam masalah. Keluarga dan tempat kerja.
Bantu aku. Aku taknak mati dalam keadaan begitu hina ni..
– Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit