Luah Mati Mak, Telan Mati Bapak

Aku Madam AZ, berkahwin dengan duda anak 2. Sebelum ini, anak-anak tiri aku stay dengan si ibu sebab hak penjagaan selepas bercerai dapat kepada si ibu.

Tapi suami berjaya dapatkan semula hak penjagaan anak-anaknya daripada mahkamah apabila mahkamah berpuas hati yang anak-anak tersebut terabai dari segi pendidikan apabila si ibu kurang memberi perhatian dari segi pendidikan kepada anak-anaknya.

Terus terang anak-anak tiriku memang jauh kebelakang dalam pelajaran. Membaca menulis memang tak tahu langsung walaupun pada waktu itu sulung berusia 10 tahun dan kedua berusia 8 tahun.

Namun, alhamdulillah setelah kegigihan demi kegigihan aku dan suami usahakan, anak-anak tiriku mula kenal huruf dan boleh membaca dengan lancar.

Tetapi dalam tempoh tersebut memang sangat mencabar dan menguji kekuatan mental aku kerana anak-anak tiriku memang bukan anak-anak yang mindanya senang untuk memahami pelajaran.

Dipendekkan cerita, awal tahun lepas, aku jatuh sakit, aku jadi lesu selama seminggu, jantung aku berdenyut kuat selama seminggu membuatkan badan aku menggigil dan lesu.

Setelah ke hospital Dr mengesahkan aku mengidap Darah Tinggi pada usia 31 tahun. Dr menasihati aku supaya menjauhkan diri dari apa-apa penyebab kepada stress dan mula konsumi ubat untuk menstabilkan tekanan darah aku semula.

Untuk menjaga kesihatan diriku, aku mula kurangkan fokus aku terhadap pendidikan kedua-dua anak tiriku.

Maksudnya disini ialah, aku tidak lagi mengajar anak-anakku dirumah kerana stress level aku akan naik tinggi bila mula mengajar mereka atau buat latihan dirumah kerana mereka memang sukar untuk faham walaupun dah boleh membaca dan menulis.

Menjadi dilema aku sekarang ini ialah, adakah aku perlu tutup mata dengan keadaan pelajaran anak-anak tiriku demi menjaga kesihatan aku atau aku perlu fokus kepada pembelajaran mereka tetapi akan menggangu kesihatan aku?

Untuk makluman, aku tidak pernah miss untuk hantar anak-anak ke sekolah. Cuma kelas tambahan sahaja tak hantar sebab kami bukan keluarga yang agak senang untuk keluarkan duit setiap bulan untuk bayar yuran tambahan.

Walaupun mereka anak-anak tiriku, tapi jauh dari sudut hati aku nak mereka berdua pandai. Tapi usaha dari kita tak memadai sekiranya dari diri anak-anak sendiri tak mahu berusaha untuk menjadi pandai. Mereka berdua memang malas belajar.

Kalau aku diam, memang mereka berdua akan menonton tv selepas pulang dari sekolah sehingga malam. Kalau aku marah dan mengamuk barulah mereka berdua tutup tv dan ambil buku belajar.

Tak sampai 15 minit, seorang akan tidur, seorang lagi duduk dalam bilik menyusun2 bilik lah, buku lah, ada je buat benda.

Sekarang ini sulung sudah berusia 12 tahun. Tak lama lagi akan masuk sekolah menengah, tapi hanya pandai buat soalan matematik yang direct tambah tolak darab bahagi. Bila ada soalan ayat terus tak faham nak kena buat apa.

Soalan berkaitan jam analog pun tak tahu walaupun dah ajar berkali-kali masih jugak tak boleh faham. Apatah BM buat karangan lansung tak boleh nak huraikan isi. Soalan ABC cuma bulat2kan agak2. Yang adiknya cuma tau tambah tolak yang basic sahaja.

Saya perlukan cadangan atau cara bagaimana cara untuk atasi masalah ini. Saya rasa saya macam tak mampu dah untuk mengajar anak-anak sebab tekanan darah saya sudah mula tak stabil sejak sebulan dua ni, naik sehingga 165/90 dan susah nak turun.

Ayah mereka kerja keluar rumah sebelum subuh balik selepas maghrib memang susah untuk fokus pada pelajaran anak-anak. Sekadar tanya atau tunggu weekend lah baru anak-anak tanya soalan yang tak faham kepada ayah mereka.

Itupun sama jugak, ajar subjek yang sama berulang-ulang jugak masih susah nak faham. Kadang memang rasa nak give up, biar je mereka seronok tengok tv dan main. Serba salah, semua tak kena. Hurmm.

– Madam AZ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Madam AZ.., sekarang ada je skolah ‘khas’ kerjaan utk murid2 yg lambat membaca, menulis, mngira dsb.. (knk2 yg ‘lembam’), mngkin bole consider utk masukkn mereka ke sana.. seperkara lagi, ayahnya telah mengambil hak menjaga mereka krn ibu mereka yg x boleh ajar mereka, so dia kna la cari jln utk didik mereka dgn apa cara sekali pon, & bknnya serahkan kpd awk bulat2.. bincang dgn suami tu, supaya klau boleh dia balik awal, or bla hari cuti, fokus utk pendidikan mereka.. tentang penyakit awk tu, klau dah amk obat drh tinggi, sepatutnya penyakit awk dah ‘terkawal’, bacaan tu pon x terlalu tinggi, cuma kna jaga makan n emosi.. awk masih muda lagi, n perlu jaga kesihatan awk, utk jaga ank2 awk.. cuba bincang sgn suami, jika awk perlukan ‘pembantu rumah’.. klau x mampu, so skali lagi suami tu kna ‘main peranan’ utk bantu awk dgn kerja2 rumah n juga yg melibatkan hal anak2.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *