Assalamualaikum, semoga pembaca IIUM Confession sihat sejahtera dan ceria selalu! Aamiin. Hehe. Aku Suri, 30 tahun. Janda tapi tiada rezeki zuriat. Cukup tu jela perkenalan kita. Hehe.
Seperti tajuk di atas, aku mudahkan jela story aku ni sebab aku betul-betul tengah dalam di lema. Mungkin pendapat serta nasihat dari kamurang boleh bikin saya tenang dan buka mata saya yang buta ini.
Aku ada kenal someone ni sebaya aku so called boyfriend lah. Orangnya tinggi sedap mata memandang & semestinya bujang! Dia tak kerja tapi run business sendiri.
Masa lalu dia semua dia cerita kat aku, maksudnya aku tahu lah baik buruk dia. Tapi aku okay je, aku tak judge. Aku bukan Tuhan nak hukum orang.
Ok masalahnya di sini, selama kami kenal ni aku boleh kira berapa kali aku keluar dating dengan dia. Jumpa selalu juga sebab rumah kami dekat. Tapi jumpa makan lepak-lepak kejap pastu done. Movie date sekali je.
Aku tak okay sebab aku suka berjalan. Aku suka cari makan. Tapi dia tak suka buat benda ni. Aku dah tanya , jawapan dia boleh cuba nanti. Tapi sekadar cakap jela.
Call memang tak. Kami selalu text je. Tapi tu pun hambar. Balas sepatah sepatah. Dia update juga kat aku dia pergi mana, tengah kerja ke, tengah buat apa semua dia bagi gambar. Untuk sweet sweet tu memang tak ada ye. Dia takat i love you, miss you je.
Alasan dia sekarang dia tak boleh fokus benda lagha ni sebab dia nak settle business & hutang etc etc. Ye aku tahu tak ada orang yang busy 24/7 kalau kita ni tak penting.
Aku ada je tanya dia aku ni penting ke tak? Nak stay ke tak, serius dengan aku ke tak?
Dia jawab penting, nak stay, serius, tapi bagi dia settle hutang2 dia dulu.. settle masalah dulu, tahun depan dia ajak kahwin. Tapi jangan menekan.
Aku menekan ke? Aku just tanya benda ni tu pun sekali dua je. Pastu aku pun teruskan hidup macam biasa. Aku pergi mana mana sendiri, apa semua sendiri.
Dia akan ambil aku balik keje kalau hujan je. Tu pun kalau aku minta amik. Kadang-kadang aku malas nak jumpa pun, so aku redah je naik motor.
Aku masih boleh tolak ansur dengan perangai yang di atas ni, tapi aku tak boleh dengan perempuan. Dia bagitahu je ada perempuan dm dia ke nak test market kat dia semua dia tunjuk je aku.
Tapi aku tak boleh nak terima bila perempuan2 ni guna gambar motor bf aku pastu buat content. Gambar2 tu pula gambar dia hantar kat aku time otw nak dating dengan aku.
Aku punya otak dah merantau habis dah. Tak tahu nak percaya ke tak kalau dia kata orang lain yang bagi kat perempuan tu. Sebab gambar tu dia letak dalam group motor dorang.
Aku masih in denial ye. Aku tahu dia sayang aku. Sebab dia memang dengar cakap aku, tapi entahlah aku rasa macam tak ada reason aku nak bertahan dengan hubungan macam ni. Sebab aku ni mengada ngada. Aku sedar aku ni perlukan perhatian extra.
Cuma yang buat aku stay tu, sebab dia jaga elok-elok dari orang fikir aku ni sama macam perempuan yang dia check in. Dia macam keep aku dalam box weh. Kalau korang tanya aku, aku sayang dia. Tapi sekarang rasa macam redha jela malas nak stay.
Aku tak faham bahasa cinta dia macam mana. Dia ego tinggi sangat, tapi dia tak pernah marah aku. Tak pernah pukul aku. Cuma jenis dia ni straightforward and dia nak aku trust je apa yang dia cakap tu. Kalau dia tak buat means tak perlu nak explain apa2, just percaya je.
Aku ni perempuan overthinking! Baru ni aku macam silent treatment sehari pandai pula dia cari aku. Aku pun ada masalah, aku pun ada trauma dengan perkahwinan aku sebelum ni.
Tapi setakat ni dia memang tak nak dengar apa apa cerita or luahan dari aku. Bagi aku benda ni tak penting, just move on and banyak benda lain lagi penting dia kene fikir.
Aku tahu aku ada pengalaman berkahwin juga, tapi ketahuilah aku bodoh untuk bercinta sekarang. Kenapa tak cari duda? Sebab yang datang bujang.
Korang nasihat lah aku, aku ni tak biasa atau memang aku tak penting hahaha. Tapi jangan kasar kasar tau sebab kitonyo manjaa nanti nangis sentap.
– Suru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
You’re 30. You’re adult. You ada experience dgn marriage sebelum ni. Then kenapa wasting your time dgn benda benda mcm ni? Baca sekali imbas je pun org boleh agak yg lelaki tu tak serious. Of course dia ada sisi baik dia, but it doesn’t mean dia serious. Kumpul duit pakai cantik cantik, pegi class pilates, pegi kelas agama, ramaikan circle, Spend time dgn anak & family. Sampai satu waktu you jumpa lelaki yg langsung tak ada excuse apa apa, yg jenis walk the talk & ada vision. Then kahwin.