Ini perkahwinan kedua aku selepas perkahwinan yang pertama berakhir dengan perceraian setelah 3 tahun berumah tangga.
Perkahwinan kedua ni pun nak masuk angka keempat, dan rasanya bakal berakhir juga tak lama lagi.
Untuk move on dari perceraian pertama, saya ambil masa yang agak lama.. . Sebab saya sangat mencintai bekas isteri.
Tapi dah jodoh sampai situ saja kot. Dia tak mahu berdamai dah. Walaupun berat, tapi saya terpaksa reda.
Ketika tu la saya berkenalan dengan isteri sekarang melalui media sosial.
Masa tu sekadar kawan-kawan saja la. Sebab secara jujurnya, saya masih ada trauma dengan perempuan. Lepas tu perasaan sayang pada bekas isteri masih ada. So saya tak sedia pada perhubungan baru.
Saya selalu hidup dalam pengharapan agar bekas isteri rujuk kembali dengan saya.
Isteri sekarang masa tu berstatus isteri orang juga. Masa tu saya tak tahu. Dah dekat tarikh cerai tu baru dia bagitahu.
Isteri sekarang faham dan hormat saja perasaan saya pada bekas isteri saya. Tapi dalam masa yang sama, dia meluahkan perasaan cinta pada saya.
Masa tu 24 jam dia tunjuk effort pada saya. Isteri sekarang penjawat awam berbadan uniform. So kerja ada shift.
Masa tu 24 jam dia nak saya berteman. Kami selalu on call walaupun masa dia duty. Dia sangat hormat saya, tutur kata dia lemah lembut, manja dan dia sangat tunjuk dia betul-betul nak saya.
Banyak kali dia ajak kahwin. Lama-lama perasaan suka dah mula terbit kat dia selepas setahun kami berkawan. Dia pun dah bercerai dengan bekas suami dia masa tu.
Awal kahwin, kami sangat bahagia. Kami sama-sama duduk KL sebab kerja sini walaupun asal-usul kami bukan KL.
Isteri saya orang Borneo. Saya orang utara. Masa tu saya selalu berazam nak jadi pasangan yang terbaik untuk dia. Memahami dia.. . hormat dia.
Saya tak nak sikap saya pada bekas isteri berulang dengan isteri sekarang. Dulu saya seorang baran, suka mendesak, kuat cemburu, kuat control.
Saya jadi macam tu sebab saya sayang pada pasangan saya. Tapi bekas isteri saya curang dengan saya.. . ada hubungan dengan orang lain.
Lepas tu saya muhasabah diri.. . saya fikir mungkin kerana sikap saya semua tu terjadi.
Saya mula berubah. Saya pun hairan dengan perubahan saya yang beza 360 darjah. Sebelum tu saya ada juga pergi terapi, kaunseling semua untuk belajar attitude yang baik.
Saya selalu cakap kat isteri sekarang, saya dah jadi watak jahat dalam hidup bekas isteri, tapi saya nak jadi watak yang baik saja dalam hidup awak.
Saya tak nak jadi jahat pada sesiapa pun. Saya sangat menyesal dengan past saya. Saya sedar, sikap nak menang akhirnya membuat kita hilang orang tersayang saja. So saya tak nak hilang sesiapa lagi.
Character isteri sekarang lebih mudah difahami, tak banyak drama macam pasangan sebelum ni.
Dua tahun tu hidup kami sangat bahagia. Berkepit sentiasa, macam kawan baik pun ada.
Minat kami pun sama. Kami tak pernah gaduh langsung. Sentiasa rindu satu sama lain.. . masih on call di tempat kerja. Masa tu saya rasa sangat bahagia.
Saya fikir mungkin ini hikmah Tuhan hadiahkan untuk saya. Saya pun dah lupa bekas isteri dan bersyukur dengan isteri sekarang. Family dia pun bagus. Saya fikir sampai bila-bila pun kami akan macam ni.
Semuanya ok sampai la dia dapat kenaikan pangkat dan kena lapor diri ke Borneo.
Masa tu sedih juga tapi dia cakap dia akan minta tukar balik. Tapi penukaran dia ke Borneo buat keluarga dia happy.
Kehidupan PJJ kami pada awalnya semua ok. Sebulan sekali atau dua kali kami berjumpa.
Kat sana dia dah tak shift. Dia kerja normal. Sabtu Ahad cuti. So mudah untuk kami jumpa.
Macam awal-awal bercinta tu. Kami asyik on call. VC sampai tertidur. Lepas tu atur cuti, pergi holiday.. . sebab office baru ni dia mudah cuti.
Masa tu PJJ tu tak rasa susah pun untuk saya. Rasa benda tu buat kami makin kasih dan rindu satu sama lain. Macam masih berhoneymoon.
Saya tak tahu la kat mana silapnya. Perlahan-lahan semuanya mula renggang. Isteri nampak happy kat sana.. . ada kawan-kawan baru banyak.
Kawan-kawan dia semua perempuan. Tapi sorang dua dia agak rapat. Selalu hang out. Kemudian dia kerap kursus sana sini.
Kalau tak silap saya, bermula dengan gangguan line telefon. Kejap ok kejap tak.. . nak bercakap pun susah.. . mesej ok.
Lepas tu perlahan-lahan calling pagi dah tak ada.. . petang dah tak ada.. . malam dah jarang.
Sebab dia mula sibuk dengan kelab badminton badan uniform dia tu. Mula-mula saya ok saja.. . cuba hormat dia.
Kan saya cakap, saya bagi kepercayaan, kebebasan. Saya tak nak jadi macam dulu, mengongkong atau banyak tanya.
Dulu dia pun selalu cemburu dengan saya. Kalau mesej rakan sekerja ke apa ke. Dia suka juga check telefon saya.. .
Saya ok saja semua tu. Dia pun selalu share juga pasal kawan-kawan dia.. . kadang tunjuk mesej kawan perempuan dia.
Mesej dengan kawan perempuan dia agak mesra. Bersayang-sayang berbaby-baby. Dia kerap up status pergi makan. Pergi sana sini.
Saya kerap juga gurau, tu skandal ke. Tapi dia cerita semua ibarat tak ada rahsia antara kami.
TikTok dia pun siapa mesej dia bagitahu. Tak kira lelaki atau perempuan. Dia ada saja tunjuk mesej-mesej dia. Sampai la saya rasa perubahan dia beberapa bulan ni.
Mungkin start awal tahun ni kot. Dan yang paling ketara sebulan dua ni dia sangat dingin.
WhatsApp saya pun tak balas. Bila tanya, dia kata lupa la.. . line tak ok la. Saya pun lepas tu sibuk dengan urusan kerja.
Dia pun jarang datang sini. Alasan kursus. Kira tahun ni, raya hari tu la kami jumpa. Dua minggu dia cuti. Masa tu macam biasa saja la.
Lepas tu ni baru minggu ni kami jumpa kemuncak segala-galanya. Sebelum tu, kami dah mula ada isu.. .
Sebabnya dia dah tak balas mesej.. Call asyik reject. Tapi dia cakap tak reject. Kononnya line.
Lepas tu dia cakap dia dah busy kerja.. Balik nak tido. Nak rehat. Cakap sekejap2 macam dah bosan.
Sebabnya ada sekali tu dia call nak manja² masa saya tengah busy buat urusan kerja.
Masa tu saya bukan tinggi suara, cuma mungkin nada saya serius sebab saya tengah focus kerja. Saya cakap awak ni masa saya free tak nak call.. Time orang busy dia sbuk nak bermanja.
Itu saja la kot salah saya. Percakapan tu mungkin menguris hati dia. Lepas tu dia terus cakap ye la buat la dulu.
Lepas pada tu saya perasan dia dah tak cari saya. Saya tulis apa yang saya perasan, wasap saya dia jarang balas kalau benda tu berkait perasaan.
Kalau saya mesej I miss u ke apa ke. Dia tak balas. Kalau dia rasa tak penting, dia tak balas. Kalau penting pun sepatah saja. Tak macam dulu banyak cakap.
Isteri sekarang jenis suka ignore. Kalau kita marah ke tanya ke, dia akan buat macam kita cakap sorang2. Tak akan ada respon dari dia. Akhirnya kita sendiri akan terdiam dah orang buat macam tunggul.
Kami baru ni pergi kenduri kat kota baru.. Kenduri kawan dia. Saya ajak dia lajakkn cuti pergi thai.
Dia cakap ok.. Saya dah book flight semua sekali cuti saya.. Tiba² lagi seminggu nak prgi. Dia cakap dia tak dapat cuti. Dia suruh cancel.
Ok tak pe la yang tu. Saya dah perasan dia dah tak panggil saya sayang.. Saya awak ja dan yang paling ketara pangil saya by name.. Mohd.
Lepas tu soal perasaan tak balas. Dia balas hal penting saja. Saya dah puas tanya, dia tak jawab apa².
Style dia. Jenis ignore ja.. Bagi dia esok lusa ok sendiri. Cara dia macam tak kisah pun saya ada atau tak.
Dia kerap dengan geng² perempuan tu. Sampai saya pun dia dah tak peduli.
Kemuncaknya, yang nak pergi kenduri kat kb tu kan. Flight saya delay lama sebab cuaca buruk.
Dia dah sampai airport kb 7 petang.. Saya sampai 10 malam. Dia macam nak marah². Padahal bukan salah saya.
Sedangkan mas emel delay flight 2 kali. Flight pukul 5 delay pukul 7. Lepas tu delay lagi sejam. Dan saya dah maklum kat dia dah..
Saya tanya nak tak saya cancel, ambik air asia. Dia cakap tak pe. Sebab dia pun akan sampai pukul 7 lebih.. Dia boleh tunggu. Lepas tu nak marah saya pulak sebab lambat.
Sampai sana dia tak salam saya pun.. Saya yang hulur tangan. Dia sambut acuh tak acuh.
Lepas tu asyik dengan fon ja. Dia jalan belakang saya.. Macam text someone senyum². Tak de pun macam dulu sama2 cari grab ke apa ke.
Saya dah panas hati dah sebenarnya. Lepas tu order grab susah dapat. Dia macam tak peduli apa.
Dia duduk kat tempat tersorok lepas tu macam cakap fon.. Senyum² slow². Macam dia dengan saya awal² dulu. Saya ni macam tunggul dia langsung tak peduli.
Saya dah tak sedap hati. Lepas tu saya pergi kat dia, dia macam kelam kabut letak fon.
Saya tanya sapa. Dia cakap kawan.. Kirim barang la apa la. Saya tak nak gaduh ja sebenarnya.
Lepas tu dapat grab, dalam keta dia tido. Kami sampai hotel tu, dia macam kesana kesini. Macam tak nak berhadapan saya.
Dulu² sebelum² ni, dia akan peluk saya.. Cakap rindu la apa la. Tapi hari tu tak de. Perubahan dia sangat ketara.
Dia macam sangat kekok dengan sentuhan saya dan asyik mengelak ja. Saya macam mengusik, rindu la. Nak kiss la.
Dia kata saya nak mandi la.. Saya letih, penat nak tido.. Dia macam tak de mood. Dan ada tinggi suara sikit tanda dia tak suka. Tu first time dia tinggi suara kat saya.
Sebelum² ni dia tido mesti nak saya peluk. Kalau saya jauh sikit pun dia akan marah. Nak kata punya dia tak nak berengang.
Tapi malam tu, dia sangat jauh dari katill.. Ibarat sikit lagi boleh jatuh.. Saya ada peluk dia, dia diam ja. Lepas tu slow² dia rengangkan.
Malam tu saya langsung tak boleh tido. Sebab terfikir perubahan sikap dia.. Pangilan dia pun dah berubah.
Selalu dia pangil sayang.. Tapi dia macam tak dapat nak sebut dah perkataan tu. Ibarat sangat kekok dan payah untuk dia sebut walaupun saya paksa sebut. Tapi dia terus diam.
Ibarat macam kalau dia pangil saya sayang, benda tu satu bentuk pengkianatan pada bf dia tu.
Malah pertanyaan saya ,awak sayang saya ke tak.. Langsung tak di jawab. Semua tu dia alihkan dengan ayat dia saya lapar.. Saya letih. Dan macam2 lagi.
Even sebelum jumpa dia, dalam mesej saya dah tanya banyak kali dah.. Tapi dia akan balas saya nak tido, saya letih. Bye.
Saya bukan bodoh. Saya fikir kenapa dengan dia ni. Pasal soal hari tu, saya dah mintak maaf dah.
Tak kan la pasal tu dia nak berubah macam ni.. Tapi perubahan tu seperti dia ada orang lain la.
Kami sampai kb hari jumaat kan.. Kenduri sabtu. Pagi masa tido, saya tak pasti pukul berapa.
Telefon dia bunyi.. Macam orang call.. Saya terjaga. Dia pun terjaga. Tapi dia tak jawab.
Saya tanya sapa call, dia tak jawab jugak. Lepas tu bunyi mesej masuk. Call tu 3 kali tau. Saya tak tahu siapa.
Lepas tu dia mesej orang tu. Dia letak fon dia lepas tu suruh saya pergi mandi semua. Saya macam nak malas² dulu.
Saya tak nak rosakkan mood dia.. Saya nak manja², dia elak.. Terus dia bangun , dia kata tak pe la kalau awak tak nak mandi. Saya pergi mandi dulu la.
Selalu dia tak macam tu pun.. Dia tak pernah bersikap macam ni pun.. Saya dah tanya berulang kali kenapa, tapi dia kata tak de apa.
Lepas dia mandi, saya pulak mandi. Oh ya, masa dia mandi pun, telefon dia bawak ke tandas tau. Ni paling pelik.
Lepas tu saya pergi mandi. Saya keluar dari tandas, dia masih berkemban dan tengah cakap fon. Suara sangat slow.
Lepas tu dia perasan saya dah keluar dia letak fon.. Dia kalau orang² saya kenal call, dia cakap adik dia call la. Bapak dia call la.
Saya nak tengok fon memang dia tak bagi dan jadi kasar dengan saya. Tapi saya menahan diri dari berkasar dengan dia. Sebab saya sayang dia.
Saya tak tahu kenapa dengan dia. Sampaikan nak kongsi starw minum dengan saya pun dia tak nak. Macam dah jijik pulak dengan saya.
Pagi dah tak kejut saya. Dia siap cakap ahad tu nak balik awal. Saya kata spend la masa sama².
Kali ni jumpa tak pergi mana.. Makan, hotel. Dia asyik nak balik.. Jalan dah tak suka saya sentuh².. Asyik elak. Asyik dengan fon.
Esok ahad tu masing² nak balik dah.. Ahad pagi tu saya paksa dia cakap apa semua.
Saya tanya, awak dah ada orang lain ke. Dia diam.. Tak nak jawab tak nak apa.
Dia ungkit apa yang saya pernah cakap dulu. Dulu ex wife saya pernah cakap, saya ni as a friend saya sangat bagus. Sebab dengan ex wife kami dari kawan, kemudian kahwin.
Ex saya cakap lepas cerai kita still kawan.. Tapi saya tak nak. Saya ada perasaaan kat dia mana boleh bekawan.
So saya pernah la cakap kat wife pasal tu. Saya cakap menyesal nak fiikir ego.. Sekarang nak kawan pun dah tak boleh.
So wife saya ungkit soal tu.. Saya macam dah kenapa cakap pasal tu sekarang.
Dia kata awak pernah cakap kan incase in future kita tak de jodoh, kita boleh kekal kawan kan.
Tak tahu la kenapa, auto air mata saya menitik. Saya menangis depan dia.. Tapi saya tak mampu bercakap.
Dia pandang ja saya, tapi dia diam ja.. Muka dia nampak la sedih. Tapi tak de la menangis ke apa.
Saya cakap kenapa la macam ni. Hubungan nak bina punya la susah, tapi nak hancurkan sekejap masa ja.
Masa tu dia kata awak ni fikir bukan2 la.. Lepas tu dia cakap jom la nanti lewat pulak.
Dekat airport saya macam down sangat.. Asyik rasa sebak ja. Dia pun perasan. Dia pun banyak diam.
Flight kami beza 2 jam.. Dia jam 3,saya jam 5.. So dia akan terbang dulu. Masa tu dia ada ajak saya lepak kat gate dia.
Tapi tak de sembang apa sangat. Saya memikirkan banyak hal.. Lepas tu dia kata nak pergi tandas.. Lepas sejam baru muncul time2 nak boarding.
Saya tanya lamanya. Dia cakap sakit perut. Tapi hati saya rasa dia pergi bergayut dengan orang tu kot.
Oleh kerana saya macam beremosi, saya macam ada la ungkit beberapa perkara.. Tapi dia macam malas nak layan.
Dia kata ok la saya nak pergi msuk dah ni.. Dan terus pergi macam tu ja.. Salam pun tak, apa pun tak.
Masa nak masuk ja dia ada pandang saya. Saya yang beriya wasap dia. Nanti bagitau dah sampai ke apa.
Tapi dia langsung tak tanya pun saya dah sampai rumah ke tak.. Ibarat tak peduli saya dah.. Saya pulak nak kena bagitau walaupun dia tak tanya. Tu pun dia reply ok ja.
Tak de tanya saya makan ke tak ke. Lepas tu saya dah tak boleh tido. Saya tahu dia ada orang lain.. Kat kb pun saya sindir2 nak korek cerita cuma dia tak nak mengaku.
Esoknya saya wasap dia. Saya tanya cuti gawai pergi mana ke.. Saya tanya tu sebabnya nak tahu dia nak datang jumpa saya ke tak.
Sebab dia tak de ura2 nak datang jumpa saya dah. Dia cakap tak pergi mana. Tapi ada majlis dan program gawai. Mungkin sibuk yang tu ja. Lain tu ada kat rumah. Dia tanya kenapa.
Saya kata kalau awak tak datang, saya la datang kat awak.. Terus dia diam.. Tak jawab apa dah. So dia tak nak saya datang la kan.
Saya pun dah susun ayat sebenarnya. Saya wasap ja. Dah dia macam tak suka on call dengan saya.
Saya mintak dia jelaskan apa yang tengah berlaku. Saya kata saya ni suami awak.. Bukan housemate awak.
Dan kita dah pernah janji nak bersikap professional dalam hubungan kita.. Maksudnya hubungan kita tak akan ada paksaan. Incase kalau salah seorang rasa dah tak boleh pergi, kita berterus terang ja. Dan kemudian maintain kawan.
Saya kata saya rasa awak dah ada orang lain.. Sebab walaupun orang tu jauh, awak nampak lebih nak jaga hati dia berbanding saya suami awak sendiri.
Sebab saya bukan bodoh.. Dan saya pasti orang tu tahu dia ada suami. Ibarat macam lelaki yang tengah kemaruk cemburu tak tentu hala.
Risau kami ada buat hubungan tu kalau berjumpa. So saya faham lelaki tu sangat rasa tak senang duduk la kot kan.
Kenapa lelaki tu seberani itu walupun dia tahu gf dia dengan suami dia. Sebab pasti isteri ada cakap apa2 kan.. Ataupun tak tahu la kot2 laki tu ingat isteri single. Tapi macam mustahil ja.
So isteri berterus terang dalam hati dia dah ada orang lain. Dia kata dia sendiri tak pasti bila dia rasa kami makin rengang.
Dia kata sejak saya ada masalah kat tempat kerja tu, saya macam banyak abaikkan dia. Dan kemudian dia rasa dia semakin terasing.
Sekali tu ja kan salah saya. Sedangkan saya dah bagitahu dia saya memang tengah ada masalah. Dan dah mintak maaf.
Semudah tu saja ka bagi orang perempuan? Di mana kesetian tu terletak?. Kalau itu satu reason untuk curang, pasti setiap 1 saat berlaku perceraian saya rasa.
Tapi saya masih kekal tenang. Nak dengar dia cakap apa. Kali ni dia balas sangat panjang.
Saya rasa isteri dalam kekeliruan ke apa tak tahu la. Dia kata saat dia tahu hati dia suka orang lain, dia menangis memikirkan saya..
Dia kata dia try nak terus terang, tapi tak mampu bila tengok muka saya. Tambahan hari ahad sebelum kami balik tu. Bila dia tengok saya menangis, dia tak sampai hati nak bagitau perkara sebenar.
Dia kata dia baru ja dengan laki ni. Dia pun tak tahu lagi orang tu macam mana. Tapi dia tak nak bandingkan sebab saya dan laki tu masing2 berbeza.
Saya cuma cakap kalau macam tu kita uruskan perceraian kita. Dia reply ok.
Tapi lepas tu dia letak icon menangis, dia cakap tapi kita tetap kawan kan. Sebab saya kenang semua jasa dan budi awak.. Lagipun awak tak salah pada saya pun.. Dan awak layan saya baik. Saya tak nak hilang awak. Tolong jangan hilangkan diri.
Saya cuma balas ok ja walaupun perasan sedih saya ni tuhan ja tahu. Tapi saya memilih untuk banyak diam dari merayu atau mintak peluang.
Sebab saya belajar dari perkahwinan sebelum ni.. Kalau orang nak pergi, orang akan pergi saja la.. Merayu ke, apa ke, nak ubah hati ke tak de guna lagi la.. Sebab orang terima mungkin sebab kesian, tapi bukan sebab sayang.
Oo ya cakap pasal sayang, malam hari ahad tu saya solat. Isteri tak solat, dia kata haid dia masih ada sikit2.
Tapi saya sayu sangat sebab dah rasa isteri ada orang lain.. Masa solat saya menangis. Tak tahu la dia perasan ke apa. Dia duduk kat kerusi main fon ja.
Lepas solat saya terus baring kat katil. Tak bercakap, atau tunggu dia. Saya terus macam pergi tido, tapi saya tak tidur, just pejam mata.
Lama lepas tu isteri tutup lampu semua, dia datang selimutkan saya. Banyak kali dia alter2 selimut tu.. Masa tu rasa la isteri ni masih sayang saya ke.
Lepas tu dia ada peluk saya. Tapi bukan peluk erat, macam letak tangan atas dada saya. Kira rapat dengan saya. Bukan macam hari first tido sangat hujung ke katil.
Saya pun tak tahu dia fikir apa. Adakah dia tengah keliru dengan perasaan dia atau apa tak tahu la.
Saya tanya kepastian tu hari isnin kan. Petang tu dia call saya masa balik kerja.. Which is benda yang dah lama dia tak buat.
Dan after long time, nada dia bercakap sangat lembut seperti awal2 kenal. Dia tanya kerja macam mana apa semua.. Dah makan ke apa.
Saya pun jawab apa yang dia tanya. Lepas tu dia kata, saya call ni nak tanya awak ok ke tak. Saya kata ok ja.
Lepas tu dia kata kenapa saya rasa macam awak tak ok. Saya jawab ok ke tak ok ke kena ok jugak kan. Saya kata kurang2 awak dah terus terang, beban kat hati awak mesti dah ringan kan. Dia diam ja. Lepas tu dia kata ok la kalau awak ok. Saya dah sampai court badminton.
Lepas tu tak de dah dia call atau mesej.. Esoknya dia wasap saya dia tanya saya jadi ke datang gawai nanti..
Saya kata tak jadi. Dia balas em ok la. Saya kata macam mana nak datang bila dah tahu semua benda. Macam mana kita nak berhadapn lagi.
Dia kata ye dia tahu. Dia just tanya untuk confirmation ja.. Lepas tu saya dah tak balas.
Tapi jauh di sudut hati, saya rindu sangat kat dia.. Saya sayang sangat kat dia.. Saya tak nak kami berakhir. Saya nak kekal sampai mati.
Tapi apa kan daya, hidup saya diuji macam ni.. Kadang2 saya pelik, selalu saya baca isteri yang dapat suami curang.
Saya ni tak pernah curang, tapi asyik dapat isteri curang. Dan kalau nak curang, buat apa beriya tackle saya.
Saya tanya isteri saya tau, saya ni ada layan awak tak baik ke. Ada kelemahan saya apa2 ke. Dia kata tak de. Dia kata awak baik ja.. Cuma lama2 dia rasa kosong.
Sedangkan masa dia dapat tukar, saya pun cakap nak berhenti kerja datang sana kerja sana.
Dia tak bagi. Dia cakap sini susah dapat kerja. Lagipun kerja saya dah bagus kat semenanjung. Dan dia kata lepas 3 tahun, dia boleh tukar balik semenanjung.. So dia suruh saya sabar.
Akhirnya ini ke balasan atas kesabaran saya?? Saya diamkan diri sementara nak tunggu tarikh makamah.
Dalam pada tu saya berdoa dia kembali kat saya ke apa ke. Tapi nampaknya dia tak kisah pun la.
Ni dah dua minggu kami masing2 senyap. Dia pun tak cari saya, saya pun tak akan cari dia dah.
Bagi sesetengah perempuan, perkahwinan ni satu permainan mungkin.
Apa pun saya hargai ja semua kebaikan dia. Dia banyak bantu saya move on dalam hidup. Banyak ciptakan kenangan untuk saya..
Mungkin saya yang tak baik untuk sapa2. Eh silap, saya yang tak layak untuk sapa2 kot..
Doakan saya terus kuat ya.
– Mohd (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Kau anggap aje lah semua ni sbg kifarah sbb kau dulu jahat dgn isteri dari perkahwinan pertama kau