Perjalanan Menuju Mahligai Bahagia

Assalamualaikum. Hai nama samaran aku Jue. Terlebih dahulu, terima kasih kerana siarkan cerita aku. Aku berasal dari selatan tanah air dan merantau ke utara, mencari ilmu dan mencari rezeki. Sudah 5 tahun berkahwin dan juga menetap di utara. Katogeri gen y juga ini bha.

Dan ini kisah hidupku menuju ke alam perkahwinan. Maaf jika panjang dan berliku2. Apa yang baik ambillah sebagai pedoman dan yang buruk jadikan sempadan. Terima kasih sudi membaca kisahku.

Sejak kecik aku sudah biasa jauh dari family, dari sekolah rendah sudah tinggal di asrama sekolah agama swasta. Sekolah menengah pula hanya sekolah harian biasa. Orang tua aku meninggal ketika aku 11 tahun disebabkan kemalangan, aku hanya ada kakak tiri, itu hasil dari perkahwinan pertama ayahku.

Setelah isterinya meninggal, barulah ayah kahwin dengan ibuku dan hasilnya aku lah anak mereka. Dan aku dijaga dan dibesarkan oleh nenek tiri iaitu Nekmi (nenek kakakku). Setelah kematian orang tuaku, kami dibela oleh nekmi.

Ibu dan ayah anak bongsu dan mereka sudah kematian orang tua mereka bahkan adik beradik mereka pun ada yg sudah meninggal jika ada sekalipun kebanyakkan sudah lanjut usia, uzur atau hidup dalam kesusahan. Disebabkan itu nekmi ambil tanggungjawab itu dan jaga kami berdua.

Beza usia aku dengan kakak ialah 10 atau 11 tahun. Masa orang tua aku meninggal pun kakak tengah sambung belajar. Jadi aku banyak masa dengan nekmi je. Berkat nekmi yang kuat pegangan agama, kami berdua membesar menjadi insan yang mengamalkan agama dengan baik btw nekmi ialah guru alquran. Sekarang kakak pun berkerjaya sebagai ustazah.

Walaupun dah tinggal jauh tapi aku masih mengekalkan hubungan baik dengannya. Inilah pengenalan tentang hidupku, yang menjadikan aku wanita yang kuat, berdikari dan berani. Maaf panjang sangat pengenalan pun.

Aku nak cerita tentang kehidupan aku yang sekarang. Aku dah terbiasa dengan suasana islamik. Jadi aku selalu dibetulkan dengan istilah “istikarah bukan alat penentu jodoh”. Pertama kali, ada ustaz cerita di sekolah, sebelum kita jumpa seseorang yang kita suka lagi, kita perlu terlebih dahulu amalkan istikarah supaya kita dapat buat pilihan yang betul.

Dalam usrah2 pun banyak kali naqibah tekankan, kalau dah suka seseorang lepas tu buat istikarah memanglah si dia yang muncul dalam mimpi sebab dah kita sukakan dia memanglah masuk mimpi. Well zaman aku study dulu topik usrah ni banyak yang bab kahwin muda, couple haram, ikhtilat hahaha. Kelakar bila ingat.

Habis zaman study hampir 5 tahun aku menetap di kampung, berkhidmat untuk nekmi hingga akhir usianya sambil itu aku kerja di kedai runcit berdekatan dan malamnya aku sambung legasi nekmi iaitu mengajarkan alquran untuk anak2 kampung di rumah. Kakak sekali sekala sahaja pulang disebabkan dia sudah berkeluarga dan ada kehidupannya sendiri.

Jadi aku pilih untuk berbakti kembali untuk nekmi, sengaja aku kerja berdekatan dengan rumah supaya waktu rehat dapat jengguk2kan nekmi yang sudah uzur, masa ni walaupun rasa hidup sangat susah tapi aku puas dapat berkhidmat untuknya.

Sepanjang hidup, pernah beberapa kali aku bercinta dan seringkali dikecewakan. Setelah kematian nekmi, aku bawa diri dan merantau ke utara kembali. Alhamdulillah aku berkerja dalam bidang yang aku belajar sampai sekarang.

Setelah beberapa tahun di perantauan dan berkerjaya, aku terbuka hati mencuba nasib mencari jodoh. Sebelum itu, ketika di kampung aku pernah bertunang hampir 5 tahun dan akhirnya aku digantung tanpa khabar. Setelah itu aku buat keputusan move on jelah.

Ketika masih di kampung dulu, ada seorang lelaki ni yang menunjukkan minatnya terhadap aku tapi disebabkan aku masih tunangan orang, jadi aku tak layan lah.

Dahulunya aku ni ramai juga peminat (erm perasannya), sejak di bangku sekolah hingga ke zaman diploma dan ijazah, ade jelah peminat aku ni kan, zaman fesbuk yang orang panggil hotstuff, pakai nama evan dekat hujung, haaa zaman ini aku memang femes di fesbuk, tambah2 di sekolah.

Waktu ni aku pandai melaram, nak kata cantik sangat tu tidaklah, mungkin sebab jenis putih kemerahan, kurus, mata coklat erm itu jelah kot tapi aku pendek, nekmi kata memang copy paste genetik ayah cuma tak dapat hidung mancung je.

Sejak menjadi tunangan orang, aku semakin jarang melaram sebab tak suka diganggu dan kalau boleh nak sekampung tahu, aku sudah berpunya. Tambahan tunang pula kuat cemburu. Hampir setahun lebih kumpul semangat setelah ditinggalkan tanpa khabar oleh si tunang, ketika itu memang aku dah tak jaga penampilan, comot dan aku tinggalkan dunia medsos.

Bagi aku peristiwa ditinggalkan itu agak perit dalam hidup aku tambahan pula waktu itulah juga aku kehilangan nekmi. Jadi cukuplah sekadar itu aku ceritakan tentang bekas tunang aku. Kalau boleh dah tak mahu ingat apa2 tentang dia.

Setelah move on dari tunang aku. Aku mula mencari2, aku masuk grup mencari jodoh, aku join baitul muslim, fesbuk dating dll. Tapi yang datang banyak yang kurang berkualiti, suka cakap benda2 lucah paling ramai. Dalam pada itu, aku tidaklah giat mempamerkan diri sangat di medsos macam dulu, penampilan aku juga semakin sederhana dan sopan.

Yelahh aku kan pernah jadi guru quran jadi masih perlu menjaga imej ye, contoh yang baik untuk anak2 hehe. Cuma sebulan sekali, ada lah juga aku upload gambar sendiri, gambar yang sopan santunlah gitu.

Lalu terdapat beberapa rakan fesbuk yang mula meninggalkan komen. Jadi dari komen hingga ke private mesej dan seterusnya ke wasap. Btw aku ada tabiat suka delete komen lelaki2 di fesbuk aku, supaya aku tidak dilihat sebagai wanita yang gilakan pujian lelaki. Hahaha.

Seingat aku ada 5 rakan fesbuk yang aku cuba, entahlah sejak bila friend, yelah masa mula2 buat fesbuk dulu kan kita mesti akan add orang secara random tanpa kenal sekadar mahu memenuhi jumlah rakan fesbuk. Bila dah besar ni, barulah ada rasa nak buat tapisan.

Antara 5 itu, 2 orang hanya kekal sebagai member2 tak boleh nak teruskan, yang ke-3 ialah seorang yang sangat sekufu dari segi background tapi bila aku tanyakan soalan tentang kehidupan setelah kahwin ternyata kami tidak mencapai kata sepakat, lalu aku pun mengundur diri darinya.

Yang ke-4, seterusnya aku mula berkawan dengan budak kampung aku iaitu yang pernah menunjukkan minatnya terhadap aku ketika aku masih tunangan orang dulu tu, ternyata dah lama friend dalam fesbuk, entah tiba2 sahaja dia mesej aku. Dia sangat syok dekat aku sampai semangat nak ajak kahwin. Sejujurnya dia pakej yang sangat lengkap, aku namakan dia sebagai ‘A’.

Dan yang ke-5 lelaki terakhir yang aku berkenalan iaitu ‘B’, ternyata orang utara rupanya, sejujurnya aku crush sangat dengan dia. Tapi dia seolah2 main tarik tali dan dia tak nampak macam minat dekat aku pun sebab pernah beberapa kali jumpa. Entahlah kenapa aku nak sangat dengan dia, kenapa ‘B’ sebab biiiyyy hahaha.

Walaupun begitu mengharapkan B tapi A yang menunjukkan effort. Aku sangat kecewa dengan B sebab harapanku menggunung tapi aku still ego dan tak tanjukkan apa2 effort pun, sebab aku maluuuu nak mula.

Sejujurnya aku ada lakukan istikarah adakah pilihanku tepat untuk melupakan si B serta aku adukan kekecewaan aku ini pada Pencipta. Setelah itu, ada petunjuk muncul dari mimpi, aku mimpi B yang sedang tidak menunjukkan minat terhadapku sama sekali. Jadi aku mula memberi harapan pada A bagi menutup kekecewaan aku terhadap B.

A merupakan lelaki yang berkerja tetap, ada kereta dan motor yang masih belum habis bayar dan terdapat beberapa loan yang sedang dia berusaha bayar serta tinggal bersama keluarga. Dia memang ada rupa lebih menawan dari B. Bagi aku, memang pakej lengkaplahh. Cuma keluarganya ada sejarah hitam dengan keluargaku.

Kawan baik aku, marah besar lepas tahu aku ada bagi harapan pada A, sememangnya keluarga A akan menentang hubungan kami jika mereka tahu. Tetapi perbualan kami sudah menghala ke arah majlis serta kehidupan setelah berkahwin. A juga ada memaklumkan keluarganya tentang aku, dan A lebih memilih aku berbanding keluarganya.

Hari2 kami mesej dan ada masa calling2 juga serta kami ada beberapa kali keluar makan bersama, dia sanggup drive jauh semata2 nak jumpa aku. Entahlah kenapa aku boleh buat dia macam tu.

Kita mungkin sudah terbiasa dengar ayat, biar pasangan kita yang terlebih cintakan kita baru hubungan kekal lama, berpandukan itulah aku masih terus berhubung dengan dia, buat masa itu mungkin sekadar peneman yang mengisi kekosongan hidup aku dan tempat untuk aku melupakan si B serta dengan harapan satu hari nanti aku boleh terbuka hati mencintai si A.

Tiba2 di suatu hari yang tenang, B kerap pula reply status wasap aku. Hairan sangat sebab dia dah lama menyepi. Mula2 aku tak layan, ishh lama2 aku tak tahan, aku reply mesejnya juga hahaha. Perasaan aku masih sama, dalam masa yang sama aku masih rapat dengan A.

Entahlah aku rasa macam aku tengah curang dengan A tapi dengan A takdelah declare couple lagi pun tak pernah ucap sayang2 pun lagi. Dalam tengah rancak berhubung dengan A, entahlah tiba2 aku terfikir nak undur diri, aku takut lagi lama aku dengan dia, lagi rumit keadaan, jika terima dia seolah2 aku masuk mulut buaya nanti.

Aku cuba tanya kawan baik aku, kawan aku nasihatkan untuk istikarah, tapi aku tak buat pun sebab bagi aku, hati aku dah ada pilihan dah, jadi aku pun nyatakan hasrat pengunduran diri, A sangat kecewa dengan keputusan aku.

Eleh sebenarnya aku tengah syok B mula mesej aku sebab tu aku berani buat keputusan berundur dari A walaupun B masih belum menunjukkan apa2 petanda. Hahaha. Aku fikir kalau melepas dua2 aku boleh teruskan pencarian.

Berlalu waktu B mula memberi harapan pada aku. Bagi aku, aku nak playsafe dulu, so aku mulakan dengan bertanya soalan2 gerbang perkahwinan. B mampu menjawab soalan2 itu dengan jayanya tanpa melenting sedikit pun termasuk jumlah nafkah bulanan yang mampu dia sediakan untuk isteri.

Bila difikir2 kalau dah bincang soal2 perkahwinan begini dengan aku, mestilah dia syok dekat aku jugak kan. Aku pun dengan muka tebalnya tanya dia syok kat aku tak, dan dia jawab ya!!!

Maka dengan itu secara rasminya kami bercinta. Ternyata sebelum ini yang dia jual mahal itu, disebabkan dia tersilap memberi harapan pada tunangan orang, dalam waktu itu dia memang menjadi orang ketiga.

Sehinggalah majlis perkahwinan tunangan orang itu mula dekat, barulah dia buat keputusan untuk move on. Bila ditanya, tak rasa bersalahkah jadi orang ketiga, sejujurnya memang rasa bersalah tapi tak mampu untuk berkata tidak. Jadi hubungan kami bermula dengan proses meninggalkan kekecewaan yang lalu.

Aku masih bersisa rasa bersalah dengan A dan B pulak masih bersisa rasa bersalah kerana pernah mengganggu hubungan orang. Hampir setahun healing dari cerita lama dan berusaha membina persefahaman dan rasa cinta akhirya kami bertunang dan setelah 8 bulan, kami berkahwin juga!

Kata arwah nekmi, petanda Allah inginkan kebaikan untuk kita, ialah perjalanan itu akan mudah sahaja. Dan untuk mendapatkan kebaikkan itu, ia haruslah dimulakan dengan hal2 yang baik juga.

Ya aku masuk ke alam perkahwinan tanpa membuat istikarah pun. Bagi aku, jika bahtera ini karam di tengah jalan sekalipun, aku takkan menyesal kerana aku sudah pernah menadah tangan memaklumkan Pencipta akan hasratku untuk memiliki si B. Aku mohon Allah merestui dan merahmati perkahwinan ini.

Alhamdulillah perjalanan membina masjid kami ini, aku rasa smooth sahaja. Bohonglah kalau kata tiada ujian, tapi syukur ujian itu dapat dihadapi dengan baik. Dalam tak sedar sudah 5 tahun usia perkahwinan ini. Walaupun belum ada rezeki zuriat tapi aku cukup bahagia.

Setelah berkahwin, watak B mula berubah, dari seorang yang tegas kepada seorang yang lembut hatinya. Seorang imam yang baik. Memimpin aku, mengajarkan banyak hal2 yang aku tidak tahu, memberi didikan agama, kemahuan aku akan dia usahakan. Nafkahku zahir batin disediakannya cukup baik.

Walaupun hidup kami sederhana tapi aku cukup merasakan ketenangan bila bersamanya, macam mana nak gambarkan eh perasaan bila kita rasa selamat ada dengan seseorang itu haa itu yang B kasi pada aku. Dia tak pandai romantik beli bunga, kasi suprise hadiah atau ayat2 cinta tapi dia tahu ambil hati.

Hari2 kami bersama2 fikir cara untuk buat saling jatuh hati lagi dan lagi. Kadang2 dia pulang kerja, aku tengok dia rasa jatuh hati pulak. Tengah memasak tiba2 dia peluk dari belakang. Entahlah dah 5 tahun kahwin tapi hari2 rindu lah.

Orang kata sunyi kalau tiada anak, eh kami tak sunyi pun, ada hari penuh gelak tawa usik mengusik, ada hari juga saling menangis tapi dalam pelukkannya ataupun dipujuknya. Saling setia, saling mempercayai dan memahami. Hari2 berbincang, menjaga intonasi ketika berkomunikasi. Dan dia sangat mengutamakan aku. Haaa aku tahu memang cringe kan, orang utara kata menyangkak hahaha.

Btw awal2 kahwin takdelah indah macam ni sangat, selalu bergaduh juga, maklumlah baru2 lagi tak pandai lagi, makan tahun juga membina persefahaman, orang kata sambung berkenalan lepas kahwin, lama2 barulah dapat rentak masing2. Alhamdulillah. Seterusnya masih terus bercinta sampai sekarang.

So hidup lepas kahwin banyak yang berubah. Dia izinkan aku berkerja, dalam rutin aku sentiasa kena ada dia, ada masa kasi me time juga, dia bagi masa untuk aku melepak dengan kawan2 sekali sekala, dia juga ada hobi dia, aku pun tak halang, selagi tidak mengabaikan aku.

Kerja rumah pula, aku selalu dibantunya, kalau tak buat, dia tak marah pun nanti dia yang akan buatkan. Hubungan dengan ibu mertua dan keluarganya sangat baik, mereka sangat menghargai aku, seolah2 aku dapat ibu baru dalam hidupku btw ayah mertua meninggal sebelum kami kahwin lagi.

Bila suami outstation je, aku dihantar ke rumah mertua dan jadilah aku anak mertuaku, mertua akan masakkan sedap2, siap kejutkan aku subuh, basuhkan kain baju aku, kadang2 dia picit2kan badan aku lagi, malam2 selalu dia minta aku cabutkan ubannya sambil kami menonton tv dan bergelak ketawa.

Keluarga mereka bukan tiada masalah cuma aku hanya menjadi pendengar dan pemerhati sahaja, aku malas nak ambik kesah tak pasal2 aku pulak yang terpalit, so just nak hidup tenang2. Aku tak pernah halang suami untuk berbakti kepada keluarganya selagimana hak aku sebagai isteri tidak terabai.

Bagi aku, sudah tidak terucap terima kasih atas nikmat ini yang Allah beri. Aku sangat bersyukur, entahlah apa kebaikkan aku yang dahulu sehinggakan Allah kurniakan nikmat seindah ini sekarang. Seandainya ada rezeki zuriat, aku amat bersyukur namun jika tidak, tidak mengapa kami akan terus bercinta hingga tutup usia.

Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa erat, dirahmati dan diberkati serta berkekalan hingga ke syurga. Tidak dilupakan buat mereka yang pernah muncul di masa laluku dan masa lalu suamiku, semoga Allah mengampuni mereka, dilimpahkan rezeki mereka dan semoga mereka dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat. Aamiin.

Terima kasih kerana membaca cerita aku sehingga ini. Kepada suamiku, ndak mengapa la cerita ini saya kongsikan di sini, buat pedoman orang2 juga heeeeee. Jika satu hari nanti aku sudah ada zuriat, aku akan kembali coretkan perjalanan kisah itu di sini lagi. Terima kasih lagi. Moga berjumpa lagi kita.

– Jue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *