Aku baru lepas nangis. Sebab terbaca komen diruang Tik Tok. Aku just nak meluah. Selain tu, aku harap kita semua amik pengajaran dan teladan. Citer ni 50% pasal brader kat komen Tik Tok ni dan pasal aku 50%. Tapi 100% tentang lelaki yang tersakiti.
By the way aku perempuan, dan tak kenal pun brader ni sapa. Aku terkesan dengan kisah dia. Brader ni komen pasal pengkhianatan bini (pencurang) dia dengan orang yang terdekat dengannya.
Pada hemah aku dari balasan komen dengan netizen lain, dia adalah suami yang sudah memberikan terbaik kepada pencurang dari segi nafkah zahir dan batin.
Dia bercerita pasal pencurang itu pun bukan dengan nada membenci, tapi dengan nada mendatar. Bercerita hanya nak lepaskan saki baki memori. Kesakitannya aku rasa menusuk hati. Brader ni hadap mende ni dengan cara berkelas dan tenang, tapi tak bermakna mende ni tak menyakitkan. Sungguh sakit.
Aku tak nak citer details apa yang dia share kat ruang komen. Cukup kalo aku bayangkan pada korang dia ni lelaki idaman. Bukan sahaja dari kemampuan menafkahi pencurang tapi layanan. Layanan yang meratukan pencurang.
Dia mengaku bukan bermulut manis, tapi dia sudah sedaya upaya menjadikan hidup pencurang ini sesenang dan sebahagia mungkin. Sanggup buat OT banyak-banyak demi nak hadiahkan barang idaman pencurang. Aku kenot brain pencurang ni. Apa yang tak cukup?
Kebetulan pula, ada seorang netizen perempuan, merasa sedih sebab tunang dia pun jenis baik macam brader ni. Tapi dia gado dan blok sebab tunang dia buat OT. What? Maaf cakap, aku plak nak rasa jentik minah ni.
Tunang dia OT sebab nak kumpul duit nak halalkan dia la kot. Lelaki jarang nak layan OT kecuali ada mende dia nak kejar. Obviously tunang minah buat OT sebab nak nikah dengan minah ni.
Back kepada brader ni, ramai yang membalas komen, agar brader ni dikurniakan jodoh yang terbaik selepas ni. Brader ni cakap apa tau? Dia tak nak. Dia dah serik. Dia nak fokus pada zuriat dia yang masih kecik.
Allahu… masa ni hati aku dah sesak dengar (nanti aku bagitau kenapa). Ramai yang perasan, brader ni akan datang komen dalam post TT berkaitan curang.
Aku rasa sakit brader ni. Dan kenapa terkesan pada aku? Sebab aku dengan tak sengaja sayang pada seseorang lelaki (aku gelar A) seperti yang dalam kesakitan seperti brader ni. Sebab tu aku rasa sesak. Sakit yang ada pada brader ni, ada pada lelaki yang aku sayang.
Tak sengaja sayang sebab aku demi Allah, memang tak ada terlintas nak mempunyai suami sebab aku ada trauma masa kanak². Trauma ni menyebabkan aku takut nak berkeluarga.
Namun kuasa Allah, aku yang introvert dan jarang keluar bersosial boleh pula kenal dengan dia ni. Dengan kuasa Allah juga, ada tarikan batin antara kami yang sampai saat ini tak dapat diputuskan.
Entah macam mana aku yang takut ini jadi pemberani dan terbuka hati nak bersuami. Tapi, A, terhalang oleh luka traumanya.
Aku tak dapat nak cerita terperinci, cuma cukup aku gambarkan traumanya hingga terkesan pada zahirnya. Hingga tubuhnya bertindakbalas seiring dengan rasa tekanan dan trauma masa tu.
Setiap kali dia rasa dekat (secara emosi) dengan aku, dia auto menjauhkan diri. Aku tanpa sedar, setiap kali aku mendekat, aku menyakitkan A. Ni tindakan A luar sedar dan luar kawalan. Korang leh bayangkan trauma A macam mana?
A juga seperti brader ni, lelaki idaman perempuan, tapi telah hancur kepercayaan terhadap perempuan lain. Walaupun asalnya, dia juga ingin mendekat tapi trauma ni menjadi penghalang. Banyak kali dia cuba untuk menolak dan menjauhi aku.
Tapi, macam aku katakan, kami ada ikatan batin. Aku pun sudah cuba nak hentikan rasa ni. Tapi kami tak mampu. Tetap salah seorang dari kami akan tarik antara kami balik ke dalam ikatan itu.
A sebenarnya takut untuk jadi rapuh lagi sekali. Dia takut nak memberi cinta setulusnya lagi sesiapa pun. Sedangkan aku menuntut untuk dia memberikan semua setulusnya kerana dia yang pertama bagi aku. Kerana aku juga takut berada dalam perkahwinan yang kosong tanpa mesra dan cinta.
Aku impikan perkahwinan dengan seorang best friend sebagai suami. Ke mana² hingga ke tua, masih bergurau senda. Dia bagi aku, best friend terbaik. Kerana kami ada connection melalui ikatan batin.
Namun kami masih terperangkap, dalam kekangan trauma masing². So takde kesudahan bagi kami. Cuma ada kala aku berangan, apa jadinya hidup aku kalau aku jumpa A dahulu? Apa pun ni takdir Allah. Aku tengah doa yang baik2 untuk kami.
Aku menangis dengar cerita brader ni sebab aku bayangkan A. Setulus dan seikhlasnya meratukan isterinya, namun dikecewakan disaat A memerlukan.
Cerita ini bagi kebanyakan wanita di media sosial mungkin dongeng. Tapi wujud ya, lelaki qawwam. Takdir Allah, mereka ditemukan dengan perempuan yang tak menghargai. Yang bagi aku sangat kejam dan kufur nikmat.
Jadi aku, sebagai wanita nak berpesan kepada wanita yang ada pasangan halal:
1. Jadi perempuan yang reti bersyukur. Selagi kau masih ada tempat berteduh, ada makan minum cukup dan masih boleh menutup aurat sempurna BERSYUKUR. Ada ramai perempuan terpaksa hidup dengan lelaki zalim.
2. Lelaki asia memang kaku dalam romantika. Kalau kau nak kau ajarkan caranya. Boleh diajar, cuma berterus terang dan bersabar. Jangan anggap lelaki paham sendiri. Namun lelaki seistimewa ini, cintanya terletak pada kepedulian dengan keperluan dan kehendak mu.
Bahasa cinta nya terletak kepada tingkahlaku kecilnya yang perempuan tak sedar atau tak nampak. Seperti pamkan udara tayar. Selama ni kau bertahun² pakai kereta kau tak pernah pam atau hantar servis pun!
3. Dengan keinginan dan kehendak macam² kau, perlu kos tau tak? Kos tu kene ada duit. So duit datang dari mana? Suami kau la…sapa lagi. So of course la kene kerja keras. Kerja keras menuntut masa. Dan masa itu, akan kurang untuk kau.
So matematiknya, jika kau nak masa dengan dengan suami, jangan nak menuntut macam². Dan kalau menuntut jugak, kau bagi la sokongan untuk dia kerja semangat. Ini tak…tunang OT nak halalkan kau, kau pegi majuk dan blok.
Please la…kalau masih berangan macam Kdrama jangan kahwin dulu. Bikin semak kat mahkamah dengan kes cerai datang dari perangai bini² mengada dan tak matang. Lelaki pun, kau jumpa ppuan mengade tak reti bersyukur tak reti paham bahasa, kau tunggu apa lagi?
4. Lelaki ialah makhluk paling sensitif. Paling mudah lemah emosinya. Tapi kita tak nampak sebab stigma yang lelaki kene tunjuk kuat. Yang sebenarnya, hati lelaki sesakit perempuan dengan kata2 kasar, perbuatan yang menolak kehadirannya.
Kalau kau nak suami kau sayang kat kau…kau kene tunjukkan kau sayang pada dia dulu (terpakai pada suami yang bertanggungjawab ya…bukan spesis zalim atau NPD). Makin kau jaga keperluan zahir dan batinnya…memang dia tak pandang lain.
So cerita kt sini ialah tentang betapa sakit dan hancurnya lelaki. Betapa perempuan juga MAMPU menzalimi lelaki.
Aku nak pesan, kau ada lelaki baik… tak kaya… tak hensem…. tak romantik… TETAPLAH kau setiap. Tak suka pulangkan mereka kembali kepada orang tua dengan cara terbaik. Jangan kau selfish. Lelaki baik kau simpan… lelaki jalang kau layan.
Lelaki yang kau persiakan tu, ramai je perempuan yang nak. Itu yang aku sedih. Aku nak tapi tak mampu dapat.
Sekian. Terima kasih.
– Pejuang Cinta Trauma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nampak mcm dua2 suka sama suka. Jadi kena bincang tentukan hala tuju hubungan. You can start with confessing to him that you want him as your husband. Kalau dia pun ada rasa yg sama, bagi tempoh utk dia nak teruskan atau tidak. You need your closure, and he need to take care of his trauma.