Perasaan

Assalamualaikum, nama saya Ninish (bukan nama sebenar). Semua dalam ni adalah bukan nama sebenar.

Tujuan saya menulis di sini adalah berdasarkan kisah yang saya alami, dan tujuan saya menulis ni juga untuk kalian memberi pendapat tentang apa yang saya nak ceritakan.

Saya adalah seorang budak berumur 16 tahun. Saya ada seorang kawan yang saya gelarkan dia Kyle (bukan nama sebenar). Dia seorang yang baik hati, penyayang, introvert dan pandai.

Dia di mata orang hanya biasa tapi bagi saya dia sangat sempurna.

Sebenarnya saya dengan dia hanya kawan biasa, tapi kami seakan malu-malu nak bertegur.

Walaupun kami dah lama berkawan sejak sekolah rendah sampai menengah sekarang, saya berumur 16 manakala dia pula 17 tahun. Jadi dia ni dah pangkat abang-abang lah kan?

Jadi, apa yang saya nak ceritakan ialah tentang perasaan saya dengan dia.

Pada mulanya saya hanya anggap dia kawan biasa tapi kelamaan saya mula jatuh cinta terhadap dia.

Saya pernah tanya, kalau ada orang suka dia, dia buat apa? Saya tanya dia.

Dia jawab, “Saya tak nak bercinta, saya nak fokus belajar tu dulu.”

Saya seperti mengerti tindakan dia dan saya fahami apa yang dikatakan oleh dia.

Ada suatu hari tiba-tiba mengejutkan saya. Apa dia cakap? Dia katakan dia hanya anggap saya seorang adik kandung. Masa tu pun saya rasa dah bersyukur sebab dia masih lagi ingat saya.

Tiba satu hari di mana dia pergi meninggalkan saya seorang diri yang ingin menuju ke sekolah. Tiba-tiba dia takut bagitahu yang dia pergi sekolah dulu.

Saya jadi marah, kenapa takut bagitahu? Saya menangis semahu-mahunya. Saya terus meninggalkan dia tanpa saya menoleh dia semula.

Sejak tu saya dah takut peduli dia lagi. Saya nampak dia selalu pandang saya. Dia datang kat saya dan dia cakap dia pergi sendiri ke sekolah sebab dia malu bila kawan dia “ship” dia dengan saya.

Saya maafkan dia bila dia cuba jujur dengan saya sebab kenapa dia pergi.

Sejak tu saya mula balik kawan dengan dia, tapi saya selalu pelik dengan dia.

Saya nampak dia kalau bercakap dengan saya lembut, kalau dia pandang saya sampai lima kali dan bila saya terluka ke dia jadi cemas. Kenapa ya? Sebelum ni ada ke saya buat sampai dia kelakuan macam tu?

Saya minta sangat pada pembaca coretan saya ni, sila beri komen. Saya nak kepastian, adakah ini satu ikatan batin?

Sampai sini saja. Wassalam..

– Ninish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. perasaan biasa budak2 remaja, fokus kat pelajaran dulu, tahun depan dah SPM, tu yg jauh lagi penting buat masa depan kamu

  2. sorry dik,, akak tergelak.. biasalah tu cinta monyet je..kadang terperasan sendiri tu biasa je..tak peee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *