Assalamualaikum. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya menghantar luahan di sini. Pertama sekali, saya minta maaf andai penulisan saya ni tak berapa nak bagus sebab saya bukanlah ahli sastera. Saya hanyalah seorang wanita biasa yang hanya ingin meluah perjalanan hidup saya sebagai seorang isteri.
Saya Akilah (bukan nama sebenar). Saya berumur 23 tahun. Dan sudah bekerja di sektor kerajaan. Pada umur saya 2*tahun, saya telah bernikah dengan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab pada mulanya. Seminggu pertama kawin nampak elok dan okay, tetapi minggu kedua keluar perangai sebenar suami.
Sikap nonchalant, egois, suka menyendiri (main fon), ajak berborak pun taknak. Hari demi hari saya tahan dengan perangai nya yang suka abaikan saya. Hidup umpama tidak mempunyai seorang suami. Tetapi saya tetap menjalankan kewajipan saya sebagai seorang isteri, buat kerja rumah, masak.
Saya bertahan dekat sebulan, saya cuba ajak berbincang dengan suami, sikap saya yang mana dia tak suka sampai dia diamkan saya, tolong bagitahu supaya saya boleh ubah, nangis2 saya tanya, minta maaf kalau saya ada salah. Tapi dia hanya buat tak tahu dan bangun keluar macam tu je. Lepas tu buat macam takde apa yang berlaku. Dia memang tak suka berbincang dari zaman bertunang.
Hari demi hari berlalu, saya masih jalankan kewajipan saya sebagai seorang isteri, saya taat akan dia. Sampailah saya betul2 perlukan pertolongan, saya cerita masalah rumahtangga dekat parents suami supaya boleh jadi pendamai diantara kami.
Dan sebenarnya (saya baru tahu) dia layan saya sama seperti dia layan keluarga nya. *Waktu bujang, balik rumah parents terus masuk bilik tidur. Parents ajak borak dia buat tak dengar dan terus masuk bilik tutup pintu. Kalau parents atau adik beradik tegur sikap dia, boleh merajuk dan tak balik kg bertahun-tahun*
Nak dijadikan cerita, suami dapat tahu saya cerita dekat parents, ego dia makin tinggi dan dia layan saya lebih teruk. Abaikan nafkah, alihkan semua baju2 saya dekat bilik tetamu. Bilik master di kunci tak bagi saya masuk.
Barang2 saya sedikit demi sedikit dia letak dalam stor suruh bawak balik. Halau saya, block n unblock ws, burukkan saya dekat sosial media, even dalam story ig pun dia suruh saya berambus dan keluar dari rumah. Even saya nak pergi mana2 saya sentiasa minta izin tapi jawapan dia tetap sama suruh saya keluar dari rumah, tapi saya tetap balik. Sebab fikir masih lagi seorang isteri.
Saya bukanlah isteri yang melawan, dan saya takut akan derhaka dekat suami. Tetapi tiap kali suami sakitkan hati saya, saya akan masuk bilik diam dan nangis. Begitu juga hari2 saya selepas balik kerja, sebab suami pernah cakap “nak duduk sebelah kau pun aku geli”. Jadi saya ambil pendekatan untuk jauhkan diri dari suami.
Takde malam tanpa air mata, bilik tetamu menjadi saksi bisu perjalanan kehidupan saya sebagai seorang isteri. Betapa seksa nya hati saya, suami terasa dekat tapi saya tak boleh sentuh, tak boleh peluk, bahkan pandang pun. Seakan ad penghalang, iaitu ego suami.
Apa je yang saya tak buat untuk mempertahankan rumahtangga? Even suami ajak berpisah fast track pun saya tak nak, sebab sebagai seorang isteri saya tak nusyuz. Cuma jawapan dia sangat simple “dah takde perasaan tak guna teruskan”
Macam2 saya dah buat, saya rendahkan ego, even saya beli barang2 masak pun suami buang dalam tong sampah. Lauk saya masak sikit pun tak jamah. Pernah mama datang rumah kami (mama dah minta izin suami) , saya sambut dan bukakan pintu untuk mama masuk, saya suruh mama duduk dekat ruang tamu dulu.
Suami langsung tak keluar dari bilik. Saya ketuk pintu bnyk kali baru suami keluar dengan muka bengis dan berlanggar bahu dengan saya. Malam tu saya keliru nak tidur mane, sebab mama dah tidur bilik tetamu. Saya ketuk pintu bilik suami minta izin nak tidur bilik master dengan dia. Dia tak bukak, selang seminit dia bukak smbil marah “semakkk lah!!”
Saya diam dan saya cakap elok2, “takpe awak.. Saya tidur bawah ye..”. Saya ambil bantal dan terus tidur di atas lantai. 5 minit saya bangun dan tanya suami baik2 “awak.. Saya tidur atas katil boleh? Badan saya macam sakit la..” Suami terus melintangkan badan tak bagi saya tidur atas katil. Saya seakan faham dan kembali baring atas lantai.
Tapi tak lama lepas tu suami keluar dan pergi stor, terus hempas toto dekat saya sambil merengus. Saya diam, bentang dan terus baring. Meleleh air mata saya waktu tu, teresak-esak saya nangis dalam diam smpai tertidur (even saya cerita sekarang pun masih meleleh air mata).
Pernah waktu hari kedua puasa, saya masak dekat dapur untuk suami sekali. Suami marah saya gunakan dapur lama sangat sebab dia nak guna. Saya cakap, “awak.. Saya dah masak sekali dah untuk kita bawah tudung tu..” dia buat tak tahu. Dia nampak saya beli bawang merah, bawang putih dia ambil letak dalam plastik ikat dan letak dalam stor.
Saya nangis saya cakap “awak, saya beli barang2 tu semua dengan duit saya sebab nak masak, kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak kesian ke dekat isteri awak ni?” Maka berlaku lah pertelingkahan yang membuatkan hati saya sakit, saya dihina.
Dan dia bagitahu “kenapa nak kesian? Minggu depan nak jadi janda dah kan?” (sebab minggu depan tarikh perbicaraan kes kami) kebetulan azan maghrib berkumandang, saya pergi dapur minum air dan terus masuk dalam bilik.
Start daripada tu, saya hari2 beli makanan dekat bazaar dan berbuka dalam bilik. Perjalanan saya sebagai seorang isteri sangat menyiksakan tapi saya masih sayang akan suami walaupun dalam dirinya memang dah tiada ihsan melainkan kezaliman yang dia lakukan terhadap saya.
Saya fikir kebaikan yang dia pernah buat walaupun taklah banyak, tapi saya sangat hargai. *Dan fyi, sebab saya nak pertahankan rumahtangga juga sebab saya yakin suami saya tak curang. Sebab dia jenis mudah serabut.
Dan akhirnya, setelah macam2 ujian yang saya lalui (banyak kezaliman yang dia buat tapi saya mampu ceritakan sikit sahaja) dan setelah pelbagai lafaz kinayah yang suami buat, saya minta suami failkan pengesahan lafaz ke mahkamah.
Perbicaraan pertama hakim tak dapat sahkan keputusan sebab suami failkan kinayah yang terbaru sedangkan ada banyak lagi lafaz kinayah yang paling awal yang dia buat.
Dan untuk perbicaraan ke-2 hakim minta saya sebagai plaintif supaya saya boleh letak dengan jelas lafaz kinayah yang paling awal. Perbicaraan kedua, alhamdulillah selesai semuanya dengan keputusan hakim cerai talak 3 setelah suami sendiri bagitahu hakim dia lafaz dengan niat.
Saya cuma terkilan dan sedih, usia perkahwian kami baru 4 bulan, bagi saya ini ujian yang paling berat; puasa dan raya pertama tanpa kehadiran suami. Seandainya suami boleh kurangkan ego nya sedikit, inshaaAllah ujian yang besar macam mana pun kami mampu laluinya bersama.
Dan saya rasa, benda ni berkait dari sebelum tunang. Sifat memendam dalam dirinya. Saya faham, banyak kos yang dia keluarkan untuk majlis kami. Hantaran yang mama minta 12k, dia sendiri yang setuju untuk bagi dan takda paksaan.
Saya sendiri cakap kalau tak okey saya boleh nego lagi dengan mama, mama cakap kalau tak okay ikut berapa je yang suami boleh bagi. Dia sendiri bagitahu itulah range harga sekarang dan dia perlu hormati amaun tu supaya hubungan tu dapat dijaga.
Majlis belah dia pun, dia mengungkit keluarkan semua benda sedangkan saya langsung tak masuk cmpur. Even lepas kawin saya tak pernah demand minta macam2, pernah sekali saya minta burger tepi jalan tu pun dia berkira bagitahu saya ni “tak pernah kenyang ke? Semakk laah!”
Even barang dapur saya tak pernah ambil apa2. Semua barang dia ambil sendiri. Saya pernah tanya boleh ke nak amik air milo tin ni satu je? Dia kata tak payah lah mahal, tapi saya tengok dia amik air wonda coffee dekat 5 tin untuk diri dia. Saya diamkan sahaja walaupun saya terasa.
Dan sekarang, saya betul2 dah mati rasa. Saya hanya sibukkan diri dengan kerja, dan fyi, kerja saya dengan suami tak jauh. Hanya sebelah-belah bangunan sahaja, kerja pun related dalam bidang kerajaan jugak.
Pernah terserempak, mata saya berkaca dan hanya mampu melihat dan memandang dari jauh .Kalau boleh saya nak sangat move on dengan cpt tapi saya tak mampu lagi.. Dan untuk yang baca ni, saya mohon sangat2 tolong doakan saya. Doakan saya kuat, doakan moga Allah gantikan something yang lebih baik suatu hari nanti.
Terima kasih kepada yang membaca sampai habis, walaupun saya tahu penulisan saya agak panjang dan tidak teratur. Sekali lagi saya minta maaf..
– Akilah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
awak ada maruah, isteri bukan hamba yg kena buli secara mental atau fizikal, tapi dilindungi oleh suami, bersabar Puan, move on…..
Alhamdullilah, awak dh terlepas dr cengkaman.manusia mental, pendendam. Tak hina la jadi janda awak. Awak kena pulihkan semangat dan keluar dr kesedihan dn taruma ini.
Semoga awak.dapat jodoh yg jauh lebih baik & kebahagian berumah tangga. bior dia pulak tengok dr jauh meleleh air lior…
hakim sah kan talak 3 terus ke? ya Allah. hmmm. awak masih muda. 23 tahun. jadikan kisah ini pengajaran buat awak. jangan bersedih lama sangat tau. 23 tahun. banyak lagi awak boleh capaiii. muda sangat lagi. Allah swt selamatkan awak dari terus merana. semoga awak bertemu jodoh yang baik-baik selepas ini.
Klaw dah talak 3 n dia pon dah mngaku dia ada niat, x payah lah awk sedih2 lg, sbaliknya awk patut rasa bersyukur, yg awak dah ‘bebas’ dan terlepas dari kesedihan krn tidak dipedulikan dan diberi hak kasih sayang sbg seorang isteri.. macam x jelas apa punca dia jd begitu, tp yg jelas ialah; klaw jd suami, dia adalah jenis suami yg ‘kejam’ terhadap isterinya.. so now, awak tetapkan hati n semangat awk utk mulakan hidup baru.. insha Alkah, awk akn jumpa syami yg benar2 akn menghargai awk n lupakn semua kenangan lama awk tu.. aamiin
pernah ‘sentuh awak tak”? kalau tak, dia gay. kahwin sebab nak tutup sisi gelap. talak 3 terus eh? dah.. biar dia nyesal suatu hari nanti
kena dgr jugak cter belah sana. xde pun laki sng2 nk jatuh kan talak 3 ni. mesti ada sumthing wrong sumwhere.. huhuhu