Job Seeking

Hai, lama juga aku tak curhat dekat sini untuk minta pendapat. Sekarang aku didalam fasa job hunting, selepas resign dari company lama yang mana aku dah kerja almost 6 tahun.

Tempat lama adalah comfort zone aku, terlalu selesa sampai langsung tak perasan yang aku tak ada career growth. Aku lepasan SPM saja, dan selepas SPM aku terus cari kerja and berkerja sebagai PSH (MyStep) 3 tahun sampai umur 21 tahun aku tak dapat sambung kontrak dah.

Jadi, aku masuk company yang aku dah resign tu, buat kerja clerical yang biasa-biasa. Weekend cuti, semua cuti yang ada dalam calendar, company lama aku ambil. Cuti raya pun lama, bonus merasa lah setahun 1x cuma gaji tak cecah 2k. Aku duduk area Perak, main town.

Jadi, aku ambil keputusan yang drastik on January. Aku tender resign 1 bulan notice. Without secure kerja lain, sebab aku dah difasa burn out dengan kerja sendiri.

Aku dah tak ada mood nak pergi kerja, office mate aku marah-marah sebab perangai aku sendiri cuai waktu kerja. Memang salah aku, jadi aku terima.

Setiap hari dengar motivasi nak build up emosi dan feeling untuk jadi seronok nak pergi kerja. Tapi, tetap tak berjaya. Sampai tahap aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa and aku rasa tak berguna lansung.

Masa tender tu, office mate pujuk jangan berhenti sebab tempat lain tak akan bagi benefits yang sama macam company tu.

Mind u company lama aku, tak ada any benefits even klinik panel pun. Kau nak cuti, kau cuti. Nak masuk lambat, bagitahu one of staff, nak cuti 2 minggu? Cuti lah, gaji tak tolak.

Cuti tahun kau habis? Jangan risau, teruskan cuti. Gaji tak kacau, no punch card. Memang banyak leisure time dekat company lama. Tapi, lama-lama jadi barah. Sesuai berkerja untuk yang nak settle down atau nak pencen.

Selepas 2 bulan tanpa kerja, aku dapat kerja baru. Law firm, jadi conveyancing clerk. Everything feels so smooth at first, masuk 2nd week kerja terus jadi kacau bilau. Dapat boss yang micromanage dan abuse staff untuk stayback without paying. NO OT, NO CLAIM.

Kerja lah kau dengan seikhlas hati sampai pukul 9 malam pun dia suka asalkan kerja siap. Katanya kena berbakti dengan firma, kerja tak siap harini? Sila siapkan jangan balik on time, boss tak suka kita simpan kerja bawa pergi esok.

Tapi, aku cuba jadi keras. Aku balik on time, lepas seminggu masuk meeting kena perli kaw kaw. Dia kata aku cabar dia sebab balik on time, hihi, terhibur.

Masuk lambat tak boleh, balik on time tak boleh. Sekecil-kecil kesalahan diperbesarkan, sekecil-kecil kerja kena tunggu arahan dan keputusan boss. Silap hari bulan kau nak bernafas pun kena tanya boss, dia bagi tak nak hembus nafas. Atau kau kena tarik nafas saja tanpa hembus?

Macam itu lah situasinya perkerjaan aku sekarang. Sangat challenging dan aku dah keluar dari comfort zone aku.

Sekarang aku rasa sangat challenging dan hampir dapat penyakit anxiety mungkin, sebab setiap hari hampir 3 bulan berkerja ni,aku menggigil nak sampai office,

Kadang-kadang menangis on the way sampai office, masa nak tidur pun masih fikir kerja apa kena buat esok atau ada salah ke dekat kerja yang aku submit petang before balik tu dan aku akan kena marah ke esok pagi?

Setiap hari ada meeting 10 minit untuk remind staff yang kerja paling utama. No excuse yang penting kerja dulu, dicarutkan itu perkara biasa.

Aku nak resign, aku tunggu hujung bulan ni. Lepas dapat gaji, aku tender resignation letter. Plus, aku pun tak confirm lagi dekat company sekarang.

Benefits yang dia tulis dalam myfuture job pun, belum tentu kau dapat sebab aku tanya staff yang dah 3 tahun. Apa pun dia tak dapat, melainkan increment tiap tahun.

Susahnya untuk lepasan SPM mencari kerja dan demand sedikit gaji lebih dari tangga gaji tanpa segulung sijil diploma atau degree. Tak layak katanya, experience yang ada pun macam tak diperlukan, semuanya bergantung pada qualification.

HR ingat kami yang lepasan SPM ni semua tak pandai sangat ke? Huhu, bagi lah peluang, belum cuba mana tahu.

Doakan aku dapat kerja lain, aku nak beli kereta baru. Boleh bawa ayah aku jalan-jalan memandangkan dia sekarang aku saja yang jaga.

Aku ingat nak masuk kilang tapi ayah tak bagi, dia kata nanti siapa nak teman dia dekat rumah kalau aku kerja 12 jam, aku pula fikir memang kilang saja tempat untuk aku yang tak ada apa-apa kelayakkan ni nak demand gaji lebih 2k.

Macam tu lah nasib aku sekarang, nak keluar dari comfort zone dan cari kerja yang boleh ada career growth tapi diri sendiri tak kuat bila dapat kerja yang challenging macam tu.

Semoga tuhan berikan aku pekerjaan yang boleh aku kerja mcm biasa dan dalam masa yang sama boleh aku jaga ayah aku.

Korang yang baca pun, tolong doakan aku. Kalau-kalau ada position kosong area main town of Perak atau idea untuk aku expand kemahiran aku atau apa-apa kelas yang patut aku ambik untuk tambah soft skills boleh tinggalkan comment. Nanti aku baca..

Waktu sekarang aku perlukan pendapat ramai orang dan final keputusan mesti lah dari diri aku juga kan, hehe.

– Capybara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Untuk lepasan SPM memang susah nak kerja dapat gaji lebih 2K, kene bersaing dengan fresh grad lagi, fresh grad yang ada diploma atau degree pun willing kalau di beri 2k, baik majikan ambik mereka daripada awak yang ada SPM plus umur dah makin bertambah.

    Sepatutnya awak remain je dekat company sebelum ni yang banyak bagi benefit dari segi cuti, punch in dan punch out. Awak gunakan kelebihann yang ada untuk sambung belajar secara part time buat diploma, dah dapat diploma baru lar job hunting.

    Tapi tulah nak buat apa, nasi dah jadik bubur kan,hadap jelah apa yang ada kat depan tuh.

  2. Tulah, disangka kan rumput kat seberang tu lagi hijau dari depan mata, kan dah menyesal. Patut masa kat tempat kerja lama tu awak tambah lar skill atau sambung belajar, then baru boleh job hunting. Ingat sekarang senang ke nak dapat gaji 2k untuk lepasan SPM. Awak still kene compete dengan fresh graduate lagi tau.

  3. Tak pernah terfikir pulak yang lepasan SPM ni gaji stagnant. Maybe yang tak paham, dorg akan kata siapa suruh tak sambung belajar. Takpe anon, kau je tahu struggle kau. Tapi apa aku boleh suggest, ambil certificate, tambah skill. Rajinkan search tawaran sijil kemahiran. Tak silap yayasan peneraju ada buat juga. Try la godek internet dulu. Ada je yang free. Usaha dulu, rezeki tu tuhan kasi kemudian.. Goodluck!

  4. Hiiii Assalamualaikum. Jangan give up. Awak apply kerja hotel. Pergi survey mana2 hotel 5 star, 4 star and 3 star. Awak call tanya ada kosong untuk room attendant, operator, waiter, coordinator engineering, coordinator F&B, security officer atau bellman (ini kalau lelaki). Semua kerja ni SPM dah cukup. Demand gaji RM2500. Walaupon tak ada pengalaman awak bagi tahu kerja apa yg awak pernah uruskan. Bagitahu awak sanggup belajar Dan berminat. Kerja hotel banyak benefit. Jangan give up. Awak bolehhh !!!!!!

    Kalau tak dekat Perak cuba apply kat hotel KL. Banyak peluang kerja. Gaji demand tau. Mintak RM2500 semua kerja yg saya senaraikan tuu mmng gaji RM2500 ke atas. Cuba okay. Call dan tanya. Masa kol Cuba Minta nak cakap dengan HR. atau emails resume awak ke hotel tersebut. Saya doakan awak :)

  5. Try masuk contact centre. Gaji byk. Cuma kena tau speaking. Cuti depends. And kerja shift. Tp tidak la 12 jam mcm kilang. OT masa public holideii dpt byr byk. Try².

  6. Lepasan spm memang takde career growth dik. Awak yg kena up skill sendiri. Ada diploma atau ijazah baru ada peluang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *