salam & hi buat team IIUMC & semua pembaca. Saya sebenarnya dah lama pendam ni dan agak geram jugak dgn segelintir masyarakat Malaysia seolah memandang rendah & hinanya kami yang masih membujang di usia mencecah 30 dan 30 keatas. Kenapa nak kecam golongan perempuan bujang yang masih belum kahwin? Salahkah memegang status bujang dilewat usia? Kahwin lambat atau tak kawin tu bukan kehendak kami. Itu kehidupan yang telah ditetapkanNYA untuk kita yang pasti ada hikmahnya.
Kamu nampak siang malam hamba2 yg kamu gelarkan Andartu ini berdoa memohon pada Allah? Menangis di tikar sejadah memohon pada Allah sambil menahan sakitnya dipandang hina oleh sesetengah golongan disebabkan belum berkahwin di usia yg lewat. Nampak? Saya mohon sangat pada semua masyarakat jangan di kecam kami yg berstatus bujang di usia orang lain dah ada suami dan beranak pinak. Semua tu rezeki dari tuhan, kita hanya mampu berusaha setakat kemampuan diri dan selebihnya terus berdoa mohon pada yg Esa. Jalan hidup kita tak sama. Kau dah kawin aku belum, dan pastinya ada hikmah dalam semua yg telah diaturNYA utk kita semua. Jangan dibanding-banding kehidupan kau dengan aku.
Sehingga ada yang menggelarkan kami dgn bermacam-macam gelaran. Andartu, anak dara emas dan macam-macam lagi. Kami tak pernah minta pun untuk bujang sehingga saat lewat usia tapi kami redha. Saya mohon pada semua, doakan saya dan semua yang masih belum berkahwin, di murahkan rezeki oleh Allah untuk hidup bersuami dan berkeluarga. Ini impian semua wanita, untuk ada suami sebagai pendamping, pelindung dan anak serta punya keluarga rumah tangga yg sakinah mawaddah wa rahmah.
Saling hormat menghormatilah antara satu sama lain. Bagi yang dah berkahwin, jangan riak dan sombong dengan kurnian rezeki suami dan anak yang Allah beri pada kamu. Semua itu hanya pinjaman. Allah boleh tarik bila-bila masa je. Jaga mulut, jangan sesuka hati menggelar orang lain dengan gelaran yang buruk lagi menyakitkan. Kita tak tahu dugaan & ujian yang dilalui orang lain. Jangan sesuka hati menghukum seolah kamu tahu setiap inci kehidupan orang itu.
Moga kita semua dikurniakan kebahagian. Senyum buat semua perempuan/wanita bujang diluar sana. Insyallah jodoh kita pasti akan datang tepat pada waktunya. Jangan putus berdoa memohon pada NYA. :) Dan pada lelaki-lelaki diluar sana, andai ada perempuan yang kamu suka dan berkenan, pergilah meminang, jangan takut. Beranikan diri. Kalau risau tentang tak bersedia dengan hantaran yang tinggi, tahu tak, masih ada perempuan yang tak meletak harga hantaran. :)
– -Miss Bujang-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit