Adakah kita mampu bersama satu keluarga yang bahagia di akhirat nanti?
Itulah ungkapan yang selalu bermain di fikiran aku selepas soalan itu ditanya oleh isteriku dalam kereta selepas aku membawa keluarga kecilku pergi jalan-jalan.
Assalamualaikum wrt wbt..
Aku seorang suami berumur 30-an dan kini menetap di ibu kota kerana tuntutan kerja. Sudah 12 tahun aku disini. Aku dan isteriku dah berkahwin juga hampir 11 tahun.
Selepas bekerja lebih kurang 4 bulan aku terus memaklumkan kepada kedua orang tuaku untuk berkahwin. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.
Alhamdulillah sepanjang tempoh perkahwinan kami dikurniakan 2 cahaya mata lelaki dan bahagia sangat tanpa ada sedikitpun perasaan yang tidak baik antara satu sama lain.
Semuanya terlalu indah dan sempurna. Isteri yang baik, solehah dan melengkapi hidupku. Aku terlalu cintakan isteriku sehinggalah tahun lepas aku diuji dengan ujian yang memusnahkan rumahtanggaku.
Pada tahun lalu, semuanya musnah hingga aku hampir menyebabkan anak ketiga yang dikandung oleh isteriku gugur.
Semua itu berlaku kerana sikap aku yang tidak menitikberatkan ikhtilat dalam pergaulan terutamanya dengan rakan sekerja. Hingga sanggup buat benda haram yang dilarang dalam agama.
Ketika hari pertama isteriku tahu perkara ini, dunia ini bagaikan sudah terhenti. Terlalu sedih kerana semua hukum hakam ini aku tahu, tapi entah kenapa berani buat hingga sanggup belakangkan hukum Allah.
Aku merasakan bahawa aku adalah seorang hamba Allah dan seorang suami yang sangat jahat. Aku menyesal dengan perbuatan aku sendiri.
“Isteri aku seorang yang sangat kuat”. Kenapa? Kerana dengan sendirinya tanpa mendapatkan apa-apa rawatan dari segi psikologi dan sebagainya selepas hampir setahun peristiwa hitam ini berlaku dalam rumahtangga kami,
Isteri aku dapat harunginya dengan penuh kekuatan demi anak-anak kami. Sungguh aku seorang suami yang jahat. Aku sedih dengan perkara ini.
Pada malam perkara ini terbongkar. Isteri aku teramat sedih dan inilah satu-satunya perkara yang paling teruk berlaku dalam hidup isteri aku sehinggakan berlaku pendarahan.
Tanpa berfikir panjang isteri aku nekad untuk ke tempat kerja aku dan berjumpa dengan boss aku untuk maklumkan tentang perkara ini. Bak kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga”. Begitulah ibaratnya.
Kejahatan hampir dua bulan yang aku lakukan ini akhirnya terbongkar dan diketahui juga oleh majikan. Satu episod yang sangat tragis dalam hidup aku. Inilah harga yang perlu aku bayar.
Betapa gila dan bodohnya aku pada waktu ini jika ingatkan semula peristiwa hitam ini. Perasaan yang sangat sedih kerana perbuatan jahat aku itu.
Bagi aku, jika perkara ini berlaku kepada pasangan lain, mungkin pengakhirannya adalah penceraian. Aku bersyukur kerana isteri aku masih memberi peluang kepada aku.
Walaupun sekarang kami masih bersama-sama dibawah satu bumbung dan dapat melihat anak-anak membesar dihadapan mata setiap hari, tapi… perasaan bersalah dan berdosa tetap ada dan takkan hilang selama-lamanya.
Isteri aku pernah cakap yang dia boleh maafkan aku dan terima aku demi anak-anak. Tapi perasaan cinta yang telah dimusnahkan, dihancurkan itu sekali-kali tidak mampu dikembalikan seperti dulu. Diibaratkan seperti sebuah gelas kaca dihempaskan kelantai dan kaca tersebut hancur sehancurnya.
Mampukan aku untuk cantumnya kembali seperti asal? Itulah.. buat sesuatu tak fikir akibatnya. Sekarang aku menyesal dan dapat merasakan bahawa menyesal sekarang dah tak berguna lagi.
Disini dapat aku rasakan Ya Allah.. betapa gilanya aku sanggup musnahkan hati isteri aku yang sanggup bersusah payah dengan aku dari dulu lagi. Hancurkan hati isteri yang sanggup berkorban segala-galanya demi memberi aku zuriat dan keturunan.
Semasa proses melahirkan zuriat keturunanku, kedua- dua mereka aku dibenarkan masuk kedalam labour room untuk menemani isteriku. Disitu aku melihat betapa sakitnya proses untuk melahirkan seorang anak.
Untuk anak sulung, isteri aku terpaksa menanggung kesakitan kerana ubat induce hampir 10 jam. Dari pukul 10 pagi hingga maghrib, hampir waktu berbuka puasa barulah zuriatku berjaya keluar dengan selamat secara normal. Sedihnya ya Allah..
Ditakdirkan, untuk anak yang ketiga, anak yang hampir tidak dapat diselamatkan kerana pendarahan teruk, anak yang dikandung isteriku dengan ditemani air mata siang dan malam, Allah takdirkan aku tidak dapat teman isteri aku dalam labour room.
Dan yang lebih memeritkan hati dan perasaan, doktor terpaksa membuat keputusan untuk czer isteri aku kerana bimbang isteri aku tidak kuat dan takut implikasi lain yang bakal berlaku.
Begitulah kuatnya isteri aku demi aku. Malangnya aku tidak mengenang jasanya. Sanggup hancurkan hatinya.. ya Allah..
Ya Allah.. boleh dikatakan hampir setiap malam aku solat sunat taubat dan diselangi solat sunat hajat, mendoakan semoga hati isteri aku akan kembali pulih, rumahtangga kami kembali bahagia,
Dan harapan yang paling besar adalah Allah SWT mengampunkan dosa-dosaku dan aku mampu bersama-sama dengan keluarga kecil aku dalam syurga Allah SWT suatu hari nanti.
Hari ini aku sangat sedih kerana setelah setahun berlalu, isteriku mengatakan dia telah memaafkan aku, tetapi hatinya telah tawar. Dia akan hidup di sisi aku, tetapi tanpa rasa.
Isteri aku tidak lagi bersedih, zikir dan selawat sentiasa di bibir. Sentiasa bermain ceria dengan anak- anak. Tidak pernah tinggikan suara dengan aku, sentiasa cukupkan keperluanku, sentiasa masakkan makanan kegemaran aku dan anak- anak.
Tetapi, luka yang dalam di hatinya tak mampu aku pulihkan sampai bila- bila. Senyuman dan pandangan dia padaku terasa kosong. Benar hatinya telah hilang rasa.
Mohon pandangan dan pendapat pembaca budiman semua, tolong aku, apa yang patut aku lakukan demi mendapatkan semula cinta isteri aku dan kami dapat bahagia sama-sama hingga akhir hayat kami.
– Suami Berdosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ketahuilah rasa cinta isteri awak dan rasa cinta awak pada isteri tu dtgnya drpd Allah. Isteri awak dpt jadi “kuat” mcm tu mungkin sebab hati dia dia dah serahkan pada yg Maha Menyayangi, Maha Menghargai dan pemilik seluruh hati. Sebab tu walau tuan dh lukakan dia, dia tetap masih dpt jlnkan tggjawab dia sbg isteri. Tahniah buat isteri tuan.
Dan utk tuan, kembalikan rasa cinta tuan dan hati tuan kpd Allah. Insya allah, suami dan isteri yg hatinya sama2 bertaut kpd Allah, saling mencintai kerana Allah, akan bertemu dlm satu cinta, iaitu cinta kpd Allah. Masha allah Tabarakallah.
Dunia dh tenat dimana suami/istri yang tak jaga pandangan/kehormatan utk pasangan adalah seorang yang keji. Allah akan balas perbuatan kamu kerana melukakan hati pasangan yang tak bersalah. Ingat! semua yang ada pada kamu adalah milik Allah. Akan dikembalikan kpd pemiliknya kelak. akan ditanya apa dilakukan kelak.
Teruskan doa. mintak ampun.
Aku paham ape yang wife ko rasa… sekadar nak berpesan walaupun dia maafkan kau,ketahuilah yang dia xkan pernah lupa segala pengkhianatan kau dan akan sentiasa bermain difikiran xmudah nak lupakan…sangat struggle untuk padamkan dr ingatan. Teruskan la usaha untuk perbaiki segalanya jangan sia siakan peluang yang diberi.
Bertaubat dah buat.
Isteri pon masih terima.
teruskan berdoa bang, bertaubat jangan ulangi. dan semua ini ubatnya masa. tapi sekarang kena hadaplah akibat dari perbuatan tu. hargai dia bang. doakan dia selalu. doakan syurga untuk dia.
sekurangnya biarkan dia diberkati dan jadi isteri yang baik untuk suaminya. Semuanya dalam genggaman Allah. hati kita bukan milik kita, perasaan pon Allah yang cipta.
Doa. Kalau dia tak terima, terpaksalah bang. nak buat mcmna.
Semoga ini semua jadi pengajaran pada suami2 di luar sana.
Lelaki ni akan diuji dengan mata..bila tak jaga pandangan maka kemaluan pun tak kan dapat dijaga.
Allah dah cakap kaum lelaki kena tundukkan pandangan.
Nasi dah jadi bubur.Nikmat sesaat membawa petaka seumur hidup.
Perasaan bersalah dan menyesal serta berdosa itu adalah hukuman Allah kepada awak…
Percayalah perasaan itu akan dibawa sampai ke mati kerana hati awak masih hidup…Allah campakkan rasa itu dalam diri agar insaf dan bertaubat.Sekarang awak nikmati saja perasaan dibenci isteri itu…tiada pilihan…sy simpati juga
Kepada isteri awak…. berdoa sajalah..Allah yang maha membolak balik kan hati manusia…
Ibarat mangkuk pecah dan digam semula, tapi takkan kembali kepada bentuk asal 100%. So nak expect isteri TT boleh kembali macam dulu, memang tak lah. TT memang kena ‘adapt’ hidup dengan keadaan dia yang baru sekarang.
Kena terima lah. TT pun teruskan bertaubat, dan perbaiki diri untuk dekatkan diri kepada Allah. TT pun cakap isteri jenis solehah, jadi nak ambil hati dia adalah dengan TT pun berazam lah untuk jadi soleh. Minta isteri nasihat apa2 yang sesuai untuk TT (atau tanya dia ilmu2 agama yang dia boleh share) supaya dia rasa dihargai. Lepas ni jaga iktilat semua. Imamkan dia solat selalu. Selalu ajak dia pergi program2 agama bersama, kena cakap kat dia yang TT dalam usaha bertaubat dan dekatkan diri pada Allah. Apa yang saya nampak isteri TT sekarang hanya kejar cinta Allah melalui tanggungjawabnya sebagai isteri, jadi TT adalah medium sebagai suami dia untuk dapatkan cinta Allah, dan apa yang dia buat sekarang utk TT adalah hanya sebagai ihsan. Jadi TT pun kena redho ja lah.. Gam kan semula mangkuk yang pecah tu, tapi kena gam dengan corak cantik2. Ibarat ayat Jepun kintsugi, gam mangkuk yang pecah gunakan gam emas, so nampaklah cantik mangkuk tu..